Blog ini saya sedia untuk renungan dan bahan bacaan untuk awam. Maklumat dan pandangan yang diberi ini tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti dalam mana-mana prosiding mahkamah dan tuntutan. Penulis tidak bertanggongjawab jika berlaku kerugian wang ringgit, kemusnahan harta benda dan diri, tuntutan kerugian dan sebagainya disebabkan menggunakan maklumat dalam blog ini..
Tuesday, March 22, 2011
Vietnam ....menggamit pelancong.
Mau mendengar cerita lawatan saya ke Vietnam pa da 18 - 21 Mac 2011....sila klik di bawah ini
http://semangatjati.blogspot.com/2011/03/vietnam.html
Terima Kasih......Heng Gap Lai... See You Again..

Orang Vietnam ingat kita 'perak' kut naik kereta kuda lawat keliling kg depa. Kita naik AnOr. Kg depa sebijik macam kg kita. |
hebat cara peniaga jalanan orang Viet . Nak hidup.. pemasaran yang agresif dan bahaya.Jual barang tepi tingkap bas yang sedang berjalan dgn menunggang motosikal. Tawar gila2 punya. |
Friday, March 11, 2011
PenuliSan Surat Rasmi
Sungai Petani
10 Mac 2010
Disediakan: Mohd Asri Redha
Bulan lepas saya telah di saman untuk hadir memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani. Kes ini melibatkan pertikaian pemilikan tanah di Sik...Saya ada buat satu surat rasmi kepada sebuah syarikat guaman berhubung penerangan kepada tafsiran pemilikan tanah orang bukan melayu di kawasan Tanah Sismpanan Melayu. Surat ini dibuat semasa saya sebagai Pentadbir Tanah Sik dulu...Sebenarnya ianya tidaklah besar sangat dan tidak memberi apa-apa kesan kepada saya dan jabatan.
Namun apa yang saya nak cerita di sini ialah tentang memastikan penulisan surat-surat seperti itu ( penerangan tentang tafsiran sesuatu undang-undang) wajar atau tidak dibuat jika diminta oleh pelanggan kita seperti peguam, orang orang awam dan sebagainya. Setelah saya merenung kembali kes ini dan selepas kembali dari menghadiri memberi keterangan di Mahkamah Sesyen ini rasanya saya telah membuat sedikit kesilapan. Saya tidak sepatutnya menjawab surat-surat atau pertanyaan yang berbentuk penjelasan kepada sesuatu pentafsiran undang-undang terutama yang berkaitan tanah. Sepatutnya persoalan seperti ini saya kena rujuk Pegawai Undang-Undang Jabatan atau Penasihat Undang-Undang Negeri bagi menjawab persoalan undang-undang yang dibangkitkan.. kerana mereka ada kelayakan dan pemahaman yang lebih jelas tentang sesuatu persoalan undang-undang. Nasib baiklah isi kandungan surat yang saya sediakan itu tidak memakan diri ..apa yang tulis itu rasanya betul..kalau tidak ..nanya saya...apatah lagi kalau dengan sekeping surat saya itu ada yang mengalami kerugian wang ringgit dan harta benda.
Ini adalah kerana kalau sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah maka mudah bagi mereka untuk menjawab segala perkara yang dibangkitkan. Inilah yang berlaku pada saya semasa memberi keterangan di Mahkamah Seksyen Sungai Petani tempoh hari..Surat yang saya buat itu mudah dan simple sahaja. Tapi bila ke Mahkamah banyak tafsiran undang-undang diminta dari saya untuk dijelaskan yang tidak saya jangka sama sekali....Dari surat saya itu di'rendangkan' lagi kepada persoalan undang-undang yang berkaitan. Nasib baik saya mula tersedar kalau saya terus cuba menjawab soalan-soalan ..saya rasa saya boleh terperangkap dan jawaban saya sendiri kerana saya bukan orang yang arif dengan undang-undang walaupun ada sedikit pengalaman dalam pentadbiran tanah...Hakim juga menyedari hal ini dan akhirnya soalan-soalan yang berbentok pentafsiran undang-undang tidak lagi ditanya.
Pengajaran kes ini ialah berhati-hatilah dalam menyediakan surat-surat rasmi jabatan kerana ia memberi banyak implikasi undang-undang dan tuntutan ganti rugi. Pertanyaan berbentuk tafsiran undang-undang perlu dirujuk kepada yang lebih arif dan ada authoriti untuk menjawabnya. Bagi kita di Pentadbiran Tanah hanya Pegawai Undang-Undang PTG dan YB Penasihat Undang-Undang Negeri saja yang layak menjawabnya...
