Sunday, January 30, 2011

Boleh Bayar Cukai Di Luar Pejabat.....Tunggu pengumuman dari masa ke semasa

Pasaraya Tesco
30.01.2011
Disediakan : Mohd Asri Redha


Kadang-kadang terjumpa kes tidak bayar cukai sejak
sekian lama tapi bila buka kaunter seperti ini boleh
selesai bayar  juga..alasan terlupa dan tidak perasan
dah bayar atau tidak.
 Bermacam cara dan pendekatan dilaksanakan oleh Pejabat Tanah untuk memudahkan tuan tanah membayar cukai tanah mereka. Antara kemudahan yang diberikan ialah pembayaran cukai melalui kad kredit, pembayaran cukai tanah juga boleh dibayar disemua Pejabat Tanah seluruh daerah di Kedah. Langkah terbaharu yang disediakan sejak tahun lepas ialah mengadakan kaunter kutipan cukai tanah diluar pejabat serta diluar hari bekerja... Semua kemudahan-kemudahan ini disediakan khusus untuk pembayar cukai tanah yang kadang-kadang menghadapi masalah jarak untuk berurusan di pejabat  tanah daerah dan juga mereka yang kesuntukan masa disebabkan kesibokan kerja harian. Terima kasih kepada anak2 buah yang terlibat menjayakan urusan kutipan luar ini walaupun terpaksa berkorban masa cuti rehat mereka.

Penulis bersama anak buah sedang melayan pelanggan
yg membayar cukai tanah dikaunter . Pada 29.01.2011-
03.01.2011 bertempat di Pasaraya Tesco Sg Petani
Pejabat Tanah Kuala Muda membuka
kaunter bergeraknya disitu.
Pada peringkat awal ini kemudahan yang disediakan ini kurang disedari oleh masyarakat. Sebab itu agak kurang penglibatan rakyat dalam menggunakan kemudahan yang disediakan. Walau bagaimanapun usaha tetap diteruskan tanpa jemu-jemu untuk mempromosikan kemudahan-kemudahan ini kerana dunia sekarang semakin canggih dan moden..Segala kemudahan teknologi maklumat yang ada perlu dipergunakan sepenuhnya yang mana pada akhirnya nanti akan memberi kesenangan kepada semua pihak.

Cara tradisional yang digunakan sejak sekian lama perlu diubah dan disesuaikan dengan perubahan teknologi yang berlaku dengan pesat sekarang ini. Walaupun jabatan sendiri kadang-kadang mempunyai masalah tersendiri untukmelaksanakan program-program seumpama ini seperti kekurangan kakitangan, peralatan dan peruntukan kewangan tapi demi kemudahan kepada pembayar cukai, usaha  kearah ini terpaksa diteruskan dan berkorban apa yang patut. Menjadi harapan yang amat tinggi agar segala masalah-masalah yang dihadapi oleh agensi-agensi yang mengutip hasil kewangan untuk kerajaan negeri seperti pejabat tanah diberi perhatian yang serious oleh kerajaan negeri. Dengan kemudahan yang lengkap dan peruntukan kewangan yang cukup sudah tentu usaha kearah peningkatan kutipan hasil kerajaan negeri dapat dilipatgandakan lagi melalui program-program kreativiti, proaktif dan kederasan aktiviti.

Ok..jumpa lagi.



Friday, January 28, 2011

ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK LAIN DALAM BLOG2 ASRI REDHA

Ini adalah artikel-artikel menarik yang saya tulis dalam beberapa blog saya yang lain yang perlu dibaca dan boleh dijadikan panduan . Hanya klik di tajuk berkenaan dan anda akan dibawa ke blog saya berkenaan:-

ANDA STRESS ATAU KEMURUNGAN...baca artikal dibawah ini ..InsyaAllah kita sama-sama selesaikannnya:
http://semangatjati.blogspot.com/2010/12/nikmat-kesihatan.html


MASALAH NAK DAPAT KERJA DAN MENGHADAPI TEMUDUGA..bacalah panduan ini Insya Allah adalah rezekinya tu.. manalah tau dgn panduan saya ni orang minat kat kita...
http://semangatjatikarya.blogspot.com/2010/04/seminggu-dua-ni-saya-terlibat-secara.htmlFasa


FASAL APA BN KALAH DI KEDAH DALAM PILIHANRAYA YANG LALU...kalau nak tahu pandangan saya berasaskan pengalaman yang saya alami..klik link dibawah ini.....
http://semangatjati.blogspot.com/2009/06/pilihanraya-umum-ke-12-komen-dan-ulasan.html


