Catatan: Mohd Asri Redha
Kenyataan YAB Menteri Besar Kedah disebelah bukan lesen untuk rakyat meneroka tanah sewenang-wenangnya...
Kadang-kadang ucapan sebegini diputarbelitkan dan disalahertikan hingga seolah-olah dimana saja ada tanah kerajaan maka yang berduit tentunya tidak ada masalah untuk sewa buldozer dan teroka habis sampai berpuluh-puluh ekar tanah kerajaan tempoh yang sekejap sahaja... Wajarkah mereka ini dikatakan rakyat yang amat memerlukan tanah untuk sara hidupnya... Adakah dianggap zalim orang seperti ini jika kerajaan menjalankan penguatkuastaan menghalang pencerobohan tanah kerajaan .. walaupun mereka teroka sewenang-wenangnnya dan belanja banyak untuk tanaman kelapa sawit, getah dan sebagainya seolah-olah tanah itu akan diberikan kepada mreka.
Saya lebih suka tanah-tanah kerajaan yang ada sekarang ini ditawarkan kepada syarikat-syarikat kerjasama, PPK, LPP, Persatuan-Persatuan, koperasi-koperasi, GLC seperti Felcra dan GLC yang melibatkan ramai ahli.. Lebih baik diusahakan secara lebih ekonomi dengan keluasan tanah yang lebih luas. Lebih ramai ahli mendapat manafaat dari hanya seorang sahaja mendapat manfaat. Dengan kemampuan organisasi yang kukuh kewangannya yang ada saya rasa operasi secara makro lebih mudah dilaksanakan dan lebih menguntungkan. Ahli/ rakyat boleh terlibat sebagai pekerja dan juga melalui syer yang ditetapkan...
Apa yang dimaksudkan sebenarnya ialah banyak tanah-tanah kerajaan yang diduduki sejak sekian lama tapi tidak dibuat permohonan. tanah.... Kerajaan negeri kerugian berjuta-juta RM setiap tahun oleh kerana tanah-tanah yang telah diusahakan dengan pelbagai tanaman yang mendatangkan hasil pada pengusahanya tapi tidak pada kerajaan negeri......kebanyakan tanah-tanah tersebut tidak luas mana dan memang mereka duduki dan usaha tanaman sekadar kemampuan mereka. Kadang-kadang mereka alpa dan lupa untuk memohon tanah kerajaan secara rasmi.... mereka ini dikehendaki berurusan segera dengan pejabat tanah bukan mereka yang peneroka baru yang sebenarnya kemaruk dengan tanah kerajaan yang masih ada untuk kepentingan diri.. walaupun sudah lebih dari kemampuan.. dengan kata lain.. dah kaya. Pada mana-mana pemohon yang telah diluluskan tanahnya melalui notis 5A maka cepat-cepatlah bayar premium tersebut dalam tempoh 3 bulan .. kalau tidak selesai dalam tempoh tersebut akan dikenakan denda lagi sebanyak RM100.00. Kalau lebih 3 bulan tidak mai langsung ke pejabat untuk bayar maka kemungkinan permohonan tersebut terbatal dan pemohon tidak mempunyai apa-apa kepentingan lagi atas tanah tersebut.. Kalau buat rayuan akan dipertimbangkan tapi kena bayaran denda lagi RM200.00...Itupun dalam tempoh setahun sahaja. Jadi buat apa buang duit sedangkan kita boleh bayar segera.. lagipun tanah tersebut telah lama mengeluarkan hasilnya..
Harus diifahami oleh rakyat jelata yang berkepentingan, kalau tidak bayar premium.. maka tanah itu masih lagi tanah kerajaan dan kerajaan boleh tawarkan kepada sesiapa yang berminat.. mungkin ditawarkan kepada orang perseorangan mungkin juga ditawarkan kepada GLC yang berkemampuan untuk mengusahakan tanah tersebut. Bila dah tawar pada orang lain terbit air mata darah sekalipun sudah tidak boleh dapat balik tanah tersebut walaupun dah usaha begitu lama dan belanjapun banyak. ... sebab kerajaan dah beri peluang kepada pemohon untuk memiliki tanah , tapi buat tidak kisah seolah-olah kerajaan tidak boleh buat apa...... Pada waktu itu jangan tuduh kerajaan buat zalim kepada mereka... ini yang selalu terjadi apabila cerita sebenar disembunyikan .... sedangkan segalanya adalah dari perbuatan pemohon itu sendiri......
OK jumpa lagii...
...

No comments:
Post a Comment