Sunday, May 29, 2011

Hendak DiSalahkan Siapa....

Catatan: Mohd Asri Redha
             27 Mei 2011


Tindakan meroboh oleh MPS PK adalah kerana peniaga
membina bangunan tanpa kebenaran. Atas tanah per-
sendirianpun PBT boleh roboh buang apatah
 lagi atastanah rizab dalam kawasan
bandaran pula. Kepentingan
 majoriti warga bandaran
 lebih diutamakan
 oleh majlis

Salam Sejahtera... dalam ruangan ini ada saya lampirkan keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Mei 2011 dan 27 Mei 2011 yang saya rasa khusus ditujukan kepada  Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Pejabat Tanah  Kuala Muda .. Ini adalah ekoran arahan kerajaan negeri yang meminta supaya semua Pejabat Tanah memantau dan mengambil tindakan kawalan awalan terhadap pencerobohan tanah kerajaan dan rizab-rizab kerajaan...  Jika tidak dibuat kawalan awalan dan diberi notis amaran awalan maka keadaan akan menjadi lebih tidak terkawal.


Sebab itu notis KTN dikeluarkan  keatas semua pemilik premis/struktur binaan/ tanaman-tanaman yang ditanam  yang terletak atas rizab jalan, rizab sungai, tanah kerajaan, dan segala macam rizab yang kerajaan negeri mempunyai hak.


Mungkin pengeluaran notis ini belum lagi menyeluruh ke seluruh daerah, tapi perkara ini sedang diusahakan dan tumpuan adalah kepada beberapa kawasan yang sentiasa mendapat aduan dan rungutan awam, atas faktor keselamatan lalulintas, atas faktor menyakitkan mata memandang dengan segala macam kerusi meja dan kanvas plastik yang buruk, atas faktor tidak menjaga kebersihan kawasan dan longkang yang kotor, atas faktor untuk mengelak dari melarat binaan dan segala macam faktor yang boleh disenaraikan.. Namun pokoknya mendirikan apa apa binaan atau menanam apa-apa tanaman atau menjalankan apa-apa usaha atas tanah kerajaan dan rizab2 kerajaan adalah merupakan satu kesalahan.


Cumanya setiap rizab  kerajaan ada penjaganya.. Kalau rizab sungai JPS yang menjaga, rizab jalan penjaganya JKR, Rizab2 lain dalam kawasan kawalan PBT maka Majlis Perbandaran/Majlis Daerah yang mengawalnya dan lain-lain rizab yang jabatan-jabatan tertentu mempunyai kepentingan. Kalau ada keperluan untuk menguatkuasakan undang undang atas rizab mengikut timbang tilik penjaga berkenaan itu maka Pejabat Tanah akan mengeluarkan notis-notis dibawah KTN untuk menguatkuasakannya. Pelaksanaan akan dilaksanakan oleh jabatan yang terlibat.  Oleh itu jabatan-jabatan atau agensi  terlibat kenalah jaga sungguh-sungguh tanah mereka.. nampak ada orang teroka  rizab mereka cepat-cepatlah pergi beri amaran atur roboh buang tumpang masih awal. Masalahnya perkara ini tidak diberi perhatian berat dan membiarkan begitu sahaja apa-apa pelanggaran keatas tanah rizab


Kalau nak suruh Pejabat Tanah jaga semua tanah-tanah rizab ni, rasanya bukan kemampuan jabataan.. Biarlah pejabat tanah menjaga tanah-tanah kerajaan yang lainnya yang mana inipun sudah tidak terdaya untuk mengawalnya. Cumanya kalau nak masuk juga, nak kata apa, tapi kalau kena penguatkuasaan.. sendirilah tanggung risikonya.. jangan menyalahkan jabatan kerana lambat beri notis atau tidak beri notis.. Pokoknya itu tanah kerajaan. Tidak ada sapa suruh masuk teroka . dan apa perlunya beri notis..  Alih-alih jabatan pula disalahkan  kerana tidak beri notis awal-awal...

Sekarang  Pejabat Tanah Kuala Muda mula mengeluarkan notis berkaitan. Dengan terkeluarnya notis ini akan memberi ingatan dan amaran kepada sesiapa sahaja yang masuk tanah kerajaan dan rizab kerajaan bahawasanya mereka menghadapi risiko tanaman, bangunan dan struktur binaan mereka  akan dimusnahkan/dirobohkan pada bila-bila masa. Walaupun  sebenarnya tidak perlu dikeluarkan notis lagi. Adil atau tidak adil itu soal lain yang bergantung kepada persepsi dan pemahaman seseorang sahaja. Tindakan mungkin dibuat sertamerta dan mungkin dibuat besoknya atau mungkin dibuat 5 tahun lagi dan sebagainya. Jadi lamanya berniaga atau menduduki atau mengusahakan tanah itu bukan bermakna boleh sewenang-wenangnya anggap itu sudah jadi hak kita... ianya adalah hak semua rakyat Kedah yang jabatan tolong jaga untuk kepentingan rakyat majoriti bukan hendak menjaga kepentingan segelintir orang yang mengambil kesempatan dari kekurangan kemampuan jabatan.
 
Sekarang tanah kerajaan terlalu amat kekurangan. Kerajaan amat memerlukan baki sisa-sisa tanah kerajaan yang masih ada lagi itu untuk tujuan pembangunan. Nak beli balik tanah dari rakyatnya untuk projek pembangunan untuk rakyat juga, kerajaan kena berbelanja amat besar, berbanding masa kerajaan bagi tanah kepada rakyat dengan bayaran premium yang terlalu amat murah. Zaman teroka tanah sikit-sikit macam orang-orang dulu buat sudah berlalu dan sebahagian besarnya telahpun dikeluarkan surat hakmilik. Teroka cara sekarang lebih kepada nak bagi kaya lagi orang yang dah kaya.  Dalam sekelip mata sahaja tanah kerajaan beratus ekar boleh dicerahkan dengan 'buldozer' sahaja...  Ada unsur-unsur ambil untung atas angin dan untung berlebihan lagi oleh orang-orang yang berduit. Jadi kalau masuk terokapun cepat, apa salahnya kita hantar notis pun cepat juga. dan pergi buat 'encforcement' kena cepat juga...  tidak boleh diberi masa panjang sangat... payah cerita. Janganlah disalahkan notis lama atau lambat atau tidak keluar notispun sebelum ini. Perkara asas disini ialah menduduki secara tidak sah tanah-tanah dan rizab kerajaan. Yang ini jangan dilupakan... kadang-kadang ini dilupakan, hingga menampakkan seolah-olah jabatan yang menjalankan tugasnya pula yang bersalah.


 Siapa tidak simpati kalau tempat mencari rezeki di 
ganggu.. Dari segi pentadbiran tanah setakat
berniaga secara bergerak tidak ada siapa
akan ganggu dan lesen kereta tolak
boleh diberi kepada mereka.
Kalau buat binaan kekal,
sudah tentu akan
ada masalah

Pejabat Tanah Kuala Muda ingin mengingatkan supaya janganlah masuk rizab-rizab kerajaan yang masih ada dan masuk teroka tanah kerajaan.. kalau masuk juga maka risiko kena tanggunglah ... mungkin kerugian wang ringgit sebab sudah berbelanja besar dan sebagainya.  Kadang-kadang ada yang sanggup beli tanah kerajaan dari broker2 yang mana belum tentu kerajaan hendak beri. kelulusan..

Pejabat Tanah memang tidak  mampu nak tengok dan jaga akan rizab dan simpanan tanah kerajaan yang luas dan duduk diserata tempat.  Tapi rakyat kena faham bahawa itu tanah kerajaan, itu rizab jalan, itu rizab sungai, itu rizab hutan , itu rizab laut dan sebagainya. Janganlah  pula salahkan  pegawai-pegawai jabatan yang menjalankan tugas kerana itu tugas mereka... yang sepatutnya sudah lama dibuat untuk mengelakkan pencerobohan dari berleluasa hingga tidak terkawal.      