Terlanjur berbicara tentang penulisan surat rasmi ini saya ingin juga menceritakan tentang hal-hal lain yang berkaitan menulis surat rasmi jabatan ini berdasarkan kepada pengalaman saya bertugas dipelbagai jabatan sepanjang lebih 25 tahun .
Sedar atau tidak sedar sebenarnya banyak kelemahan dan kesilapan yang dikenalpasti semasa menyediakan surat... Saya sendiri mengakui tidak arif sangat tentang hal-hal berkaitan persuratan. Saya saya nak cerita pilah apa yang saya rasa ada kebaikan untuk kita semua mungkin anak-anak buah dapat ambil ini sebagai panduan.
Saya sentiasa mengingatkan anak buah supaya dalam menyediakan surat-surat...ejaan dan ayat kena tengok betul-betul. Kadang-kadang perkataan yang dieja boleh jadi maksud lain disebabkan kesilapan taip... Saya pernah terjumpa surat dari sebuah jabatan yang tersilap menulis ejaan perkataan ' butir-butir'. yang tersilap taip terjadi 'bu*** ' dan pegawai yang tandatangan pula tidak baca betul betul maka jadi makna yang lucah...bayangkan orang yang menerimanya...Jadi tengoklah betul-betul sahabat-sahabat ku sekalian.
Kadang-kadang bos draf surat bagi taip..pegawai yang taip pula betul bendul...kalau dah tidak faham apa yang ditulis..pergilah tanya penulisnya..mungkin boleh ubah dan cadang ayat lain..bagi betul balik..Ini tidak..terus taip saja sampaikan dia sendiri tidak faham apa dia...katalah bos tu percaya 100% terus 'tenyeh'
maka jadilah surat itu macam2..
Sekarang zaman IT..semua guna komputer untuk menaip surat..baguslah kerana cepat sikit sedia surat... Masalahnya ialah kerana terlalu leka ada yang hanya 'copy and paste' saja , lepas tu tidak semak betul-betul pula maka jadilah tajuk surat lain isi kandngan lain. Kes ini banyak sangat saya jumpa...harap-harap tidak terjadi pada saya. Begitu juga dengan surat tuju pada orang yang tidak berkenaan langsung..gara-gara 'copy and paste' . Jadi berhati-hatilah dalam menyediakan surat-surat standard seperti ini...
Kadang-kadang ada ayat yang tergantung...baca tak sedap.. macam ada yang tidak haabis.. Orang bernafas tidak habis..jadi tidak puas. Nak tandatangan pun tidak gamak. Yang ini kenalah ada sedikit kemahiran dalam menyusun ayat..bagi lah ada sedikit seni dalam menulis... bagi lentik elok sikit. Bagi bahasa berbunga elok sikit agar yang menerima dan bacanya tersenyum puas membaca dan menggembirakan orang yang membacanya dan membuat keputusan yang positif yang pada akhirnya penghantar surat itu nanti yang akan dapat faedah dan manfaatnya. Tak salahkan kalau kita buat lagu tu. Janganlah buat ikut lazim ... ikut orang dulu-dulu buat... ada borang-borang yang kalau bacapun dan tengok kita sendiri keliru... kenalah ubah suai sikit kalau dibolehkan.
Format surat yang disediakan perlulah menarik... nanti kalau saya ada kelapangan saya akan scan contoh surat yang dikatakan format yang tidak menarik... Jangan buat mudah tentang format surat.. kalau seorang yang nak terima surat kita tahu ada gelaran, bintang/pingat dan sebagainya kena tulis.. Alamat bagi lengkap.
Kalau lebih sekeping beri no muka surat. ..Setiapa muka surat bagi ada no fail..supaya kita ketahui ianya adalah berkaitan dengan muka surat pertama...Jangan biarkan muka surat 2 hanya ada untuk tandatangan dan nama penghantar sahaja. tanpa dicatatkan no fail atau berkaitan apa. Kalau dibiarkan kosong begitu kemungkinan besar boleh disalah guna orang orang tertentu yang menggunakan tandatangan sah pegawai dan menggantikan muka surat pertama dengan perkara-perkara lain yang orang tertentu ada kepentingan... Ini pernah saya tegor dan cakap kepada anak-anak buah.. namun masih berlaku juga buat surat seperti itu.
