09 Ogos 2011
Pejabat Tanah Kuala Muda
Catatan: MohdAsri Redha
Sejak terasa nak sambung tulis blog ini, tak tau pula tajuk apa mau diberi.... tiba-tiba teringat rupanya hari ini adalah hari terakhir saya berada kat bilik kesukaan saya ini di PTKM. Itulah seronoknya bekerja sampai terlupa rupanya esok saya sudah tidak diperlukan lagi disini. Petang ini saya baru saja balik dari mesyuarat Majlis Penuh MPSPK..Mesyuarat yang terakhirlah bagi saya. Seperti biasalah.. ada masalah sikit.. tapi mesyuarat kali ini berjalan elok.... sayapun tidak mau ulas lagilah fasal isu kat MPSPK ini.. Kalau saudara baca tulisan-tulisan blog saya terdahulu saya rasa tentu termaklum akan sebabnya. Cumanya nak ucap terima kasih kepada YDP dan semua warga MPSPK yang sentiasa memberi kerjasama kepada saya sepanjang berurusan dengan majlis apatahlagi saya sebagai ahli majlis. Terima kasih juga atas cenderamata yang diberi.. suka sangat sebab dekat nak raya...he he
Kelmarinnya saya bercuti, tapi datang juga ke opis ini untuk mempengerusikan mesyuarat Karnival Lelong Hartanah 2011 PTKM yang akan diadakan pada 10 November 2011 nanti. Ini merupakan program terbesar jabatan pada tahun ini yang saya rasa InsyaAllah kalau tidak ada apa-apa masalah boleh mencapai kejayaan berdasarkan pelan tindakan yang telah disusun atur dengan rapi oleh urusetia. Agak terkilan kerana pada waktu program ini berlangsung saya sudah tidak bertugas lagi di PTKM.
Hari Ahad saya buat perjumpaan terakhir dengan semua staf... Hanya saya sorang bercakap. Bukan arahan dan perintah lagi tapi sekadar nasihat pada diri saya dan anak-anak buah. Kalau nak arahpun sapa nak ikut. Lepas ni saya bukan lagi bos mereka... kalau depa tak nak ikut dan tak nak dengarpun sapa boleh buat apa..... nasihat saya hanya berkaitan kerja aje. Yang lain tu saya tak berapa nak pandai cerita.. sebab sayapun tak tera manapun...... Mengambil kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang telah memberikan kerjasama kepada saya sepanjang bertugas di sini dan memohon ampun maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika sepanjang melaksanakan tugas sebagai Ketua Jabatan di PTKM ada perbuatan dan salah laku yang saya tidak sedari....
Pada penghujungnya sempat juga anak buah buat 'surprise' kat saya.. depa bagi juga hadiah/cenderamata yang saya tidak jangka sama sekali dan memang bernilai... nak kata apa lagi... terima sajalah dan sekali lagi saya ucap terima kasih yang tidak terhingga kepada semua staff. Saya sebenarnya tidak suka untuk kacau sangat anak buah tentang perkara yang menjadi adat dan kebiasaan ini. Kakitangan kena tukar saja nak kena cari hadiah..... bagi saya tidak kisah sangat hal-hal seperti itu..Kalau nak bagi juga.. carilah apa-apa buku yang bermanafaat sebagai hadiah dah memadai. Macam saya ni segan juga nak terima kerana bukan lama manapun duduk kat PTKM. Walau bagaimanapun terima kasih sekali saya ucapkan pada anda semua kakitangan PTKM . Hari Raya ni bolehlah 'menerai'..
Sebenarnya saya diarahkan untuk mengetuai Pejabat Tanah Kota Setar berkuatkuasa 10 Ogos 2011. Saya hanya bertugas selama hampir 7 bulan sahaja di PTKM ini.. Suatu jangka masa yang terlalu amat singkat untuk berbuat sesuatu. Nama kakitanganpun sebahagian kecilnya belum lagi saya dapat ingat... Walau bagaimanapun saya terasa senang dan seronok sekali bertugas di jabatan ini. Walaupun banyak masalah yang dihadapi tetapi tidaklah sampai menghilangkan keseronokan dalam bekerja. Saya juga dibantu oleh pegawai-pegawai kanan yang bermotivasi tinggi dan berdisiplin. Tidak dapat dinafikan pada peringkat awal ada sedikit kesukaran terutama berkaitan disiplin kakitangan.. tetapi rasanya tidaklah sampai memudaratkan.
Tidak banyak pembaharuan yang boleh saya buat, hanya sekadar memperkemaskan proses kerja disetiap unit yang ada dan memberi penekanan kepada kerja yang lebih kreatif, proaktif dan lebih teliti.
