Monday, January 24, 2011

Benarkah Kaum Siam Sukar Mendapatkan Tanah Di Kedah DA

24 Februari 2012
Hotel MyHotel, Kuah Langkawi
Mohd Asri Redha

Semasa membaca satu berita dari Akhbar Kosmo hari ini saya terlihat satu artikal seperti dibawah yang saya rasa perlu juga diberi perhatian. Ini kerana ianya adalah berkaitan dengan pentadbiran tanah negeri Kedah...Kenyataan yang dibuat seperti itu seolah-olah mempertikaikan usaha murni kerajaan dalam memberikan tanah kepada kaum Siam di Kedah walaupun dalam kawasan Tanah Rizab Melayu.

Kedah adalah antara negeri-negeri di Malaysia yang memberikan kelonggaran yang begitu mudah kepada Kaum Siam untuk memiliki tanah kerajaan walaupun tanah tersebut terletak dalam kawasan Tanah Rizab Melayu...

Kenyataan yang dibuat tersebut rasanya adalah tidak betul sama sekali...kita tidak boleh semudah itu memproses sesuatu permohonan untuk memiliki tanah kerajaan oleh kaum Siam...Kelonggaran yang diberi dibawah Undang-Undang No.63, Tanah Simpanan Bagi Orang Melayu (Undang-Undang 6/1349: 34/1351)  adalah satu nikmat yang tidak terhingga kepada kaum Siam yang tidak dapat diperolehi oleh kaum-kaum lain. Sepatutnya perkara ini dihargai oleh masyarakat Siam di Kedah dan tidak sepatutnya disalahgunakan peruntukan yang ada itu.

Sepanjang saya bertugas di Pejabat Tanah Sik sebelum ini..sudah beratus hakmilik telah dikeluarkan kepada Masyarakat Siam di daerah Sik tanpa ada apa-apa masalahpun...Sememangnya dalam memproses permohonan tersebut ianya memerlukan ketelitian kerana syarat utama untuk membolehkan kaum Siam memiliki tanah kerajaan dalam kawasan Tanah Simpanan Melayu ialah pemohon mestilah seorang petani iaitu yang menjadikan  kerja-kerja pertanian atas tanah sebagai sumber pendapatan utama mereka. dan mereka mestilah rakyat negeri Kedah. Perkara ini perlu disiasat betul-betul dan kadang-kadang memakan masa untuk mengenalpasti status tersebut. Saya sendiri telah menyiasat secara rambang beberapa kes permohonan tanah dan Sijil Pertanian Siam dengan pergi sendiri melawat rumah dan mendapati memang ada yang bukan petani sebenarnya tetapi mempunyai pekerjaan bergaji yang lain. Dalam pada siasatan yang betul-betul dibuat itupun , masih berlaku penyelewengan dikalangan pemohon Siam yang sebenarnya bukan petani tapi bekerja lain seperti peniaga, pegawai kerajaan, pegawai swasta dan sebagainya yang terlepas dari siasatan. Ini sebenarnya tidak boleh dibenarkan dalam akta.


Betulkah....Kenyataan yang dikeluarkan ini sebenarnya boleh
dipertikaikan lagi....
 Lantaran kerana ketidakjujuran sesetengah pemohon Siam yang sebenarnya bukan petani menyebabkan siasatan terperinci perlu dibuat lebih ketat lagi supaya kelulusan kepada yang benar-benar layak sahaja. Kerana adanya penipuan status pekerjaan telah menyebabkan kerajaan lebih berhati-hati untuk memproses setiap permohonan tanah kerajaan oleh Kaum Siam..Kalau semuanya ikhlas saya rasa tidak masalah apapun untuk menyegerakan kelulusan.

Saya rasa tidak ujud masalah birokrasi dalam permohonan Sijil Pertanian Siam tersebut dan sememangnya birokrasi itu perlu dalam memastikan mereka yang layak sahaja boleh dipertimbangkan. Kalau mereka bukan petani memang mereka tidak layak memohon tanah kerajaan di kawasan Tanah Simpanan Melayu  dan tidak perlulah menunggu buah yang tidak gugur kerana memang mereka tidak layak untuk memohon. Kalau sebelum ini ada terlepas yang bukan petani berjaya memilik tanah kerajaan di TSM di Kedah,  maka itu kes terpencil yang terlepas pandang semasa siasatan akibat kelemahan-kelemahan pentadbiran yang tidak dapat dielakkan.

No comments:

Post a Comment