Saturday, June 25, 2011

BENGKEL KHAS PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH

Catatan: Mohd Asri Redha
Swiss Garden Golf Resort & SPA
Damai Laut Lumut, Perak Darul Ridzuan....

Dah 3 hari tidak jengok blog saya..  mlm ni ada sikit ruang waktu utk belek apa-apa yang patut kat blog saya ni.. Saya baru saja balik dari mengikut Bengkel Khas Pentadbiran Tanah Negeri Kedah yang diadakan  disebuah hotel peranginan yang indah di Lumut ini......masa kat Lumut ..'broadband terlupa bawa.. hotel pula kedekut pait...'wifi' pun berkira... dahlah 'rate' hotel.. mahal sungguh..... tu yang tak tengok internet 2 malam tersebut.....  zaman la tak payah dok kira sgt kut..  bukan berapa duit sangatpun.... waktu la ni satu 'line' boleh dipakai oleh berpuluh orang berdekatan kalau pakai "wireless broadband'....  Inipun satu cara juga untuk tarik pelanggan datang... Elok semua restoran sedia kemudahan ini dengan percuma agar lebih ramai orang datang ke  restoran mereka dan duduk lebih lama lagi...


Saya bersama-sama rakan kumpulan yang terdiri dari
PTD, PPTD, Penasihat Undang-Undang Negeri,
Pegawai-Pegawai PTG dan Ketua-Ketua Unit
sedang berbincang dlm sessi bengkel yg
diator oleh urusetia
 Sengaja diatur berbengkel disini agar sapapun peserta bengkel tidak boleh keluar mana.... kerana memang payah juga nak keluar manapun... nak masuk ke dalam kawasan hotel inipun terpaksa melalui kawasan berpaya dan hutan-hutan belukar sejauh lebih kurang 7 KM.... apatah lagi nak keluar ke Lumut.. jauh juga tu.  Jadi duduklah kami di hotel ni.. 2 malam tak pi mana dok perah otak berbengkel bagi menghasilkan beberapa resolusi yang penting dalam pentadbiran tanah yang dicadang untuk diimplimentasikan dalam pentadbiran tanah..   Terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan dalam beberapa urusan tanah di negeri Kedah yang menimbulkan kekeliruan dan dilema kepada pentadbir-pentadbir tanah untuk dilaksanakan dan dkuatkuasakan.....Walau bagaimanapun saranan, pandangan dan cadangan para peserta bengkel kebanyakannya terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan perundangan tanah adalah tertakluk kepada persetujuan pihak berkuasa negeri Kedah............  

Kumpulan bengkel saya  sendiri telah diberi tajuk khusus iaitu Dilema Pemberimilikan Tanah Di Negeri Kedah: Antara Amalan Dan Perundangan .... Hasil perbincangan bengkel tersebut kumpulan ini telah mengemukakan beberapa cadangan bernas yang dirasakan wajar dan boleh mengurangkan dilema dan kekeliruan
yang dihadapi oleh Pentadbir-Pentadbir Tanah.. Cadangan ini juga akan dapat mengurangkan penerokaan tanah secara besar-besaran....  Antara tajuk-tajuk lain yang dibentangkan dan dibengkelkan ialah "Peletakan Kuota Melayu DiBawah Sekatan Kepentingan - Isu dan Implikasinya" dan  "Dasar Peruntukan Kuota Melayu Bagi Permohonan Pecahan Sempadan Tanah Yang Tidak Melibatkan Perubahan Syarat Tanah"..

Insya Allah jika diperkenankan oleh PBN ianya bolehlah dilaksanakan dengan segera setelah melalui beberapa proses pentadbiran dan perundangan yang berkaitan...

Sebenarnya kerja dalam pentadbiran tanah ini macam-macam dilema yang dihadapi.....   kadang-kadang budibicara yang diguna memakan diri.....Ok.. itu saja berita saya hari ini... sampai ketemu lagi....



Teratak Kasih
Alor Setar....

Monday, June 20, 2011

BUAT INGATAN ANAK-ANAK BUAH AGAR PISANG TIDAK BERBUAH DUA KALI...hAti-HaTi DaLaM sEgALa UrUsAn TanaH....

Catatan oleh:
Mohd Asri Redha..