Hari terakhir saya di PTKM,,,baru
sebulan perkenal 'thumb print' utk
mudah rekod kedatangan staf.
Ianya dpt elak kawan2 tolong
punch card
|
Insya ALLAH mungkin dengan kehadiran Tuan PTD baru nanti perkara yang menjadi isu dan masalah yang belum terungkai akan dicuba selesaikan dan berharap ianya akan menjadi kenyataan. Kita juga sedang dalam proses melaksanakan pematuhan kepada semua arahan-arahan perkhidmatan, Program 5 S dan 'Star Rating' dan Penilaian Laman Web terbaik dan seterusnya cuba mengambil bahagian dalam anugerah inovasi anjuran MAMPU dan kerajaan negeri. Ini juga cabaran besar yang tidak sempat dilaksanakan . Semasa menulis blog ini dapat maklumat PPTD Kanan iaitu Puan Mastura dapat memo pertukaran juga ke Pejabat Kewangan Negeri Kedah sebagai Penolong Pegawai Kewangan Negeri dan yang akan datang menggantinya ialah Cik Saadah. Walaupun kedua-dua yang datang dikatakan kurang pengalaman dalam pentadbiran tanah tetapi itu bukan isunya. Kedua-dua pegawai yang akan datang ini terbukti sikap dan kepedulian mereka terhadap kerja dan jabatan. Kalau ini ada sudah mencukupi untuk membawa PTKM keaarah kecemerlangan. Tidak ada gunanya juga kalau boss ada pengalaman lama dan ilmu tinggi menggunung tapi tidak ada rasa kepedulian sungguh terhadap jabatan, kerja, disiplin diri dan disiplin kakitangan.
Oleh itu berilah kerjasama sepenuhnya kepada Tuan PTD baru nanti dan pada anak-anak buah..janganlah tunggu arahan dari pegawai atasan baru hendak buat...Kita tahu apa yang hendak buat, dan apa patut buat maka kita perlu bertindak proaktif untuk membantu kecemerlangan jabatan kita...barulah kita seronok buat kerja..walaupun kadang-kadang bos buat tidak kisahpun kat kita...yang penting pelanggan kita berpuashati dengan khidmat kita...
Walaupun kita berpisah , saya tetap masih mahu bersahabat dengan saudara-saudari semua...segala tegoran-tegoran dan kadang memo2 'ganas' saya bukanlah untuk menganianya sesiapa. Saya hanya menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sahaja..sesiapa yang saya rasa tergelincir sedikit dari landasan maka terpaksa lah ditegur dan dikembalikan kelandasan yang sebenar..tidak gitu sahabat-sahabat ku sekalian...saya juga ada ketua...ketua bisa tegor saya kalau saya buat apa-apa yang melanggari peraturan yang ditetapkan. Janji saya untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai yang agak keterlaluan pelanggaran tatasusila sebagai seorang penjawat awam tetap saya laksanakan... kita tidak mahu kerana seorang dua pegawai kita yang bermasalah dalam tugas memberi kesan negatif kepada kakitangan lain dan memburukkan imej jabatan. Saya amat senang sekali dan gembira bertugas bersama anda semua.
Saya sedari ada juga kakitangan yang sudah mula serasi dengan cara saya..walaupun
saya ni oghang kata nampak serius dan 'cenge' tapi sebenarnya mudah didekati tanpa ada apa-apa sekatan dari segi status. sama-sama cuba membantu untuk menyelesaikan masalah dan perlu mengambil tahu segala-galanya dan memudahkan anak-anak buah mengambil tindakan tanpa masalah...orang yang buat kerja seperti biasa dan mematuhi peraturan tentunya tidak akan ada apa-apa masalah ..jadi tak ada apa-apalah.. apa yang perlu dirisaukan...tak gitu..ada yang begitu mesra dengan saya dan sentiasa berbincang, bertanya khabar, sentiasa berinteraksi untuk menyelesaikan apa-apa masalah mungkin akan terasa ketiadaan saya..tapi percayalah hubungan kita tidak terputus.....banyak cara boleh berhubung dan bertanya khabar...Kalau tidak berjumpa dialam nyata..dialam mayapun jadilah..tak gitu..
saya ni oghang kata nampak serius dan 'cenge' tapi sebenarnya mudah didekati tanpa ada apa-apa sekatan dari segi status. sama-sama cuba membantu untuk menyelesaikan masalah dan perlu mengambil tahu segala-galanya dan memudahkan anak-anak buah mengambil tindakan tanpa masalah...orang yang buat kerja seperti biasa dan mematuhi peraturan tentunya tidak akan ada apa-apa masalah ..jadi tak ada apa-apalah.. apa yang perlu dirisaukan...tak gitu..ada yang begitu mesra dengan saya dan sentiasa berbincang, bertanya khabar, sentiasa berinteraksi untuk menyelesaikan apa-apa masalah mungkin akan terasa ketiadaan saya..tapi percayalah hubungan kita tidak terputus.....banyak cara boleh berhubung dan bertanya khabar...Kalau tidak berjumpa dialam nyata..dialam mayapun jadilah..tak gitu..