Ada yang guna huruf yang kecil..nak baca pun jenuh 'belek'
Saya amat ambil berat akan format surat-surat ini bagi nampak menarik, susunan yang seimbang termasuk format untuk minit-minit mesyuarat yang disediakan... Sebab itu kebanyakan surat-surat yang agak teknikal saya sediakan sendiri dan taip sendiri dan harapan saya nanti anak-anak buah buatlah surat seperti mana yang dibuat sebagai panduan... ada yang ikut dan ada yang masih macam dulu-dulu juga.... susah nak berubah .. Perkara yang penting perlu diberi perhatian ialah dalam menyediakan surat2 kena fikirkan implikasi dari surat yang disediakan..
Ada kes pernah berlaku jabatan terpaksa membayar kos mengadakan sesuatu majlis rasmi yang diatorkan oleh NGO dimana kelulusan perbelanjaan tidak nyatakan jumlah RMnya. Akhirnya bil datang... terbeliak biji mata tengok tuntutan hingga melebihi 1/2 juta RM... Kerana surat rasmi sekeping yang dikeluarkan oleh ketua jabatan yang tidak difikirkana betul-betul implikasinya maka terpaksalah kerajaan tanggung.
Mungkin agak bertentangan dengan ketua jabatan lain..saya lebih suka surat yang disediakan isi kandungannya bagi jelas. Biar panjang sikit tidak apa asalkan penerima memahami sepenuhnya akan surat itu dan tidak terbiar penerimanya tertanya-tanya apa yang perlu dibuat dari surat kita tersebut... Kalau ini berlaku kitapun tertunggu-tunggulah buah yang tidak gugur-gugur. Kadang-kadang kita perlu 'guide' penerima apa yang perlu dibuat.
Ok lah....saya stop kat sini dulu... ada banyak lagi yang nak dicerita fasal isu dan kes surat menyurat ini...nanti bila datang syeh dan nisannya saya akan sambung lagi..cerita saya nipun rasanya ada kesilapan tatabahasa dan maksud... nanti kalau terjumpa saya akan edit lagi. Sebab saya tulis ini terus saja di'netbook' dan terus masuk blog..
Itu tidak cerita lagi fasal surat jemputan yang macam macam... Hantar surat jemputan tapi tidak sebut majlis apa. Tak bagi tau tarikh majlis dan tempat...ada tarikh mesyuarat lain, hari pula lain. ada surat tidak ada tandatangan..kadang-kadang terima surat yang bos dia draf saja..pernah berlaku.. -macam-macam .. puncanya ialah kecuaian, tidak teliti dan tidak ambil berat, tidak pernah ada orang tegor, buat tidak kisah, harap orang lain dan sebagainya.
Jumpa lagi...
Kadang-kadang sedap juga guna bahasa-bahasa surat dari negara jiran kita Indonesia... ayatnya juga lembut dan menarik untuk kita baca.. apa kata sekali sekali kita guna istilah-istilah depa.. maknanya pun sama aje seperti kita.. . klik sahaja alamat blog dibawah ini........
http://contoh-contoh-surat.blogspot.com/
dir

Tuesday, March 8, 2011
PERUTUSAN PENTADBIR TANAH DAERAH KUALA MUDA
NOTA CATATAN MAJLIS PERJUMPAAN KHAS PENTADBIR TANAH KUALA MUDA DENGAN SEMUA KAKITANGAN PEJABAT TANAH KUALA MUDA YANG DIADAKAN PADA 20 JANUARI 2011 PADA JAM 2.30 PETANG DI BILIK GERAKAN PEJABAT DAERAH KUALA MUDA
ISU-ISU UTAMA DAN PERKARA YANG DIBERI PERHATIAN OLEH PTD
1. Beliau memohon kerjasama semua kakitangan dalam melaksanakan segala aktiviti di Pejabat Tanah Kuala Muda. Kerjasama dan bekerja sebagai satu pasukan amat penting dalam menjayakan setiap tugas yang dilaksanakan.
2. Beberapa program akan diberi perhatian utama oleh PTD adalah seperti berikut:-
a. ‘Star Rating’ – Perkara diberi penekanan kerana kemungkinan besar pihak MAMPU akan datang membuat penilaian jabatan. Semua pihak seharusnya kena bersedia sepenuhnya dan melengkapkan serta melaksanakan apa-apa yang perlu terutama dalam mematuhi akan peraturan dan arahan-arahan seperti termaktub dalam pekeliling kerajaan negeri dan JPA serta Perbendaharaan.