Mahkamah Tinggi AS

Tahun  lepas saya diminta hadir ke Mahkamah Tinggi Alor Setar. Kesnya saya dikehendaki menjadi saksi dalam kes penipuan pindahmilik tanah dimana pihak penjual atau tuan tanah telah menyatakan beliau ditipu dalam transaksi tersebut.....Malangnya kes ini melibatkan semasa saya bertugas di Pejabat Tanah Kubang Pasu,,iaitu lebih kurang 19 tahun yang lalu...Pasti saya tidak ingat lagi kes pindahmilik tersebut memandangkan jarak masa yang begitu lama...Namun saya terpaksalah jawab apa-apa soalan yang ditanya kerana pada waktu itu saya yang menjadi saksi diatas urusniaga tersebut. ...Itulah salah satu cabaran-cabaran besar dalam pekerjaan kita seharian...



Dalam beribu-ribu urusan tanah yang dikendalikan pasti akhirnya akan ada kes-kes yang dibawa ke mahkamah apabila timbulnya perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara atau urusniaga. Bila ada kes-kes seperti ini barulah kita tahu banyak benda yang kita buat selama ini hanya ikut apa yang orang terdahulu buat tanpa belajar dan mengkaji akan panduan-panduan dan undang-undang yang ada. Bila disoal dalam kandang saksi barulah tergagap-tergagap dan was-was dalam menjawab soalan yang ditanya. Apatah lagi jawapan popular yang dikehendaki jawab dalam setiap soalan kebanyakannya setuju atau tidak setuju, betul atau tidak betul, ya atau tidak, pasti atau tidak pasti dan bentok-bentok jawapan seperti itu. Depa bukan bagi kita cakap lebih untuk nak terang lebih lanjut....jawapan-jawapan seperti itu boleh memerangkap kita....hai...nasiblah saya hari ini. tapi kira oklah juga sebab isu utama hanya untuk mengesahkan tandatangan tuan tanah aje..soalan-soalan lain hanya sampingan saja. Kalau tanya lebih lanjut lagi terutama berkenaan prosedur di pejabat tanah lama dulu tentu banyak lagi isu-isu akan berbangkit. Sebab saya rasa ada juga sedikit sebanyak kelemahan-kelemahan diri terutama dalam membuat tafsiran undang-undang tanah yang ada..apatah lagi waktu itu saya masih baru dalam pentadbiran tanah..dan memang tidak ada sesiapa yang 'guide' kita. Itupun nasib baik juga saya pergi kursus asas tanah sewaktu baru masuk KCS .. tahu juga sedikit sebanyak akan apa yang kena buat dan apa yang tidak boleh buat..



Sepanjang kerjaya saya ini adalah kali ke 6 saya menghadiri kes di Mahkamah dimana semuanya kes yang berkaitan kes urusan tanah, kes pengambilan tanah, kes BPR dan kes Pihak Berkuasa Tempatan..Tau-tau sahajalah bila duduk dikandang saksi..soalan-soalan yang ditanya boleh tahan juga.....jenuh dok jawab..silap-silap jawab boleh bercanggah pula.....lebih malangnya saksi pun boleh dipenjarakan dengan kerana memberi maklumat palsu sedangkan bukan niat untuk memberi maklumat palsu tetapi faktor masa dan daya ingatan yang kurang akhirnya kita boleh terperangkap dan memberi butiran maklumat yang tidak tepat , nampak seolah-olah ada niat untuk menipu atau bersubahat dan sebagainya.



Itulah sebabnya dalam kes-kes yang melibatkan undang-undang saya kadang-kadang dalam keadaan dilema...antara kasihan belas kepada pelanggan terutama orang kampong yang dhaif dan kurang ilmu serta pengetahuan atau tegas dengan keputusan berdasarkan undang-undang dan peraturan... Disinilah letaknya kebijaksanaan seorang pemimpin dan budibicara yang digunakan kadang-kadang memberi risiko yang boleh memberi kesan negatif kepada seorang pembuat keputusan jika timbul kes-kes mahkamah akibat budibicara yang digunakan.. Memang mudah untuk membuat keputusan dengan undang-undang yang ada. Kalau undang-undang kata tidak boleh maka tidak bolehlah jawabnya. Mudah kan..Walaupun begitu sebagai seorang ketua atau pemimpin, budibicara pasti digunakan dalam keadaan-keadaan tertentu..pandai-pandailah membuat keputusan menggunakan akal dan kemahiran yang ada serta pengalaman yang ditempuhi..Kalau tidak berani menggunakan budibicara bukanlah seorang pemimpin namanya dan tidak layak sebagai seorang pemimpin.