OLEH ITU MUDAH CERITA,   KERAJAAN TELAH BERULANGKALI MENGINGATKAN KEPADA ORANG YANG BERKEPENTINGAN AGAR JANGAN TEROKA SECARA HARAM TANAH KERAJAAN. JANGAN BUAT APA-APA BINAAN ATAS RIZAB SUNGAI, RIZAB JALAN RAYA, RIZAB KERBAU LEMBU, KAWASAN LAPANG DAN SEGALA MACAM RIZAB DALAM KAWASAN PBT.

http://www.malaysiakini.com/news/165489
komen-komen orang dalam blog-blog yang sempat dikutip:


Anonymous said...

Sebagai parti pakatan rakyat memerintah dikedah Pas perlukan adakan mesyauarat dgn para Pegawai majlis Perbandaran sekurang kurangnya sebulan sekali dgn MB .Bagi mengetahui segala tugas dan arahan olih kerajaan negeri perlu dipatuhi dan juga apa apa yang muskil terhadap kerja Mjlis bandaran. Ini semua MB wajib kena ambil tahu kalau tidak ada pegawai Pro Umno Bn akan ambil kesempatan dgn perkara yang tidak betul.



May 30, 2011 9:34 AM



joe penang said...

YDP MPSKd tu mmg kiblatnya ke umno. Tapi apa guna ada ahli majlis org kita? Exco dan kerajaan negeri org kita. MB dan exco kena panggil mai ydp umno tu mengadap. Kalu boleh sembur, semburlah.

Isu pelajar kuin digantung tu xkan nak biaq?

Tegur pimpinan kena adab dan ikut saluran. Apa saluran kita ada.

Kita cuma blogger nyamuk je. Pimpinan x pandang. Bila tegur tau lak depa marah



source: http://cenangau.blogspot.com/2011/05/ydp-majlis-perbandaran-sungai-petani-si.html#ixzz1Nnx0gVxz

Thursday, May 19, 2011

PelanggaraN SyaraT KegunaaN TanaH

Catatan : Mohd Asri Redha

"Tahukah anda sebagai tuan tanah ..... Tanah bergeran boleh dirampas kembali menjadi milik kerajaan sekiranya berlaku pelanggaran syarat kegunaan tanah.... banyak orang tidak begitu sedar akan hal ini. ..."
 Oklah.. mlm nii teringat pula nak sambung balik apa yang telah saya tulis tajuk diatas...  topik diatas ini rasanya masih baru lagi dan akan menjadi hangat rasanya selepas ini apabila tindakan-tindakan mula diambil.
Seksyen 52 KTN 1965 telah menetapkan 3 kategori penggunaan tanah iaitu pertanian,bangunan dan industri. Kalau guna tanah adalah pertanian maka adalah menjadi satu kesalahan dibawah KTN jika digunakan untuk maksud bangunan (apa saja kegunaan bangunan itu) dan juga kegunaan industri.

Sebenarnya perkara ini jika dibiarkan berleluasa akan menyebabkan banyak masalah boleh berlaku dan menimbulkan kecelaruan dari segi sistem aturan pembangunan fizikal yang dirancang. Kerajaan ada undang-undang dan peraturan yang cukup lengkap. Takkan  undang-undang yang ada hanya dijadikan perhiasan sahaja.  Ianya juga menyebabkan kerajaan rugi berjuta-juta ringgit setahun akibat hasil tanah yang dikutip atas kegunaan pertanian sedikit sahaja sedangkan tuan tanah telah mendapat pulangan hasil yang berlipat ganda hasil kegiatan komersial atas tanah tersebut.

Sebagai jalan penyelesaian untuk mengelakkan tanah-tanah sebegitu dirampas menjadi hak kerajaan semula, perkara yang mudah ialah kembalikan kegunaan tanah itu kepada syarat kegunaan asal, atau mengambil tindakan membuat permohonan ubah jenis kegunaan tanah kepada kegunaan yang terkini.

Kemungkinan 2 jalan penyelesaian diatas itu agak menghadapi masalah dan mengambil masa.  Maka melalui Pekeliling KPTG Bil 1/2003 telah menggariskan cara dan kaedah yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah-masalah pelanggaran syarat tersebut. Sebenarnya dalam KTN sendiri telah ada kaedah denda kepada tanah yang melanggar  syarat pertanian ini iaitu jika dipasti dan disabit kesalahan oleh PTD tuan tanah boleh dikenakan denda RM500.00 dalam tempoh tertentu dan jika tidak dapat dipulihkan  juga kepada syarat asal tuan tanah boleh dikenakan denda RM100.00 sehari sepanjang tempoh pelanggaran syarat tersebut berlaku.

Mungkin cara penyelesaian sebegini agak berat kepada sebahagian besar tuan-tuan tanah terutama tanah-tanah yang agak kecil keluasannya. Sebab itulah Pekeliling KPTG yang disebutkan tadi sekurang-kurangnya memberi sedikit ruang jalan  kearah  penyelesaian sementara untuk tempoh 5 tahun.

Oleh itu Kerajaan Negeri Kedah telah  mewartakan aturan pindaan yang dinamakan "Aturan -Aturan Tanah Kedah (Pindaan) 2010"  pada 31 Mac 2011 ...  yang memasukkan tajuk ini selepas aturan 36i aturan yang berikut :

 " PERMOHONAN KEBENARAN SEMENTARA PIHAK BERKUASA NEGERI UNTUK MENGGUNAKAN TANAH PERTANIAN BAGI MAKSUD LAIN"

Melalui peruntukan yang diluluskan ini maka saya memohon kerjaama semua tuan-tuan tanah  yang tanah mereka memang digunakan untuk maksud lain dari pertanian supaya datang segera ke Pejabat Tanah Kuala Muda untuk membuat permohonan seperti diatas dengan menggunakan Borang Jadual X supaya permohonan dapat diproses segera bagi mengeluarkan

PERMIT  SEMENTARA UNTUK MENGGUNAKAN TANAH PERTANIAN BAGI MAKSUD LAIN

setelah menyelesaikan bayaran-bayaran yang ditetapkan oleh undang-undang.  Kadar bayaran permit yang dikenakan ialah tidak beda jauh dengan kadar yang dikenakan bagi tanah-tanah yang telah lulus syarat guna tanah bangunan atau industri dimana berkaitan. Sudah tentu kadarnya lebih tinggi dari kadar pertanian sesuai dengan nilai komersial kegiatan ekonomi yang dijalankan atas tanah tersebut.

Sungguhpun begitu tempoh masa kebenaran maksima yang diberi setakat 5 tahun sahaja. Dalam tempoh tersebut tuan tanah mempunyai peluang dan masa yang mencukupi untuk memikirkan dan mengusahakan permohonan untuk mengubah jenis kegunaan tanah atau kembali kepada kegunaan asal.

Satu perkara yang perlu difahami cukai tanah biasa  syarat asal (pertanian) perlu juga dibayar setiap tahun dan pembayaran permit penggunaan tanah atas tanah yang sama tidak mengecualikan bayaran cukai tanah tahunan.

Pada peringkat awal saya rasa mungkin akan ada sedikit kekeliruan , dan jabatan ini akan cuba membantu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit. Pasukan 'Task Force' telah mula turun ke padang mengenalpasti tanah-tanah pertanian yang melanggar syarat pertanian dan janganlah tuan-tuan tanah terkejut pula  apabila menerima notis-notis yang berkaitan. Sebaiknya datang segera maklum pada Pejabat Tanah Kuala Muda mudah cerita, senang kerja.....tak gitu.. Kalau tak mau juga nak selesai dan patuh notis yang kita beri maka ... jabatan akan mula mengeluarkan notis-notis  untuk proses ke arah rampasan tanah tersebutt sepertimana yang diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara...

Saya rasa cukuplah menggodam netbook ni... dah lewat benar ni.. nak buat kerja lain pula..Sebenarnya banyak yang saya nak godam.. tapi mata kurang memberangsangkan.. terlalu letih mata.. Itulah biarlah kita beri sedikit sumbangan apa-apa yang kita boleh kepada yang mahu membacanya. Saya rasa apa-apa sumbangan seperti diatas tentunya memberi faedah kepada rakyat... Lagipun bukan susah sangat  mengetuk huruf kat 'net book' ni  sebagai bahan pengetahuan am pada rakyat yang mahu mengetahuinya dan mana-mana yang agak teknikal sikit  kita boleh rujuk mana-mana sumber yang ada..