Tindakan: PPTD 1
b. Pelan Tindakan Strategik PTKM..perlu disediakan dengan lengkap dan secepat mungkin.
Tindakan: PPTD 1
c. Majlis Bersama Jabatan..Mesyuarat perlu diadakan seperti mana yang ditetapkan oleh pekeliling. Apa yang perlu minit yang hendak dihantar hendaklah memberi penekanan kepada tindakan jabatan yang diluar PTKM untuk mengambil tindakan, bukan sekadar bermesyuarat semata-mata seperti tindakan oleh BSM, Pejabat SUK
Tindakan: PPTD 1
c. Jawatankuasa Tadbir Urus Organisasi PTKM..Jawatankuasa ini adalah arahan dari kerajaan negeri yang perlu diujudkan diadakan mesyuarat secara berkala . Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah Jawapan maklumbalas seperti mana format SPRM yang diedarkan kepada semua jabatan. SPRM sendiri telah mengadakan kursus khas bagaimana cara-cara pengisian format tersebut. 7 elemen yang perlu dibincang sebagai agenda utama. Lantikan ‘Desk Officer’ perlu dilantik segera jika belum dilaksanakan dan hanter pada BSM untuk rekod. Begitu juga minit mesyuarat JKTU PTKM perlu dihantar pada BSM untuk rekod.
Tindakan: PPTD III
d. Pelaksanaan Pelan 5S PTKM…Pelaksanaan program ini adalah amat penting kerana sekiranya ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna maka akan menimbulkan keceriaan kepada pejabat dan memudahkan segala urusan jabatan serta urusan dokumentasi fail dapat diuruskan dengan baik. Tuan PTD akan memberikan maklumat berkaitan sebagai panduan pelaksanaan.
Tindakan: PPTD II
e. Laman Web PTKM
Promosi perkhidmatan dan jabatan banyak bergantung kepada Laman Web. Pejabat Tanah tidak terkecuali. Tuan PTD mensasarkan untuk mendapatkan penilaian bintang yang tertinggi bagi laman web
PTKM. . Perkara ini perlu diberi perhatian. Pihak MDEC/MSC akan membuat penilaian semula semua laman web jabatan pada akhir bulan Mac 2010 untuk menentukan ‘star rating’ setiap laman web berasaskan kepada criteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh mereka. Markah yang diberi oleh MDEC sebelum ini ialah 70 %Yang boleh diletakkan dalam kategorian 3 atau 4 bintang. Namun dari pemerhatian PTD ia masih tidak masih berpuashati dengan Laman Web tersebut terlalu banyak kekurangan. Jawatankuasa berkaitan perlu diaktifkan dan membuat penambahbaikan. Perkara ini perlu disegerakan.
Tindakan: PPTD III/ PPSM
f. Penilaian Kepuasan Pelanggan
Kerajaan negeri telah mengarahkan supaya setiap jabatan membuat penilaian dari segi kepuasan pelanggan menggunakan perkhidmatan jabatan. Borang yang standard telah disediakan dan ianya perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Tuan PTD mencadangkan pelatih-pelatih praktikal di PTKM mengambil ini sebagai satu tugasan dalam latihan
Tindakan: Penolong Pegawai Undang-Undang
3. Teguran Audit
a. Tuan PTD memaklumkan beliau amat ambil berat akan segala teguran audit. Dimana yang boleh segala tegoran audit hendaklah dijawab dan diambil tindakan sewajarnya. Perkara yang sama seharusnya tidak akan dibangkitkan lagi oleh Jabatan Audit jika mereka datang kembali membuat auditan.
Tindakan: Pen. Akauntan/Ketua Pembantu Tadbir (EO)
4. Disiplin Kakitangan
a. Perkara disiplin kakitangan amat diambil perhatian berat oleh PTD. Beliau pohon supaya kakitangan mematuhi segala peraturan-peraturan jabatan dan kerajaan yang telah ditetapkan sebelum ini. Peraturan yang ditetapkan bukan untuk menyusahkan kakitangan tetapi untuk memastikan setiap kakitangan menumpukan usaha kepada kerja yang diarahkan kerana semua dibayar gaji yang mencukupi untuk melaksanakan kerja yang diarah.