Soal budibicara kita tinggalkan dulu dan apa yang saya nak sambung ulasan lagi ialah sistem rekod maklumat, fail, surat hak milik, dokumen urusniaga dan bukan urusniaga yang dibuat dll hendaklah didokumentasikan dan direkodkan serta disimpan dengan lebih sistematik dipejabat tanah.. Saya datang mengemudi Pejabat Tanah dalam suasana yang agak kurang memberangsangkan dari segi pembahagian tugas, sistem fail, masalah disiplin dan sebagainya. Walau apapun masalah yang ada kat jabatan aspek peraturan dan prosedur dalam urusan tanah jangan dibuat mudah. Ini kena jaga betul-betul. Kena ikut langkah demi langkah yang ditetapkan oleh undang-undang. Kalau tidak jadilah seperti saya yang terpaksa pergi ke Mahkamah Tinggi untuk memberi penjelasan berkenaan kes-kes tanah yang dibawa. Kalau prosedur betul dan dokumen ada dan lengkap di ofis, tak apalah juga. Ini kita pergi ke Mahkamah tetapi tidak dapat tunjukkan dokumen-dokumen yang dikehendaki (yang sepatutnya ada) atas sebab hilang, tidak dapat dikesan dan sebagainya.. Tebal muka jadinya nak bagi tahu perkara begitu.



Inilah yang selalu saya ingatkan kepada anak buah. saya di ofis. Sebarang kelemahan diperingkat pentadbiran tanah akan memberi implikasi yang buruk kepada pegawai, jabatan dan kerajaan negeri seluruhnya.. Kena betul-betul beri perhatian dan jangan buat mudah akan segala hal yang berkaitan dengan urusan tanah. Kerana ia berkait dengan undang-undang. Kecuaian kita akan menyebabkan kerajaan boleh disaman dan dituntut bayar ganti rugi yang bukan sedikit. Sudah banyak kes yang kita jumpa melibatkan tuntutan gantirugi oleh individu/ syarikat terhadap kerajaan negeri...



Secara kebetulan semasa kes saya didengar di Bilik Mahkamah Tinggi 1 ada satu lagi kes yang berjalan bersilihganti dengan kes saya sebagai saksi. Ianya berkaitan tanah yang berlaku di Pejabat Tanah Kuala Muda. Kesnya ialah berkaitan Kaveat Persendirian. Kes ini sebenarnya kalau diikut langkah demi langkah mengikut undang-undang tidak akan menimbulkan apa-apa masalah kepada jabatan.Tetapi disebabkan oleh kecuaian sesetengah kakitangan dengan melambat-lambatkan pendaftaran segala jenis urusan di pejabat tanah, tidak teliti, dan tidak ambil berat, tidak berdisplin dan tidak memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku maka maka itulah jadinya. Penasihat Undang sebagai mewakili Pejabat Tanah terpaksa bekerja keras untuk melawan balik segala tuntutan pihak pemohon. Lebih hebat lagi kes ini dipohon buat agar dipenjarakan Pentadbir Tanah Kuala Muda kerana kes yang berkaitan kaveat persendirian dan hukuman mahkamah yang tidak perhati dan diperhalusi betul-betul. Pegawai lama yang berurusan tetapi yang hadir jadi saksi pegawai semasa untuk menjawab kes-kes yang bukan kawalannya sebab kes lama...Jadi nak jawabpun patut padanlah sebab bukan ia yang urus waktu itu. Ada juga kelemahan-kelemahan dan kecuaian diperingkat Pejabat Tanah. 'Jenoh' Penasihat Undang-Undang Negeri cari cara untuk membela dan menjawab saman oleh yang berkepentingan....Apakah PTD akan dipenjara jika kalah kes ini..sama-samalah kita tunggu dan dengar berita ini.. Kes belum selesai lagi.



Jadi kawan-kawan dan sahabat-sahabat sekalian yang bertugas di Pejabat Tanah... marilah kita pakat-pakat tengok betul-betul sementara masih belum berlaku pada kita hari ini.....tak tahu tanya, tak reti belajar, kurang ilmu cari ilmu dan sebagainya. Jangan pakai 'rodong' ikut rasa hati aje..Jangan dok berlagak kita tahu semua.. tu yang jadi bermacam-macam masalah yang mula timbul satu demi satu......buat apapun kita kena fikir akan implikasi yang mungkin berlaku.....kes-kes tanah tidak boleh disapu simpan bawah 'carpet' . Lambat laun ia akan terbongkar juga.