 Selamat malam .... selamat tidoor....

Friday, May 6, 2011

Malang Tidak Di Duga.....Malang Tidak Berbau

Jumaat: 06.05.2011
Catatan: Mohd Asri Redha

03.05.2011 .....   10.00 mlm..central square
Saya baru saja mendapat berita sedih rakan kita en Ahmad Khushashi b. Yahya, Ketua Unit Pendaftaran PTKM telah mengalami kemalangan kenderaan yang terok. Kecederaannya agak kritikal dan masih belum sedar lagi pada ketika saya menulis dalam blog ini. Sekarang beliau terlantar di CCU Hospital Sungai Petani.... 

Kepada keluarga En Ahmad Khushashi ... bersabarlah menghadapi dugaan Allah SWT .  Mungkin ada hikmah disebalik dugaan ini...... Kepada kita semua dan sesiapa yang mengenali beliau sama-samalah kita memohon doa kepada Allah SWT agar diberi  kesembuhan segera kepada beliau untuk kembali kepangkuan keluarga dan bersama kita semula...  amiiin.

Wednesday, May 4, 2011

KEMESRAAN TERJALIN MELALUI BOLING .....



03 Mei 2011
Central Square Sungai Petani
Catatan : Mohd Asri Redha




gambar lebih jelas klik gambar diatas atau  layari
FB saya : mohd asri redha
 Sekali sekala syok juga dapat main boling dengan anak-anak buah PTKM ni.... saya dalam proses mengenali semua anak-anak buah... bukan senang nak ingat ... kalau tidak berjumpa selalu seperti ini.... 

Lepas ni kena ator program lain pula....

Thursday, April 14, 2011

LAWATAN KERJA KUARI KEMUDIK PADA 09 APRIL 2011

09 APRIL 2011
Kg Kuala Sungkup

Lawatan pemeriksaan kuari Koperasi Permodalan Melayu Wilayah Kuala Muda/Sik Kedah Berhad (KEMUDIK)... tempat operasi: Kuala Sungkup Kuari Pasir Darat/Sungai?
Fail: PTKM/N/6/72/Jld II ...Lot 3234

Lihat gambar-gambar ini dan  ....  adakah mengikut peraturan...  kita tengoklah nanti... .. ..  .. .. .. .. .. apa lagi lepas ni...



klik gambar untuk yang lebih jelas  .>>>>>>>

Saturday, April 9, 2011

Lawatan Kerja 2011 : Salahguna LMS

Kelulusan LMS pada awalnya untuk maksud
lombong bijih tapi telah disalahguna dengan
tanaman lain dan dibiarkan orang luar masuk
teroka.

Friday, April 8, 2011

Lawatan Kerja 05 April 2011 (Kuari)





Aktiviti: PeriksaKuari Bahan Batuan
Pemegang Permit:
Tempat: Semelingne
Panemuan: Ok. Permit dibayar

Tindakan Lanjut:

Lawatan Kerja 05 April 2011 (teroka haram)

 Tunggu berita lanjut... semoga ianya menjadi kenyataan..  saya akan usahakan

Lawatan Kerja 05.04.2011 (Tapak Semaian MPSPK)

 Kawasan: Lawatan pada 05.04.2011
Sebahagian besar telah diteroka oleh
orang awam dengan tanaman Kelapa
Sawit dalam lingkungan umur 2 tahun.

Lawatan Kerja 05 April 2011 (MPsPK : Tapak Pelupusan Sampah)



Lawatan Ke Tapak Pelupusan : Permohonan MPSPK yang telah diteroka haram....di Semeling

Tuesday, April 5, 2011

Kerakusan Manusia Terhadap Tanah ... Undang-Undang DiPinggirkan..

05 April 2011:
Catatan oleh : Mohd Asri Redha


Ni tanah depa teroka tanah secara haram
... Walaupun banyak sangat orang dok
teroka tanah kerajaan secara haram ni,
sekurang-kurangnya kita cubalah
 mengurang kannya  ... fasal dulu2 tak
 buat sungguh macam ni..  ni cara baru
 bubuh pelekat notis kat tapak.. saya
 turun sendirilah..
 

Ehh..... luasnya depa teroka tanah
.. berani pula tanam dulu... berani
buat berani tanggunglah... risiko .
. Depa ingat tak ada kerajaan kut.
 Ikut suka ambil tanah dan buat
 macam harta sendiri pula tuu..
 Selepas hampir 3 bulan saya di PTKM hari ini baru saya berkesempatan membuat lawatan kerja ke beberapa tempat di kawasan sebelah Bedong, Semeling, Merbok dan Tg Dawai. Bukan tak terasa untuk membuat lawatan sekitar daerah ini tapi tuntutan tugas yang terpaksa ditanggung membuatkan lawatan ini terpaksa ditangguhkan dulu. Banyak urusan-urusan dalam pentadbiran yang perlu diperhati dan diperbetulkan terlebih dulu..Dalam  kepala ni macam-macam benda nak dibuat dan nak diambil tindakan tapi kekangan masa menghalang saya untuk mengambil tindakan serentak.  Kenalah dibuat beransur-ansur satu persatu...soalnya sempat tak..takut nanti ditukarkan pulak....

Sampai sekarang ni pun saya tidak lagi boleh mengingati semua nama anak-anak buah. 
Macam mana nak buat ni...  
Dah buat macam harta sendiri.
Jadi kena bubuh notis  Seksyen
425 KTN bagi mereka sedar
itu tanah kerajaan. Lepas
ni PTKM akan pelekat notis
ini diserata  cerok tanah kerajaan
biar orang tahu kita dok tengok
tanah2 tu.. tapi mampukah ???
kita usaha pilah..


 


Periksa lori bawa bahan batuan
adalah satu kemestian kalau
keluar lawat kawasan. Dapat
tangkap saja tidak bayar
royalti , comfirm kuari itu
ditutup. Yang ini ..ok .
 
Tujuan saya membuat lawatan kerja adalah untuk saya memahami lebih mendalam isu dan masalah yang dibangkitkan di opis. Dengan cara ini barulah lebih mudah saya membuat penilaian dan keputusan. Tidaklah  terlalu bergantung kepada PPT saja. Melalui lawatan juga saya akan pastikan setiap kelulusan yang diluluskan di opis dilaksanakan sebaiknya tanpa ada pelanggaran syarat ditapak seperti yang ditetapkan. Contohnya operasi pengeluaran bahan batuan dan kelulusan permintaan dan ubah jenis tanah. Bila sudah keluar seperti ini jumpalah bermacam-macam masalah...Ada korek pasir tempat lain dari yang dibenarkan..  Inilah yang akan menambahkan lagi bebanan tugas nanti.. tak apalah asalkan puas dengan kerja saya, susah dan terok sikitpun tak apalah..  janji seronok dan hepi2... Tengoklah gambar-gambar ini yang jelas menerangkan segalanya.



Sunday, April 3, 2011

AdUaN AwaM PeRkHiDmAtAn

03.04.2011
Catatan: Mohd Asri Redha

Sengaja saya paparkan petikan terkini beberapa aduan awam yang dibuat oleh orang awam terhadap perkhidmatan jabatan-jabatan kerajaan seperti kita ini... Tidak semestinya semua yang diperkatakan itu adalah benar. Namun sedikit sebanyak kebenarannya ada juga yang tidak boleh kita nafikan.

Masalah2 yg 'genuine' perlu kita bantu dan selesaikan... kita tidak boleh simpan dan sorokkan.. Ini melibatkan kepentingan orang. Takkan kita nak biarkan pelanggan kita itu tergantung terawang2 tanpa penyelesaian sedangkan itu adalah berpunca dari masalah kita sendiri. Apa cara sekalipun kita terpaksa cari jalan penyelesaian.

Sikap kita dan cara kita bercakap dan bertanya dengan pelanggan perlu dijaga betul-betul. Kadang2 dgn kelembutan dan kemesraan kita melayani masalah yang dikemukakan itu membuatkan pelanggan kita lembut hati dan kemarahan mereka tidak memuncak.