MAKNA KEBERSIHAN ...Banyak orang sudah tidak lagi mementingkan kebersihan.. dan menjadi semakin penyegan...menarik ni komen saya...
http://semangatjati.blogspot.com/2009/07/kebersihan.html


KEPUASAN BEKERJA ...tempat kita mencari rezeki sepatutnya tempat yang amat kita suka..tapi ada setengah orang tempat itu jadi macam neraka baginya.....pelikkan
http://semangatjati.blogspot.com/2010/08/kepuasan-bekerja.html


MERDEKA ...APA ERTINYA .... saya bimbang dengan telatah anak-anak yang lahir selepas zaman selepas merdeka ni..
http://semangatjati.blogspot.com/2009/09/kemerdekaan-apa-ertinya.html


KCS ... STATUS  IMEJ DAN KELAKUAN..satu pandangan saya yang meluka.......
http://semangatjati.blogspot.com/2009/07/2-julai-2009-wisma-darul-aman-hi-salam.html

TABIAT ORANG KITA MEMANDU KENDERAAN DIJALAN RAYA...memang pelik sungguh orang Malaysia..bila bawa kenderaan atas jalan raya ...terus bertukar sifat jadi gila-gila...rupa bertukar, warna bertukar dan macam-macam perkara pelik..nak tau bacalah...lepas tu jgn dok buat perangai macam tu..
http://semangatjati.blogspot.com/2009/08/tabiat-buruk-orang-kita-di-atas-jalan.html

Tuesday, January 25, 2011

Kembali Sebagai Ahli Majlis MPSPK

25 Januari 2011
SP Plaza
Mohd Asri Redha

Majlis Mengangkat Sumpah sebagai Ahli Majlis MPSPK
dihadapan Yang DiPertua MPSPK
Tahun 0000  kira-kira 00 tahun yang saya bertugas sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani. Hari ini kembali sebagai Ahli Majlis MPSPK...sekurang-kurangnya ada juga sedikit sebanyak berurusan dengan MPSPK.

MPSPK sekarang sudah berubah banyak termasuk bandar Sungai Petani dan sekitarnya. Ahli Majlisnya sudah berubah sama sekali.  Dulu Ahli Majlis dari dari kalangan kompenan Barisan Nasional tapi sekarang terdiri dari komponen Pakatan Rakyat.  Namun kakitangannya masih ada yang ingat kat saya. Mudahlah sikit nak buat kerja.

Sedang menandatangani surat sumpah memegang
jawatan dan menyimpan rahsia.
Masa saya di MPSPK dulu MPSPK baru saja diistiharkan sebagai Perbandaran dan kerja saya selama 3 tahun di situ banyak menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan projek-projek besar / komersial majlis yang gagal dan menyelesaikan isu-isu bebanan kewangan majlis pada waktu itu..isu-isu seperti yang berlaku pada masa itu banyak memberi tekanan yang amat berat pada diri saya hingga bisa berlaku stress yang agak terok...walau bagaimanapun pada akhirnya segala isu-isu tersebut telah dapat diselesaikan dengan baik meninggalkan kesan yang amat baik kepada MPSPK selepas keluarnya saya dari MPSPK.

Harapan pada kali ini isu-isu seperti itu tidak akan berulang kembali..

Monday, January 24, 2011

Benarkah Kaum Siam Sukar Mendapatkan Tanah Di Kedah DA

24 Februari 2012
Hotel MyHotel, Kuah Langkawi
Mohd Asri Redha

Semasa membaca satu berita dari Akhbar Kosmo hari ini saya terlihat satu artikal seperti dibawah yang saya rasa perlu juga diberi perhatian. Ini kerana ianya adalah berkaitan dengan pentadbiran tanah negeri Kedah...Kenyataan yang dibuat seperti itu seolah-olah mempertikaikan usaha murni kerajaan dalam memberikan tanah kepada kaum Siam di Kedah walaupun dalam kawasan Tanah Rizab Melayu.

Kedah adalah antara negeri-negeri di Malaysia yang memberikan kelonggaran yang begitu mudah kepada Kaum Siam untuk memiliki tanah kerajaan walaupun tanah tersebut terletak dalam kawasan Tanah Rizab Melayu...