b. Penggunaan kad perakam waktu adalah wajib. Tolong ketik kad rakan-rakan adalah satu kesalahan besar dan jika terjumpa pegawai berkenaan akan diambil tindakan disiplin berdasarkan peruntukan yang ada. Kad –kad yang tidak digunakan sewajarnya maka surat tunjuk sebab akan dikeluarkan dan direkod. Sekiranya banyak dan berbaloi kertas laporan tindakan disipln akan dihantar kepada BSM untuk tindakan lanjut. Buku keluar masuk pejabat perlu diaktifkan segera. Setiap kakitangan perlu dan mesti berada di opis sepanjang masa kecuali ada urusan rasmi di luar atau mendapat kebenaran pegawai kanan. PTD akan memanggil pada bila-bila masa setiap kakitangan untuk apa-apa perbincangan.
c. Setiap arahan pegawai-pegawai atasan perlu dilaksanakan segera sepertimana masa yang ditetapkan atau mengikut kepentingan sesuatu urusan yang diperlukan. Kelewatan dan kegagalan melaksanakan arahan akan menjejaskan operasi PTKM. Sekiranya kes seperti ini berulang dan berterusan maka tindakan tatatertib boleh diambil.
Tindakan: Ketua Pembantu Tadbir/EO .
5. Gotong Royong
a. Gotong royong perlu diadakan berterusan agar jabatan tampak kelihatan bersih dan nyaman. Gotong royong dalam erti kata sebenar. Semua kakitangan perlu terlibat. Tidak akan ada lagi ruang-ruang yang menyakitkan mata.
Tindakan: PPTD 2
6. Keceriaan Pejabat
a. Segala papan tanda, panduan-panduan perlu diteliti semula. Yang mana tidak sesuai dan letak ditempat yang tidak sesuai kenalah dibuang. Gambar-gambar dan sebagainya untuk mencantikkan lagi pejabat perlu difikirkan. Bunga-bungaan, susunan meja, susunan fail, penyimpanan fail. Carta organisasi yang lengkap, gambar-gambar kakitangan, ruang menunggu pelanggan, dan sebagainya perlu di rancang sesuatu agar ianya menampakkan keceriaan jabatan. Ini ada kaitan juga dengan program 5S PTKM. Tuan pengerusi mencadangkan menggunakan kaedah-kaedah yang praktikal dan tidak menggunakan belanja yang banyak seperti penggunaan mesin laminate, kad polystril dan sebagainya. Mesin laminate bolehlah dibeli menggunakan peruntukan jabatan.
Tindakan : PPTD 3
7. Kebersihan Pejabat
a. Kebersihan pejabat amat penting. Tidak bersih dan kotor akan mengundang masalah kesihatan dan tikus dan lipas berkeliaran dalam pejabat dan merosakkan peralatan pejabat. Tuan PTD pinta supaya sebarang buangan makanan tidak tidak ditinggalkan dalam pejabat semalamam..Tuan PTD akan meronda sekali sekali setiap tempat kerja kakitangan agar perkara ini dilaksanakan segera. Gambar akan diambil oleh pengerusi. Beliau mahu setiap ruang dan sudut dalam dan luar pejabat sentiasa bersih dan tidak berdebu. PTD akan membuat pemeriksaan sendiri agar arahan ini dilaksanakan segera semua kakitangan tanpa menunggu arahan selanjutnya. Setiap kakitangan perlu tahu tan ggungjawab masing-masing dan menjaga persekitaran masing-masing tanpa ada ‘berkira’
b. Bilik Setor, bilik geran, bilik server, bilik pelan, bilik PPTD, bilik sembahyang, tandas dan lain-lain bilik semuanya perlu dalam keadaan kemas tersusun dan bersih dan ada rekod indek yang mudah dicapai dan dikesan.
Tindakan: PPTD II /Ketua Pembantu Tadbir(EO)
8. Pengurusan Aduan Awam
a. Jabatan banyak menerima aduan dari pelbagai sumber dan cara seperti melalui surat menyurat, melalui telefon, email, laman web jabatan., aduan lisan. Ada aduan atau rayuan yang boleh dikenakan bayaran terutama yang bersifat persendirian seperti yang ditetapkan dalam Aturan Tanah Kedah. Perkara ini perlu diteliti. Satu system pengurusan aduan yang lebih sistematik dan menggunakan IT sepenuhnya perlu dirangka dan dibuat supaya setiap aduan diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya.