Marilah kita sama-sama baca dan ambil ikhtibar  dari 2 keratan akhbar yang saya paparkan dibawah ini. Malangnya salah satu aduan tersebut adalah di Pejabat Tanah Sik.. Jabatan saya sebelum ini... Isunya disini hanyalah berkenaan disiplin sahaja . Patut ada kat opis maka kena adalah.. itu sahaja. Malangnya perkara ini dibawa ke akhbar  Satu Malaya dah tau.. tak kah susah kalau jadi macam tu.

Harap jabatan kita jangan jadi lagu tu... buat kerja ikut tugas yang diarahkan dan ditetapkan dan berdisiplin...  taklah timbul masalah... tak gitu..


Tuesday, March 22, 2011

Nak tengok PTD menyanyi ...ada orang pekena saya masuk dlm YouTube

bakat pdl4 Videos - Pakistan Tube - Watch Free Videos Online

Vietnam ....menggamit pelancong.

Mau mendengar cerita lawatan saya ke Vietnam pa da 18 - 21 Mac 2011....sila klik di bawah ini

http://semangatjati.blogspot.com/2011/03/vietnam.html

Terima Kasih......Heng Gap Lai... See  You Again..

Orang Vietnam ingat kita 'perak'
kut naik kereta kuda lawat
keliling kg depa. Kita naik
AnOr. Kg depa sebijik
macam kg kita. 

hebat cara peniaga jalanan orang Viet .
Nak hidup.. pemasaran yang agresif
dan bahaya.Jual barang tepi tingkap
 bas yang sedang berjalan dgn
 menunggang motosikal. Tawar
 gila2 punya.




Friday, March 11, 2011

PenuliSan Surat Rasmi

Sungai Petani
10 Mac 2010
Disediakan: Mohd Asri Redha


Bulan lepas saya telah di saman untuk hadir memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani. Kes ini melibatkan pertikaian pemilikan tanah di Sik...Saya ada buat satu surat rasmi kepada sebuah syarikat guaman berhubung penerangan kepada tafsiran pemilikan tanah orang bukan melayu di kawasan Tanah Sismpanan Melayu. Surat ini dibuat semasa saya sebagai Pentadbir Tanah Sik dulu...Sebenarnya ianya tidaklah besar sangat dan tidak memberi apa-apa kesan kepada saya dan jabatan.

Namun apa yang saya nak cerita di sini ialah tentang memastikan penulisan surat-surat seperti itu ( penerangan tentang tafsiran sesuatu undang-undang) wajar atau tidak dibuat jika diminta oleh pelanggan kita seperti peguam, orang orang awam  dan sebagainya. Setelah saya merenung kembali kes ini dan selepas kembali dari menghadiri memberi keterangan di Mahkamah Sesyen ini rasanya saya telah membuat sedikit kesilapan. Saya tidak sepatutnya menjawab surat-surat atau pertanyaan yang berbentuk penjelasan kepada sesuatu pentafsiran undang-undang terutama yang berkaitan tanah. Sepatutnya persoalan seperti ini saya kena rujuk Pegawai Undang-Undang Jabatan atau Penasihat Undang-Undang Negeri bagi menjawab persoalan undang-undang yang dibangkitkan.. kerana mereka ada kelayakan dan pemahaman yang lebih jelas tentang sesuatu persoalan undang-undang. Nasib baiklah isi kandungan surat yang saya sediakan itu tidak memakan diri ..apa yang tulis itu rasanya betul..kalau tidak ..nanya saya...apatah lagi kalau dengan sekeping surat saya itu ada yang mengalami kerugian wang ringgit dan harta benda.

Ini adalah kerana kalau sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah maka mudah bagi  mereka untuk menjawab segala perkara yang dibangkitkan. Inilah yang berlaku pada saya semasa memberi keterangan di Mahkamah Seksyen Sungai Petani tempoh hari..Surat yang saya buat itu mudah dan simple sahaja. Tapi bila ke Mahkamah banyak tafsiran undang-undang diminta dari saya untuk dijelaskan yang tidak saya jangka sama sekali....Dari surat saya itu di'rendangkan' lagi kepada persoalan undang-undang yang berkaitan. Nasib baik saya mula tersedar kalau saya terus cuba menjawab soalan-soalan ..saya rasa saya boleh terperangkap dan jawaban saya sendiri kerana saya bukan orang yang arif dengan undang-undang walaupun ada sedikit pengalaman dalam pentadbiran tanah...Hakim juga menyedari hal ini dan akhirnya soalan-soalan yang berbentok pentafsiran undang-undang tidak lagi ditanya.

Pengajaran kes ini ialah berhati-hatilah dalam menyediakan surat-surat rasmi jabatan kerana ia memberi banyak implikasi undang-undang dan tuntutan ganti rugi. Pertanyaan berbentuk tafsiran undang-undang perlu dirujuk kepada yang lebih arif dan ada authoriti untuk menjawabnya.  Bagi kita di Pentadbiran Tanah hanya Pegawai Undang-Undang PTG dan YB Penasihat Undang-Undang Negeri saja yang layak menjawabnya...

Terlanjur berbicara tentang penulisan surat rasmi ini saya ingin juga menceritakan tentang hal-hal lain yang berkaitan menulis surat rasmi jabatan ini berdasarkan kepada pengalaman saya bertugas dipelbagai jabatan sepanjang lebih 25 tahun .

Sedar atau  tidak sedar sebenarnya banyak kelemahan dan kesilapan  yang dikenalpasti semasa menyediakan surat... Saya sendiri mengakui tidak arif sangat tentang hal-hal berkaitan persuratan. Saya saya nak cerita pilah apa yang saya rasa ada   kebaikan untuk kita semua mungkin anak-anak buah dapat ambil ini sebagai panduan.

Saya sentiasa mengingatkan anak buah supaya dalam menyediakan surat-surat...ejaan dan ayat kena tengok betul-betul. Kadang-kadang perkataan yang dieja boleh jadi maksud lain disebabkan kesilapan taip... Saya pernah terjumpa surat dari sebuah jabatan yang tersilap menulis ejaan perkataan  ' butir-butir'. yang tersilap  taip terjadi 'bu*** ' dan pegawai yang tandatangan pula tidak baca betul betul maka jadi makna yang lucah...bayangkan orang yang menerimanya...Jadi tengoklah betul-betul sahabat-sahabat ku sekalian.

Kadang-kadang bos draf surat bagi taip..pegawai yang taip pula betul bendul...kalau dah tidak faham apa yang ditulis..pergilah tanya penulisnya..mungkin boleh ubah dan cadang ayat lain..bagi betul balik..Ini  tidak..terus taip saja sampaikan dia sendiri tidak faham apa dia...katalah bos tu percaya 100% terus 'tenyeh'
maka jadilah surat itu macam2..

Sekarang zaman IT..semua guna komputer untuk menaip surat..baguslah kerana cepat sikit sedia surat... Masalahnya ialah kerana terlalu leka ada yang hanya 'copy and paste' saja , lepas tu tidak semak betul-betul pula maka jadilah tajuk surat lain isi kandngan lain. Kes ini banyak sangat saya jumpa...harap-harap tidak terjadi pada saya. Begitu juga dengan surat  tuju pada orang yang tidak berkenaan langsung..gara-gara 'copy and paste' . Jadi berhati-hatilah dalam menyediakan surat-surat standard  seperti ini...

Kadang-kadang ada ayat yang  tergantung...baca tak sedap.. macam ada yang tidak haabis.. Orang bernafas tidak habis..jadi tidak puas.  Nak tandatangan pun tidak gamak. Yang ini kenalah ada sedikit kemahiran dalam menyusun ayat..bagi lah ada sedikit seni dalam menulis... bagi lentik elok sikit. Bagi bahasa berbunga elok sikit agar yang menerima dan bacanya tersenyum puas membaca dan menggembirakan orang yang membacanya dan membuat keputusan yang positif yang pada akhirnya penghantar surat itu nanti yang akan dapat faedah dan manfaatnya. Tak salahkan kalau kita buat lagu tu. Janganlah buat ikut lazim ... ikut orang dulu-dulu buat... ada borang-borang yang kalau bacapun dan tengok kita sendiri keliru... kenalah ubah suai sikit kalau dibolehkan.