Memang menjadi tabiat saya.. saya memang tidak boleh tengok staf dok saja, membuang masa tidak tentu hala sedangkan kerja banyak, melanggari peraturan pejabat, hisap rokok dalam opis, tidak jaga kebersihan tempat kerja, layan pelanggan lebih kurang aje, sibuk layari facebook waktu kerja..buat kerja tidak teliti, buat kerja halal balai aje, berkira dengan kawan-kawan sepejabat, berat tulang dan sebagainya...Nak buat lagu mana dah perangai macam tu...so saya minta maaf banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang pernah ditegor, diberi memo dan ada yang diminta tukar serta ada yang terpaksa dibawa kepada Lembaga Tata Tertib Jabatan di Pejabat SUK. Semua yang saya buat ini adalah untuk kebaikan jabatan....Kalau tidak dibuat begitu maka jadilah seperti mana yang berlaku sebelum ini...yang kita sendiri sedia maklum. Situasi yang sama jugalah yang saya rasa akan saya hadapi di Pejabat Tanah Kota Setar yang akan saya mula 'start' kerja besok hari (10.08.2011).Insya Allah berbekalkan sokongan semua pihak dan juga pengalaman-pengalaman yang pernah saya lalui akan dapat mengatasi masalah-masalah yang berlaku.... Insya Allah
Orang lain saya tidak tahulah, tapi saya amat suka tengok orang rajin bekerja, ringan tulang sedia membantu sesiapa saja, mematuhi arahan pejabat seperti menggunakna kad perakam waktu, kalau diarah guna buku keluar masuk dia guna, mementingkan kebersihan tempat kerja, prihatin dengan kawan2 yang kerja banyak dan hulur tangan untuk membantu, bila saya minta bantuan secara sukarela ada orang yang sudi, tidak melepak kat kantin lama2, tidak dok mengata kat orang, proaktif dalam tugas tanpa tunggu arahan selalu dari ketua, sentiasa berusaha membuat penambahbaikan, kreatif dalam kerja, sentiasa mengikuti program-program yang dianjur dan diarah oleh jabatan, rajin bertanya jika tidak tahu, tidak menangguh kerja dan lain-lain lagi perkara positif dalam kehidupan seharian...so kalau ada sifat-sifat ini maka mereka ini akan bahagialah dunia dan akhirat...sesiapapun senang sekali bersahabat dengan mereka.. tak usah dok fikir sangat tentang ganjaran harta benda dan wang ringgit serta puji-pujian kerana sememangnya kita telahpun dibayar upah untuk kerja yang kita lakukan.
Hari-Hari Terakhir Di PTKM: Saya sedang mempengerusikan
Mesyuarat JK Program Karnival Lelong
Hartanah Kuala Muda 2011 yang
akan diadakan pada
10/11/2011 nanti.
|
Tulisan dalam blog ini mungkin adalah terakhir, tapi saya tidak akan tutup blog ini. Saya akan buka pula blog baru di Pejabat Tanah Kota Setar .. mungkin nak bagi nama 'Semangat Jati PTKS'.. Dalam tempoh 7 bulan disini, banyaklah saya tulis dalam blog ini merangkumi pelbagai aspek dan aktiviti saya dalam pentadbiran tanah yang tidak melibatkan perkara-perkara rahsia jabatan. Sayapun kadang-kadang telah lupa apa yang telah dtuliskan sebelum ini. Tapi biarkanlah..kadang2 terlupa itu boleh menjadi nikmat kepada kita sebagai manusia. Kalaulah kita tidak berupaya 'melupa' rasanya hidup kita akan menjadi terlalu susah dan berat.. tentunya banyak manusia 'stress'...Fasal apa kanak-kanak sentiasa riang ria.. kerana mereka mudah lupa.. ..Kalau mereka tidak lupa .. tentunya mereka benci kita selama-lamanya..sebab kalau kita marah dan jerkah malahan pukul lagumanapun namun pada akhirnya depa mai balik bermanja dengan kita.. betui tak.....
ok.... dah dekat pukul 6.30 ptg.. Saya mau balik AS ni.. elok2 sampai rumah nanti terus boleh berbuka puasa.. Selamat Tinggal... dengarkanlah dendangan lagu 'Selamat Tinggal' dari Broery Marantika... lunak dengar lagu
ni...
ni...
ook jumpa lagi dilain waktu....