Kenyataan yang dibuat tersebut rasanya adalah tidak betul sama sekali...kita tidak boleh semudah itu memproses sesuatu permohonan untuk memiliki tanah kerajaan oleh kaum Siam...Kelonggaran yang diberi dibawah Undang-Undang No.63, Tanah Simpanan Bagi Orang Melayu (Undang-Undang 6/1349: 34/1351)  adalah satu nikmat yang tidak terhingga kepada kaum Siam yang tidak dapat diperolehi oleh kaum-kaum lain. Sepatutnya perkara ini dihargai oleh masyarakat Siam di Kedah dan tidak sepatutnya disalahgunakan peruntukan yang ada itu.

Sepanjang saya bertugas di Pejabat Tanah Sik sebelum ini..sudah beratus hakmilik telah dikeluarkan kepada Masyarakat Siam di daerah Sik tanpa ada apa-apa masalahpun...Sememangnya dalam memproses permohonan tersebut ianya memerlukan ketelitian kerana syarat utama untuk membolehkan kaum Siam memiliki tanah kerajaan dalam kawasan Tanah Simpanan Melayu ialah pemohon mestilah seorang petani iaitu yang menjadikan  kerja-kerja pertanian atas tanah sebagai sumber pendapatan utama mereka. dan mereka mestilah rakyat negeri Kedah. Perkara ini perlu disiasat betul-betul dan kadang-kadang memakan masa untuk mengenalpasti status tersebut. Saya sendiri telah menyiasat secara rambang beberapa kes permohonan tanah dan Sijil Pertanian Siam dengan pergi sendiri melawat rumah dan mendapati memang ada yang bukan petani sebenarnya tetapi mempunyai pekerjaan bergaji yang lain. Dalam pada siasatan yang betul-betul dibuat itupun , masih berlaku penyelewengan dikalangan pemohon Siam yang sebenarnya bukan petani tapi bekerja lain seperti peniaga, pegawai kerajaan, pegawai swasta dan sebagainya yang terlepas dari siasatan. Ini sebenarnya tidak boleh dibenarkan dalam akta.


Betulkah....Kenyataan yang dikeluarkan ini sebenarnya boleh
dipertikaikan lagi....
 Lantaran kerana ketidakjujuran sesetengah pemohon Siam yang sebenarnya bukan petani menyebabkan siasatan terperinci perlu dibuat lebih ketat lagi supaya kelulusan kepada yang benar-benar layak sahaja. Kerana adanya penipuan status pekerjaan telah menyebabkan kerajaan lebih berhati-hati untuk memproses setiap permohonan tanah kerajaan oleh Kaum Siam..Kalau semuanya ikhlas saya rasa tidak masalah apapun untuk menyegerakan kelulusan.

Saya rasa tidak ujud masalah birokrasi dalam permohonan Sijil Pertanian Siam tersebut dan sememangnya birokrasi itu perlu dalam memastikan mereka yang layak sahaja boleh dipertimbangkan. Kalau mereka bukan petani memang mereka tidak layak memohon tanah kerajaan di kawasan Tanah Simpanan Melayu  dan tidak perlulah menunggu buah yang tidak gugur kerana memang mereka tidak layak untuk memohon. Kalau sebelum ini ada terlepas yang bukan petani berjaya memilik tanah kerajaan di TSM di Kedah,  maka itu kes terpencil yang terlepas pandang semasa siasatan akibat kelemahan-kelemahan pentadbiran yang tidak dapat dielakkan.

Sunday, January 23, 2011

Kembali Semula Ke Sungai Petani...Keluarga Baru di Pejabat Tanah Kuala Muda

21.01.2011
Sg Petani
mohd asri redha

Hari ke 3 saya berada di Pejabat Tanah Kuala Muda...
baru mula untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling.....

Sebahagian ahli keluarga Pejabat Tanah Kuala Muda yang hadir dalam perjumpaan sulung dengan saya pada 20.01.2011..Ramai juga ahlinya lebih kurang 92 orang. Tentunya ambil masa untuk mengenali setiap seorangnya dan mengenali hati budi masing-masing....dan tentu nya mengambil masa juga tu... ya lah nanti kalau tidak kenal apa pula kata anak buah.....sampai anak buah sendiri pun tidak kenal....lebih-lebih lagi kalau terjumpa kat mana-mana... malu juga tu... harap-harap janganlah anak buah fikir yang bukan-bukan kepada diri saya ni....kadang-kadang muka boleh ingat tapi nama pula tidak ingat.....biasalah tu.. kita manusia.. memang sifat pelupa tu memang ada..lebih-lebih lagi bila umur makin meningkat..



Hari-hari pertama di PTKM
berlagaklah sikit..berlagak ber
gambar ajelah..yg lain taaak..