Format surat yang disediakan perlulah menarik...  nanti  kalau saya ada kelapangan saya akan scan contoh surat yang dikatakan format yang tidak menarik... Jangan buat mudah tentang format surat.. kalau seorang yang nak terima surat kita tahu ada gelaran, bintang/pingat dan sebagainya kena tulis..  Alamat bagi lengkap.
Kalau lebih sekeping beri no muka surat. ..Setiapa muka surat bagi ada no fail..supaya kita ketahui ianya adalah berkaitan dengan muka surat pertama...Jangan biarkan muka surat 2 hanya ada untuk tandatangan dan nama penghantar sahaja. tanpa dicatatkan no fail atau berkaitan apa. Kalau dibiarkan kosong begitu kemungkinan besar boleh disalah guna orang orang tertentu yang menggunakan tandatangan sah pegawai dan menggantikan muka surat pertama dengan perkara-perkara lain yang orang tertentu ada kepentingan... Ini pernah saya tegor dan cakap kepada anak-anak buah.. namun masih berlaku juga buat surat seperti itu.
Ada yang guna huruf yang kecil..nak baca pun jenuh 'belek'

Saya amat ambil berat akan format surat-surat ini bagi nampak menarik, susunan yang seimbang termasuk format untuk minit-minit mesyuarat yang disediakan...   Sebab  itu kebanyakan surat-surat yang agak teknikal saya sediakan  sendiri dan taip sendiri dan harapan saya nanti anak-anak buah buatlah surat seperti mana yang dibuat sebagai panduan...  ada yang ikut dan ada yang masih macam dulu-dulu juga.... susah nak berubah ..  Perkara yang penting perlu diberi perhatian ialah dalam menyediakan surat2 kena  fikirkan implikasi dari surat yang disediakan..

Ada kes pernah berlaku jabatan terpaksa membayar kos mengadakan sesuatu majlis rasmi yang diatorkan oleh NGO dimana kelulusan perbelanjaan tidak nyatakan jumlah RMnya. Akhirnya bil datang... terbeliak biji mata tengok tuntutan hingga melebihi 1/2 juta RM...  Kerana surat rasmi sekeping yang dikeluarkan oleh ketua jabatan yang tidak difikirkana betul-betul implikasinya maka terpaksalah kerajaan tanggung.
Mungkin agak bertentangan dengan ketua jabatan lain..saya lebih suka surat yang disediakan isi kandungannya bagi jelas. Biar panjang sikit tidak apa asalkan penerima memahami sepenuhnya akan surat itu dan tidak terbiar penerimanya tertanya-tanya  apa yang perlu dibuat dari surat kita tersebut... Kalau ini berlaku kitapun tertunggu-tunggulah buah yang tidak gugur-gugur. Kadang-kadang  kita perlu 'guide'  penerima apa yang perlu dibuat.

Ok lah....saya stop kat sini dulu... ada banyak  lagi yang nak dicerita fasal isu dan kes surat menyurat ini...nanti bila datang  syeh dan nisannya saya akan sambung lagi..cerita saya nipun rasanya ada kesilapan tatabahasa dan maksud... nanti kalau terjumpa saya akan edit lagi. Sebab saya tulis ini terus saja di'netbook' dan terus masuk blog.. 

Itu tidak cerita lagi fasal surat jemputan yang macam macam...  Hantar surat jemputan tapi tidak sebut majlis apa. Tak bagi tau tarikh majlis dan tempat...ada tarikh mesyuarat lain, hari pula lain. ada surat tidak ada tandatangan..kadang-kadang terima surat yang bos dia draf saja..pernah berlaku..  -macam-macam .. puncanya ialah kecuaian, tidak teliti dan tidak ambil berat, tidak pernah ada orang tegor, buat tidak kisah, harap orang lain dan sebagainya.

Jumpa lagi...

Kadang-kadang sedap juga guna bahasa-bahasa surat dari negara jiran kita Indonesia... ayatnya juga lembut dan menarik untuk kita baca.. apa kata sekali sekali kita guna  istilah-istilah depa.. maknanya pun sama aje seperti kita.. . klik sahaja alamat blog dibawah ini........


http://contoh-contoh-surat.blogspot.com/















dir

Tuesday, March 8, 2011

PERUTUSAN PENTADBIR TANAH DAERAH KUALA MUDA

 NOTA CATATAN MAJLIS PERJUMPAAN KHAS PENTADBIR TANAH KUALA MUDA DENGAN SEMUA KAKITANGAN PEJABAT TANAH KUALA MUDA YANG DIADAKAN PADA 20 JANUARI 2011 PADA JAM 2.30 PETANG DI BILIK GERAKAN PEJABAT DAERAH KUALA MUDA
ISU-ISU UTAMA DAN PERKARA YANG DIBERI PERHATIAN OLEH PTD

1. Beliau memohon kerjasama semua kakitangan dalam melaksanakan segala aktiviti di Pejabat Tanah Kuala Muda. Kerjasama dan bekerja sebagai satu pasukan amat penting dalam menjayakan setiap tugas yang dilaksanakan.

2. Beberapa program  akan diberi perhatian utama oleh PTD adalah seperti berikut:-

a.  ‘Star Rating’ – Perkara diberi penekanan kerana kemungkinan besar pihak MAMPU akan datang membuat penilaian jabatan. Semua pihak seharusnya kena bersedia sepenuhnya dan melengkapkan serta melaksanakan apa-apa yang perlu terutama dalam mematuhi akan peraturan dan arahan-arahan seperti termaktub dalam pekeliling kerajaan negeri dan JPA serta Perbendaharaan.

    Tindakan:  PPTD 1

b. Pelan Tindakan Strategik PTKM..perlu disediakan dengan lengkap dan secepat mungkin.

    Tindakan:  PPTD 1

c. Majlis Bersama Jabatan..Mesyuarat perlu diadakan seperti mana yang ditetapkan oleh pekeliling. Apa yang perlu minit yang hendak dihantar hendaklah memberi  penekanan kepada tindakan jabatan yang diluar PTKM untuk mengambil  tindakan, bukan sekadar bermesyuarat semata-mata seperti tindakan oleh BSM, Pejabat SUK

    Tindakan: PPTD 1

c. Jawatankuasa Tadbir Urus Organisasi PTKM..Jawatankuasa ini adalah arahan dari kerajaan negeri yang perlu diujudkan diadakan mesyuarat  secara berkala  . Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah Jawapan maklumbalas seperti mana format SPRM yang diedarkan kepada semua jabatan. SPRM  sendiri telah mengadakan kursus khas bagaimana cara-cara pengisian format tersebut. 7 elemen yang perlu dibincang sebagai agenda utama. Lantikan ‘Desk Officer’ perlu dilantik segera jika belum dilaksanakan dan hanter pada BSM untuk rekod. Begitu juga minit mesyuarat JKTU PTKM perlu dihantar pada BSM untuk rekod.

    Tindakan: PPTD III

d. Pelaksanaan Pelan 5S PTKM…Pelaksanaan program ini adalah amat penting kerana sekiranya ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna maka akan menimbulkan keceriaan kepada pejabat dan memudahkan segala urusan jabatan serta urusan dokumentasi fail dapat diuruskan dengan baik. Tuan PTD akan memberikan maklumat berkaitan sebagai panduan pelaksanaan.

    Tindakan: PPTD II

e. Laman Web PTKM

 Promosi perkhidmatan dan jabatan banyak bergantung kepada Laman Web. Pejabat Tanah tidak terkecuali. Tuan PTD mensasarkan untuk mendapatkan penilaian bintang yang tertinggi bagi laman web
PTKM. . Perkara ini perlu diberi perhatian. Pihak MDEC/MSC akan membuat penilaian semula semua laman web jabatan pada akhir bulan Mac 2010  untuk menentukan  ‘star rating’ setiap laman web berasaskan kepada criteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh mereka. Markah yang diberi oleh MDEC sebelum ini ialah 70 %Yang boleh diletakkan dalam kategorian 3 atau  4 bintang. Namun dari pemerhatian PTD ia masih tidak masih berpuashati dengan Laman Web tersebut terlalu banyak kekurangan.  Jawatankuasa berkaitan perlu diaktifkan dan membuat penambahbaikan. Perkara ini perlu disegerakan.

