Sunday, January 30, 2011

Boleh Bayar Cukai Di Luar Pejabat.....Tunggu pengumuman dari masa ke semasa

Pasaraya Tesco
30.01.2011
Disediakan : Mohd Asri Redha


Kadang-kadang terjumpa kes tidak bayar cukai sejak
sekian lama tapi bila buka kaunter seperti ini boleh
selesai bayar  juga..alasan terlupa dan tidak perasan
dah bayar atau tidak.
 Bermacam cara dan pendekatan dilaksanakan oleh Pejabat Tanah untuk memudahkan tuan tanah membayar cukai tanah mereka. Antara kemudahan yang diberikan ialah pembayaran cukai melalui kad kredit, pembayaran cukai tanah juga boleh dibayar disemua Pejabat Tanah seluruh daerah di Kedah. Langkah terbaharu yang disediakan sejak tahun lepas ialah mengadakan kaunter kutipan cukai tanah diluar pejabat serta diluar hari bekerja... Semua kemudahan-kemudahan ini disediakan khusus untuk pembayar cukai tanah yang kadang-kadang menghadapi masalah jarak untuk berurusan di pejabat  tanah daerah dan juga mereka yang kesuntukan masa disebabkan kesibokan kerja harian. Terima kasih kepada anak2 buah yang terlibat menjayakan urusan kutipan luar ini walaupun terpaksa berkorban masa cuti rehat mereka.

Penulis bersama anak buah sedang melayan pelanggan
yg membayar cukai tanah dikaunter . Pada 29.01.2011-
03.01.2011 bertempat di Pasaraya Tesco Sg Petani
Pejabat Tanah Kuala Muda membuka
kaunter bergeraknya disitu.
Pada peringkat awal ini kemudahan yang disediakan ini kurang disedari oleh masyarakat. Sebab itu agak kurang penglibatan rakyat dalam menggunakan kemudahan yang disediakan. Walau bagaimanapun usaha tetap diteruskan tanpa jemu-jemu untuk mempromosikan kemudahan-kemudahan ini kerana dunia sekarang semakin canggih dan moden..Segala kemudahan teknologi maklumat yang ada perlu dipergunakan sepenuhnya yang mana pada akhirnya nanti akan memberi kesenangan kepada semua pihak.

Cara tradisional yang digunakan sejak sekian lama perlu diubah dan disesuaikan dengan perubahan teknologi yang berlaku dengan pesat sekarang ini. Walaupun jabatan sendiri kadang-kadang mempunyai masalah tersendiri untukmelaksanakan program-program seumpama ini seperti kekurangan kakitangan, peralatan dan peruntukan kewangan tapi demi kemudahan kepada pembayar cukai, usaha  kearah ini terpaksa diteruskan dan berkorban apa yang patut. Menjadi harapan yang amat tinggi agar segala masalah-masalah yang dihadapi oleh agensi-agensi yang mengutip hasil kewangan untuk kerajaan negeri seperti pejabat tanah diberi perhatian yang serious oleh kerajaan negeri. Dengan kemudahan yang lengkap dan peruntukan kewangan yang cukup sudah tentu usaha kearah peningkatan kutipan hasil kerajaan negeri dapat dilipatgandakan lagi melalui program-program kreativiti, proaktif dan kederasan aktiviti.

Ok..jumpa lagi.



No comments:

Post a Comment