Sebenarnya kerja di Pejabat Tanah memang seronok dan mencabar sekiranya semua orang yang terlibat benar-benar mahu bekerja dan sentiasa bekerja bersungguh-sungguh mengikut aturan dan peraturan. Segera mengambil tindakan dan tidak bertangguh-tangguh kerja. Bertangguh-tangguh kerja inilah yang menyebabkan banyak kerja tertunggak, dan akhirnya rasa tak sempat, rasa kerja banyak, rasa tidak cukup kakitangan, rasa dibebankan dan macam-macam persepsi negatif kakitangan bila usaha-usaha menyelesaikan tunggakan kerja yang ada....Bila bertangguh-tangguh maka itulah jadinya fail hilang, dokumen diserah tidak didaftarkan, dokumen hilang, gagal rekod dalam surat hakmilik dan sebagainya..



Do It Now `~` " One secret of getting things done is ' never put off until later what you can do now."

The Error-Free Way : Lots of little errors can be just as costly as one big one. The best way to avoid both is by doing things right the first time

Monday, June 13, 2011

13.06.2011a
Saya paparkan dulu keratan gambar ini... untuk perhatian warga pejabat tanah seluruh Daerah....
Tak sempat nak ulas lagi... nanti kalau ada syehnya ... baru boleh taip .


Perkara ini akan dibincangkan dalam pelbagai media dan bersiaplah kita untuk langkah-langkah penyelesaiannya...

Saturday, June 4, 2011

Bayar Segera Premium Kalau Sudah Di Anugerahkan Tanah

Catatan: Mohd Asri Redha

Kenyataan YAB Menteri Besar Kedah disebelah bukan lesen untuk rakyat meneroka tanah sewenang-wenangnya...

Kadang-kadang ucapan sebegini diputarbelitkan dan disalahertikan  hingga seolah-olah dimana saja ada tanah kerajaan maka yang berduit tentunya tidak   ada masalah untuk sewa buldozer dan teroka habis sampai berpuluh-puluh ekar tanah kerajaan  tempoh yang sekejap sahaja...  Wajarkah  mereka ini dikatakan rakyat yang amat memerlukan tanah untuk sara hidupnya... Adakah dianggap zalim orang seperti ini jika kerajaan menjalankan penguatkuastaan menghalang pencerobohan tanah kerajaan .. walaupun mereka teroka sewenang-wenangnnya dan belanja banyak untuk tanaman kelapa sawit, getah dan sebagainya seolah-olah tanah itu akan diberikan kepada mreka.

Saya lebih suka tanah-tanah kerajaan yang ada sekarang ini ditawarkan kepada syarikat-syarikat kerjasama, PPK, LPP, Persatuan-Persatuan, koperasi-koperasi, GLC seperti Felcra dan GLC yang melibatkan ramai ahli.. Lebih baik diusahakan secara lebih ekonomi dengan keluasan tanah yang lebih luas. Lebih ramai ahli mendapat manafaat dari hanya seorang sahaja mendapat manfaat. Dengan kemampuan organisasi yang kukuh kewangannya yang ada saya rasa operasi secara makro lebih mudah dilaksanakan dan lebih menguntungkan. Ahli/ rakyat boleh terlibat sebagai pekerja dan juga melalui syer yang ditetapkan...


Apa yang dimaksudkan sebenarnya ialah banyak tanah-tanah kerajaan yang diduduki sejak sekian lama tapi tidak dibuat permohonan. tanah.... Kerajaan negeri kerugian berjuta-juta RM setiap tahun oleh kerana tanah-tanah yang telah diusahakan dengan pelbagai tanaman yang mendatangkan hasil pada pengusahanya tapi tidak pada kerajaan negeri......kebanyakan tanah-tanah tersebut tidak luas mana dan memang mereka duduki dan usaha tanaman sekadar kemampuan mereka. Kadang-kadang mereka alpa dan lupa untuk memohon tanah kerajaan secara rasmi.... mereka ini dikehendaki berurusan segera dengan pejabat tanah bukan mereka yang peneroka baru yang sebenarnya kemaruk dengan tanah kerajaan yang masih ada untuk kepentingan diri.. walaupun sudah lebih dari kemampuan.. dengan kata lain.. dah kaya. Pada mana-mana pemohon yang telah diluluskan tanahnya melalui notis 5A maka cepat-cepatlah bayar premium tersebut dalam tempoh 3 bulan .. kalau tidak selesai dalam tempoh tersebut akan dikenakan denda lagi sebanyak RM100.00. Kalau lebih 3 bulan tidak mai langsung ke pejabat untuk bayar maka kemungkinan permohonan tersebut terbatal dan pemohon tidak mempunyai apa-apa kepentingan lagi atas tanah tersebut.. Kalau buat rayuan akan dipertimbangkan tapi kena bayaran denda lagi RM200.00...Itupun dalam tempoh setahun sahaja.   Jadi buat apa buang duit sedangkan kita boleh bayar segera.. lagipun tanah tersebut telah lama mengeluarkan hasilnya..