  Tindakan: PPTD III/ PPSM

f. Penilaian Kepuasan Pelanggan

 Kerajaan negeri telah mengarahkan supaya setiap jabatan membuat penilaian dari segi kepuasan pelanggan menggunakan perkhidmatan jabatan. Borang  yang standard telah disediakan dan ianya perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Tuan PTD mencadangkan pelatih-pelatih praktikal di PTKM mengambil ini sebagai satu tugasan dalam latihan

  Tindakan: Penolong Pegawai Undang-Undang

3. Teguran Audit

a. Tuan PTD memaklumkan beliau amat ambil berat akan segala teguran audit. Dimana yang boleh segala tegoran audit hendaklah dijawab dan diambil tindakan sewajarnya. Perkara yang sama seharusnya tidak akan dibangkitkan lagi oleh Jabatan Audit jika mereka datang kembali membuat auditan.

  Tindakan: Pen. Akauntan/Ketua Pembantu Tadbir (EO)

4. Disiplin Kakitangan

a. Perkara disiplin kakitangan amat diambil perhatian berat oleh PTD. Beliau pohon supaya kakitangan mematuhi segala peraturan-peraturan jabatan dan kerajaan yang  telah ditetapkan sebelum ini. Peraturan yang ditetapkan bukan untuk menyusahkan kakitangan tetapi untuk memastikan setiap kakitangan menumpukan usaha kepada kerja yang diarahkan kerana semua dibayar gaji yang mencukupi untuk melaksanakan kerja yang diarah.

b. Penggunaan kad perakam waktu adalah wajib. Tolong ketik kad rakan-rakan adalah satu kesalahan besar dan jika terjumpa pegawai berkenaan akan diambil tindakan disiplin berdasarkan peruntukan yang ada. Kad –kad yang tidak digunakan sewajarnya maka surat tunjuk sebab akan dikeluarkan dan direkod. Sekiranya banyak dan berbaloi kertas laporan  tindakan disipln akan dihantar kepada BSM untuk tindakan lanjut.  Buku keluar masuk pejabat perlu diaktifkan segera.  Setiap kakitangan perlu dan mesti berada di opis sepanjang masa kecuali ada urusan rasmi di luar atau mendapat kebenaran pegawai kanan. PTD akan memanggil pada bila-bila masa setiap kakitangan untuk apa-apa perbincangan.

c. Setiap arahan pegawai-pegawai atasan perlu dilaksanakan segera sepertimana masa yang ditetapkan atau mengikut kepentingan sesuatu urusan yang diperlukan.  Kelewatan dan kegagalan melaksanakan arahan akan menjejaskan operasi PTKM.  Sekiranya kes seperti ini  berulang dan berterusan maka tindakan tatatertib boleh diambil.

  Tindakan: Ketua Pembantu Tadbir/EO  .
 
5. Gotong Royong

a. Gotong royong perlu diadakan berterusan agar jabatan tampak kelihatan bersih dan nyaman.  Gotong royong dalam erti kata sebenar. Semua kakitangan perlu terlibat. Tidak akan ada lagi ruang-ruang yang menyakitkan mata.

   Tindakan: PPTD 2

6. Keceriaan Pejabat

a. Segala papan tanda, panduan-panduan  perlu diteliti semula. Yang mana tidak sesuai dan letak ditempat yang tidak sesuai kenalah dibuang. Gambar-gambar dan sebagainya untuk mencantikkan lagi pejabat perlu difikirkan.  Bunga-bungaan, susunan meja, susunan fail, penyimpanan fail. Carta organisasi yang lengkap, gambar-gambar kakitangan, ruang menunggu pelanggan, dan sebagainya perlu di rancang sesuatu agar ianya menampakkan keceriaan jabatan. Ini ada kaitan juga dengan program 5S PTKM. Tuan pengerusi mencadangkan menggunakan kaedah-kaedah yang praktikal dan tidak menggunakan belanja yang banyak seperti penggunaan mesin laminate, kad polystril dan sebagainya. Mesin laminate bolehlah dibeli menggunakan peruntukan jabatan.

   Tindakan : PPTD 3

7. Kebersihan Pejabat

a.   Kebersihan pejabat amat penting. Tidak bersih dan kotor akan mengundang masalah kesihatan dan tikus dan lipas berkeliaran dalam pejabat dan merosakkan peralatan pejabat. Tuan PTD pinta supaya sebarang buangan makanan tidak tidak ditinggalkan dalam pejabat semalamam..Tuan PTD akan meronda sekali sekali setiap tempat kerja kakitangan agar perkara ini dilaksanakan segera. Gambar akan diambil oleh pengerusi. Beliau mahu setiap ruang dan sudut dalam dan luar pejabat sentiasa  bersih dan tidak berdebu. PTD akan membuat pemeriksaan sendiri agar arahan ini dilaksanakan segera semua kakitangan tanpa menunggu arahan selanjutnya. Setiap kakitangan perlu tahu tan  ggungjawab masing-masing dan menjaga persekitaran masing-masing tanpa ada ‘berkira’

b.    Bilik Setor,  bilik geran, bilik server, bilik pelan, bilik PPTD, bilik sembahyang, tandas  dan lain-lain bilik semuanya perlu dalam keadaan kemas  tersusun dan bersih dan ada rekod indek yang mudah dicapai dan dikesan.

      Tindakan: PPTD II /Ketua Pembantu Tadbir(EO)

8.  Pengurusan Aduan Awam

a.   Jabatan banyak menerima aduan dari pelbagai sumber dan cara seperti melalui surat menyurat, melalui telefon, email, laman web jabatan., aduan lisan. Ada aduan atau rayuan yang boleh dikenakan bayaran terutama yang bersifat persendirian seperti yang ditetapkan dalam Aturan Tanah Kedah. Perkara ini perlu diteliti. Satu system pengurusan aduan yang lebih sistematik dan menggunakan IT sepenuhnya perlu dirangka dan dibuat supaya setiap aduan diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya.

      Tindakan: Tuan PPTD II / Pen.  Pegawai Undang-Undang

9. Unit Hasil dan Kewangan

a. Unit ini amat penting dan usaha menambahkan kutipan hasil perlu ditingkatkan. Tuan PTD akan member perhatian kepada beberapa aspek tertentu yang perlu diaktifkan dengan lebih hebat lagi iaitu:

 Proses rampasan tanah bagi hakmilik yang gagal membayar cukai
 Program mengurangkan tunggakan cukai  tanah
 Program pemutihan data-data
 Kaunter Bergerak
 Pelaksanaan kutipan cukai tanah pada hari cuti
 Program Anak Angkat Tunggakan Cukai Tanah

b. Usaha-usaha  menghantar notis dan bil cukai tanah kepada pemilik tanah perlu mendapat kerja sama semua  kakitangan seperti melipat bil,  pelekat setem dan sebagainya. Begitu juga aktiviti lain yang diatur perlu dilibatkan semua kakitangan PTKM bukan hanya tanggungjawab unit Hasil sahaja.

c. Aspek-aspek perundangan perlu diteliti betul dalam melaksanakan program-program  yang berkaitan agar PTKM tidak didakwa di Mahkamah dan sebagainya.
  
      Tindakan: Penolong Akauntan/ Ketua Unit  E

d. Bajet 2011 telah diluluskan. Apa yang diminta tidak sepenuhnya diluluskan. Oleh itu perbelanjaan perlu diteliti dan dikaji balik untuk diputuskan mengikut keutamaan. Semua PPTD perlu beri perhatian kepada penyediaan bajet jabatan.

e. Bajet tahun 2012 sudah boleh dimulakan sekarang untuk kenalpasti keperluan dan juga menyediakan justifikasi yang menyakinkan terutama untuk perkara-perkara baru.

      Tindakan: Pen. Akauntan/ Ketua pembantu Tadbir(EO)

f. Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Jabatan serta Jawatankuasa Pengurusan Aset Jabatan perlu perlu bermesyuarat mengikut jadual sepertimana kehendak kerajaan.

      Tindakan: PPTD 1/ Penolong Akauntan

10. Unit Pelupusan Tanah

a. Unit ini perlu dimantapkan lagi. Tuan PTD akan melihat kembali operasi di unit ini. Antara yang perlu diteliti ialah fail-fail lama yang telah dikeluarkan notis 5A tetapi pemohon tidak datang membayar.

b.  Semakan dan pemeriksaan status pekerjaan pemohon kerana kadar premium adalah berbeda mengikut pendapatan dan pekerjaan.  Kutipan denda lewat bayar harga tanah perlu dilaksanakan segera bagi yang gagal bayar selesai dalam tempoh yang ditetapkan dan yang gagal bayar premium hingga melebihi tempoh satu tahun.

c. Laporan pemeriksaan tanah oleh Penolong Pegawai Tanah perlu lengkap dan tepat. Tuan PTD menetapkan setiap PPT perlu menyiapkan 10 kes permohonan tanah hingga selesai sebulan.

11. Unit Pendaftaran

a.  Tuan Pengerusi mengucapkan tahniah kepada unit  ini kerana Berjaya meningkatkan prestasi dalam mendaftarkan  urusniaga tanah dalam tempoh satu hari. Ianya boleh ditambah baik lagi hingga boleh mengatasi daerah-daerah lain. Walau bagaimanapun pengerusi mengingatkan dalam usaha mempercepatkan segala proses prosedur dan peraturan berdasarkan undang-undang perlu dipatuhi  sepenuhnya. Ketelitian dan kerajinan dalam melaksanakan tugas perlu ada dalam mengelakkan sebarang kesilapan yang boleh mengundang padah kepada PTKM.

b. Begitu juga dengan pendaftaran geran. Ianya perlu diteliti dengan baik dan mengikut undang-undang. Segala maklumat-maklumat yang dimasukkan ke dalam hakmilik perlu diteliti betul dan berulang kali semak untuk memastikan maklumat tersebut adalah betul spt mana kelulusan kerajaan.

c. Tindakan susulan seperti penyediaan PU perlu dilaksanakan berterusan. Begitu juga PA yang diterima dari JUPEM perlu diambil tindakan penyediaan geran kekal. Sistem E Kadaster yang dilaksanakan oleh JUPEM perlu diberi perhatian oleh unit ini dan unit teknikal.

      Tindakan: semua PPTD, KUB, KUC, KUT, P/Pelan

12. Unit Bahan Batu

a. Unit ini akan dikemaskinikan lagi. Tuan PTD mohon agar diteliti semula semua kuari-kuari yang diluluskan  terutama dari segi peraturan yang dikenakan. Tuan Pengerusi akan membuat lawatan sendiri kuari-kuari berkenaan dan memastikan apa yang diluluskan kepada mereka maka itulah yang dibuat oleh operator kuari.  Tuan Pengerusi memaklumkan beliau tidak akan teragak-agak untuk menutup dan merampas deposit jika tidak mematuhi  peraturan yang ditetapkan.

b. Untuk peringkat awal tuan Pengerusi minta supaya surat peringatan dikeluarkan sekali lagi kepada semua pengusaha-pengusaha kuari agar mematuhi peraturan.  Mana-mana kuari yang depositnya kurang RM10,000.00 tindakan perlu diambil untuk minta mereka percukupkan RM10,000.00

      Tindakan: PPTD 1/KUN

13. Unit Penguatkuasaan

a. Unit ini perlu bergerak lebih aktif dan ada tindakan-tindakan yang menampakkan kepada masyarakat luar bahawa penguatkuasaan oleh PTKM memang berjalan berterusan. Ini akan mengurangkan rakyat sesuka hati meneroka tanah kerajaan, membawa bahan batu secara haram dan apa-apa aktiviti berkaitan urusan tanah yang merupakan kesalahan dibawah KTN.

b. Tuan Pengerusi menetapkan sekurang-kurangnya setahun 5 kertas siasatan perlu disediakan untuk kes-kes penguatkuasaan yang dilaksanakan.  Menahan lori yang bawa bahan batuan tanpa bayar royalty sudah boleh dibuat suatu kertas siasatan.

      Tindakan: PPTD 2 / PPU

14. Perkemaskan Sistem dan Operasi Unit

a. Semua unit dikehendaki mengadakan perbincangan berkala dengan semua anak buah masing-masing bagi memantapkan lagi operasi unit masing disetiap aspek dan tugasan. Tuan PTD akan mengadakan perjumpaan dari masa ke semasa  untuk mengenalpasti isu dan masalah setiap unit dan mengambil tindakan dimana yang perlu.

      Tindakan: Semua kakitangan

15. Hal-Hal lain yang disentoh oleh Pengerusi untuk tindakan semua kakitangan.

 Penggunaan buku log kenderaan yang lengkap dan kemaskini
 Rekod inventori peralatan dan asset jabatan
 Keselamatan Pejabat dan Keselamatan Kebakaran
 Larangan merokok dalam pejabat
 Surat mohon sambong kontrak kakitangan sementara PTKM

       Tindakan: Kakitangan yang terlibat

Thursday, March 3, 2011

TAHNIAH..Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah

03 Mac 2010
Istana Anak Bukit

Hidup kita diwarnai dgn emosi yang pelbagai. Ada hari kita berduka, ada hari kita seronok,ada hari kita riang ria, ada hari kita tension sgt, ada hari kita murung, ada hari kita geram sangat, ada hari kita nak marah kat orang saja, ada hari ......macam2 lah

Hari ini saya nak cerita yang seronok2 saja..Seronok tengok anak2 buah menerima pingat kebesaran dari KBDYMM Tuanku Sultan Kedah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan yang ke 83 Tahun.

Yang no 2 dari kiri tak dapat pingat apa ..tumpang tui
dengan anak buah saja...
En Zulkifli terima
anugerah PCK pd
08.03.11
Hari ini 3 orang kakitangan PTKM telah menerima Pingat Cemerlang Kedah(PCK). Mereka ialah Puan Noorili bte Khairudin Penolong Pegawai Tadbir, En Omar b. Othman Ketua Unit Teknikal dan Siti Zahirah bte Hamid Pembantu Tadbir Kanan. Seorang lagi kakitangan PTKM akan menerima pingat yang sama pada sessi yang akan datang. Nanti saya akan masukkan gambar pegawai tersebut.Sekarang tidak boleh umum lagi kerana belum terima lagi....

Tahniahlah diucapkan kepada mereka  dari semua warga PTKM atas kejayaan mereka menerima penghargaan tertinggi dari Tuanku Sultan.

Saya bersama anak-anak buah
MPSPK yg sama2 bekerja dgn
saya dulu..masih ingat lagi kat
 saya......ini semua staf yang tlh
bertugas dgn cemerlang.
Sesungguhnya ini semua adalah berkat kesungguhan mereka dan dedikasi mereka dalam menjalankan tugas. Dengan anugerah ini adalah diharapkan prestasi mereka akan lebih cemerlang dan lebih produktif lagi kearah kecemerlangan PTKM. Anugerah ini juga akan menjadi pendorong kepada lain-lain kakitangan untuk berusaha lebih hebat lagi dan menonjolkan kebolehan masing-masing dalam tugas yang dipertanggongjawabkan.

Staf lama kat PTS..en
Zakaria Pelukis Pelan
yang tlh berkhidmat
dgn amat baik.........
Saya juga merasa gembira melihat anak-anak buah di pejabat terdahulu yang menerima pingat pada hari ini terutama dari Pejabat Tanah Sik, Pejabat Daerah Langkawi dan lain-lain pejabat yang pernah bekerja bersama saya. Tak sempat nak bergambar dengan mereka. Tahniah untuk anda semua...Anda semua membanggakan saya dan jabatan anda..teruskan perkhidmatan tuan puan dengan lebih cemerlang lagi.





Wednesday, March 2, 2011

PERTUKARAN YANG TIDAK DIUNDANG

01 Mac 2011
Sungai Petani
Catatan: Mohd Asri Redha
Pertama kali dalam sejarah bekerja di pentadbiran kerajaan negeri Kedah, saya berhadapan dengan pertukaran kakitangan yang begitu banyak dan serentak. Perkara ini pula berlaku semasa saya memimpin sebuah jabatan yang agak besar dan penting iaitu di Pejabat Tanah Kuala Muda. Saya kata penting kerana jabatan ini adalah jabatan yang menjadi tempat mencari dan mengutip wang yang bernilai melebihi RM50.00 juta setahun. Kewangan ini penting kerana tanah merupakan sumber utama kewangan kerajaan negeri dan kerajaan negeri amat berharap supaya Pejabat Tanah meningkatkan produktivitinya. Kalau tidak kena gayaanya boleh kurang kutipan hasil tapi kalau kena gayanya maka hasilnya boleh meningkat dengan banyak sekali.