Harus diifahami oleh rakyat jelata yang berkepentingan, kalau tidak bayar premium.. maka tanah itu masih lagi tanah kerajaan dan kerajaan boleh tawarkan kepada sesiapa yang berminat.. mungkin ditawarkan kepada orang perseorangan mungkin juga ditawarkan kepada GLC yang berkemampuan untuk mengusahakan tanah tersebut.  Bila dah tawar pada orang lain terbit air mata darah sekalipun sudah tidak boleh dapat balik tanah tersebut walaupun dah usaha begitu lama dan belanjapun banyak. ... sebab kerajaan dah beri peluang kepada pemohon untuk memiliki tanah , tapi buat tidak kisah seolah-olah kerajaan tidak boleh buat apa...... Pada waktu itu jangan tuduh kerajaan buat zalim kepada mereka... ini yang selalu terjadi apabila cerita sebenar disembunyikan .... sedangkan segalanya adalah dari  perbuatan pemohon itu sendiri......

OK jumpa lagii...
...

Wednesday, June 1, 2011

Tanah Anda Mungkin Tidak Lagi Menjadi Milik Anda Kerana Tidak Membayar Cukai...

Catatan: Mohd Asri Redha


Ini antara beberapa lot tanah persen- 
dirian  yang tlh diwartakan rampasan
tanah tanah akibat tidak membyar
 cukai tanah
Jangan anggap remeh urusan membayar cukai tanah. Jangan tunggu bil sampai baru hendak membayar cukai tanah.. Tidak terima bil bukan bermakna tidak perlu bayar cukai. Penghantaran bil hanya urusan pentadbiran sahaja dan bukan satu keperluan undang-undang. Semua pemilik tanah seluruh negara tahu bahawasanya setiap tahun perlu dan wajib membayar cukai tanah yang ditetapkan. Waktu bayar cukai tanah ialah dari bulan Januari hingga bulan Mei..  Lewat bayar maka akan jadi tunggakan dan denda dikenakan....   Ini sudah lumrah dan tidak perlu dipertikaikan lagi..............tidak perlu jumpa pegawai  atasan untuk memohon pengecualian denda kerana lewat bayar atas alasan tidak dapat bil cukai tanah, atas alasan tidak tahu, atas alasan  terlupa dan sebagainya. Kerana kalau diberi pengecualian maka semua orang yang terlibat akan meminta perkara yang sama dan ini sudah tentu memberi masalah besar kepada jabatan kerana kita tidak boleh berpilih-pilih dalam memberi pengecualian kecuali dalam kes-kes yang benar-benar 'genuine'


Pengistiharan rampasan tanah per
sendirian dalam warta kerajaan
negeri Kedah untuk lot
seperti dipaparkan
disebelah

Maka kalau dibiarkan tunggakan cukai terlalu banyak dan lama tidak membayar maka tanah itu akan diwartakan menjadi tanah kerajaan semula setelah segala proses mengikut KTN dipatuhi.. Tanah yang selama ini dibanggakan sebagai hak nya sudah tidak lagi menjadi haknya..  tuan tanah dan sesiapa sahaja yang menduduki tanah itu sudah tidak ada apa-apa hak lagi... kerajaan boleh buat apa saja atas tersebut..

Jadi tunggu apa lagi ... selesaikanlah segera apa yang menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat disebuah negeri yang sejahtera.

Proses perampasan tanah untuk tanah-tanah yang lain sedang dalam tindakan lanjut dan akan terus diwartakan tanpa mengira pangkat dan kedudukan jika gagal membayar cukai tanah... .Kerajaan Negeri amat serious dalam hal ini dan tidak timbul adanya  kezaliman dan penganiayaan terhadap pemilik tanah dalam hal ini kerana kerajaan telah memberi peluang dan masa secukupnya untuk menyelesaikan isu-isu tunggakan cukai tanah ini.