Oleh kerana itu saya tetap berpandangan dalam apa-apa perubahan organisasi dan sumber manusia..jabatan-jabatan yang menjadi tempat kutipan hasil dan mencari hasil perlu diberi keutamaan tertinggi kerana ini melibatkan masa depan negeri Kedah.... Jabatan seperti ini perlu dilengkapi sebaiknya samada kelengkapan , kemudahan dan sumber manusianya yang bersemangat tinggi untuk membolehkan beroperasi ditahap maksimum. Jabatan   ini bukan lagi sebagai tempat untuk buat pemulihan kakitangan, bukan tempat untuk nak baru belajar dan sebagainya.   Jabatan kena bergerak laju seiring dengan keperluan  kewangan kerajaan negeri yang semakin meningkat setiap tahun.

Walau bagaimanapun apa yang berlaku adalah sebaliknya di PTKM ini. Namun apa yang boleh saya lakukan, terpaksa menerima saja, walaupun usaha telah dilakukan. Sebenarnya ada jalan penyelesaiannya jika dbawa bincang bersama. Namun  siapalah saya untuk mengubah sesuatu yang telah diatur sebegitu rupa..hanya terpaksa menerima sahaja apa yang telah diatur. Ketiadaan pegawai-pegawai yang banyak pengalaman dalam pentadbiran tanah ini amat dirasai dan sedikit banyak memberi kesan kepada pentadbiran di PTKM ini, apatah lagi mereka ini tidak diganti sepenuhnya dalam masa yang sama.

Sebagai menghargai jasa kakitangan yang terlibat dengan pertukaran, kenaikan pangkat dan bersara, Badan Kebajikan Pejabat Tanah Kuala Muda telah mengadakan satu majlis perpisahan untuk mereka di pekarangan Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Muda pada 01.03.2011 iaitu tarikh kuatkuasa pertukaran. 

Seramai 0 orang telah terlibat iaitu yang bersara Hjh Rohani Jaafar dan Sharifah Norlia Syed Abdullah, yang bertukar kerana kenaikan pangkat Hjh Maznah Omar, Nordin Ahmad, dan Siti Zahirah Hamid, yang mohon bertukar iaitu Nor Azlina Ahmad Penolong Akauntan dan yang ditukarkan tanpa sebab Nazwa Arshad Pembantu Tadbir. Disamping itu PTKM telah menerima kehadiran 2 orang pegawai baru iaitu  Rodzziah bte Mohamad Penolong Akauntan yang datang dari PTG dan puan Zarina bte Abu Bakar iaitu Pembantu Tadbir yang dari JPS Kuala Muda.

Semoga mereka yang terlibat ini maju jaya dalam segala lapangan dan dalam kehidupan baru mereka. Jabatan dan Kerajaan Negeri amat menghargai akan khidmat bakti mereka. Manakala yang baru melapor diri di PTKM dapat bertugas dengan cemerlang di disini. Itulah harapan tinggi saya dan sekalian warga PTKM...

Jumpa lagi... nanti saya ada ulasan berkenaan isu-isu pertukaran ini...



Thursday, February 24, 2011

Harapan Saya Sebagai Pentadbir Tanah Daerah Kuala Muda

Tajuk ini sahaja sudah cukup mencabar saya sebagai seorang Pentadbir ...Tentunya harapan tinggi menggunung..tapi sanggup dan bolehkah saya mendakinya dengan sempurna...Untuk menuju ke puncak gunung tidak semudah yang ditulis.......

Namun dalam hati kecil ini terasa juga untuk melihat jabatan yang dipimpin ini berada dalam keadaan yang sesempurnanya seperti yang sepatutnya... apa diaa tu keadaan yang sesempurnanya seperti yang sepatutnya...biarlah ini dulu ia tergantung...saya nak tengok dulu ragam dan corak kakitangan yang ada kat PTKM ini....

Nak buat apapun sumber manusia itu yang dipentingkan dulu....kalau sesebuah pejabatpun hanya sebahagian sahaja kakitangannya berfungsi 100% yang lain itu ibarat mendukung biawak hidup ataupun hanya quran buruk..susah juga. Jenuh dok tanggung ... lepas tu nak guna tak boleh, nak buang begitu sahajapun tak boleh...nak tanggungpun dia cakar kita pula..jadi serba serbi jadi tak kena..

Kalau kakitangan 100 peratus berfungsi dengan sebaiknya dan bertanggungjawab..rasanya segala halangan dan ringtangan akan dapat diatasi...masalah kewangan, masalah kelengkapan, masalah kemudahan dan segala macam masalah itu bukan isunya.. Yang ni yang saya dok fikir nak buat macammana.  Saya menyedari manusia bukan robot...boleh diarah buat itu buat ini...macam-macam perangai ada....ada yang boleh berubah dan ada yang dah sebati dengan perangai, gaya dan stail sebegitu dan susah nak berubah...

ok...kita berhenti dulu di sini...

Wednesday, February 9, 2011

Transformasi Pentadbiran Tanah Ke Arah Pemodenan

Mohd Asri Redha
Shah Alam
09.02.2011

Tajuk ini agak berat....nak tulis atau tak tulis ..sama banyak. Apa yang terasa sangat nak tulis tajuk ini ialah nak cerita realiti sebenar sebuah pejabat tanah dalam menuju pemodenan..bila  saya duduk dan terlibat secara langsung dalam pentadbiran tanah ini.. banyak 'benda2' yang saya jumpa isu, masalah, halangan, kekangan, kekurangan, dan banyak lagi yang negatif dalam usaha menuju ke arah pemodenan sebuah pentadbiran tanah. Benda-benda ini kadang-kadang kita yang tengah dok semangat ni nak buat itu ini diperlambatkan dengan pelbagai isu dan masalah dalaman yang tidak berkesudahan...yang diwarisi sejak zaman berzaman dan diterima padahnya pada waktu ini dan macam-macam lagi. Ini ditambah lagi dengan kurang kefahaman pihak-pihak yang bertanggungjawab akan kepentingan sesuatu masalah yang dibangkitkan ..

Pejabat Tanah diminta untuk memodenkan perkhidmatannya..semua kena cepat dan kena canggih, bagi rakyat selesa bila berurusan dengan pejabat tanah, mudahkan pengguna, selesaikan semua masalah-masalah tanah,  kutip hasil banyak-banyak, kurangkan aduan,  maklumat yang diminta kena cepat disediakan, kena guna IT, kena pakai system teknologi maklumat yang terkini,  pertingkatkan penguatkuasaan dan sebagainya. Pendek kata harapan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, harapan rakyat, harapan semua pihak terhadap pentadbiran pejabat tanah adalah terlalu amat tinggi. Tetapi sejauh manakah harapan yang tinggi menggunung ini boleh capai oleh pejabat tanah.

Saya cuba mengulas isu ini agar sekurang-kurang suara hati kecil  insan kerdil ini  dapat didengar dan difahami oleh sesiapa yang berkepentingan dan berkuasa dan bolehlah bertindak segera untuk membantu pejabat-pejabat tanah dalam merealisasikan harapan yang tinggi membukit itu.

Kita semua maklum..pejabat tanah disemua daerah adalah pejabat yang tertua sudah ujud sebelum merdeka lagi..jadi sudah tentu ciri-ciri tradisional yang diamalkan sejak sekian lama sudah tentu memerlukan banyak perubahan untuk kearah pemodenan..kerana ianya perlu diubah suai disemua peringkat......

ok berhenti dulu....kat sini...tengah dok cari idea ni.. dah dapat dah sikit.. nanti saya susun lain bagi elok....sebab yang saya nak cerita kadang-kadang kena batang hidong sendiri dan peringkat atas dan peringkat bawah....tu yang nak kena perinci betul-betul agar ianya tidak memberi implikasi undang dan peraturan yang ada...sebab blog ini dibaca oleh semua...ada benda-benda yang tidak patut kita cerita dan ada benda yang boleh kita cerita..tak gitu..