Tindakan: Tuan PPTD II / Pen. Pegawai Undang-Undang
9. Unit Hasil dan Kewangan
a. Unit ini amat penting dan usaha menambahkan kutipan hasil perlu ditingkatkan. Tuan PTD akan member perhatian kepada beberapa aspek tertentu yang perlu diaktifkan dengan lebih hebat lagi iaitu:
Proses rampasan tanah bagi hakmilik yang gagal membayar cukai
Program mengurangkan tunggakan cukai tanah
Program pemutihan data-data
Kaunter Bergerak
Pelaksanaan kutipan cukai tanah pada hari cuti
Program Anak Angkat Tunggakan Cukai Tanah
b. Usaha-usaha menghantar notis dan bil cukai tanah kepada pemilik tanah perlu mendapat kerja sama semua kakitangan seperti melipat bil, pelekat setem dan sebagainya. Begitu juga aktiviti lain yang diatur perlu dilibatkan semua kakitangan PTKM bukan hanya tanggungjawab unit Hasil sahaja.
c. Aspek-aspek perundangan perlu diteliti betul dalam melaksanakan program-program yang berkaitan agar PTKM tidak didakwa di Mahkamah dan sebagainya.
Tindakan: Penolong Akauntan/ Ketua Unit E
d. Bajet 2011 telah diluluskan. Apa yang diminta tidak sepenuhnya diluluskan. Oleh itu perbelanjaan perlu diteliti dan dikaji balik untuk diputuskan mengikut keutamaan. Semua PPTD perlu beri perhatian kepada penyediaan bajet jabatan.
e. Bajet tahun 2012 sudah boleh dimulakan sekarang untuk kenalpasti keperluan dan juga menyediakan justifikasi yang menyakinkan terutama untuk perkara-perkara baru.
Tindakan: Pen. Akauntan/ Ketua pembantu Tadbir(EO)
f. Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Jabatan serta Jawatankuasa Pengurusan Aset Jabatan perlu perlu bermesyuarat mengikut jadual sepertimana kehendak kerajaan.
Tindakan: PPTD 1/ Penolong Akauntan
10. Unit Pelupusan Tanah
a. Unit ini perlu dimantapkan lagi. Tuan PTD akan melihat kembali operasi di unit ini. Antara yang perlu diteliti ialah fail-fail lama yang telah dikeluarkan notis 5A tetapi pemohon tidak datang membayar.
b. Semakan dan pemeriksaan status pekerjaan pemohon kerana kadar premium adalah berbeda mengikut pendapatan dan pekerjaan. Kutipan denda lewat bayar harga tanah perlu dilaksanakan segera bagi yang gagal bayar selesai dalam tempoh yang ditetapkan dan yang gagal bayar premium hingga melebihi tempoh satu tahun.
c. Laporan pemeriksaan tanah oleh Penolong Pegawai Tanah perlu lengkap dan tepat. Tuan PTD menetapkan setiap PPT perlu menyiapkan 10 kes permohonan tanah hingga selesai sebulan.
11. Unit Pendaftaran
a. Tuan Pengerusi mengucapkan tahniah kepada unit ini kerana Berjaya meningkatkan prestasi dalam mendaftarkan urusniaga tanah dalam tempoh satu hari. Ianya boleh ditambah baik lagi hingga boleh mengatasi daerah-daerah lain. Walau bagaimanapun pengerusi mengingatkan dalam usaha mempercepatkan segala proses prosedur dan peraturan berdasarkan undang-undang perlu dipatuhi sepenuhnya. Ketelitian dan kerajinan dalam melaksanakan tugas perlu ada dalam mengelakkan sebarang kesilapan yang boleh mengundang padah kepada PTKM.
b. Begitu juga dengan pendaftaran geran. Ianya perlu diteliti dengan baik dan mengikut undang-undang. Segala maklumat-maklumat yang dimasukkan ke dalam hakmilik perlu diteliti betul dan berulang kali semak untuk memastikan maklumat tersebut adalah betul spt mana kelulusan kerajaan.
c. Tindakan susulan seperti penyediaan PU perlu dilaksanakan berterusan. Begitu juga PA yang diterima dari JUPEM perlu diambil tindakan penyediaan geran kekal. Sistem E Kadaster yang dilaksanakan oleh JUPEM perlu diberi perhatian oleh unit ini dan unit teknikal.
Tindakan: semua PPTD, KUB, KUC, KUT, P/Pelan
12. Unit Bahan Batu
a. Unit ini akan dikemaskinikan lagi. Tuan PTD mohon agar diteliti semula semua kuari-kuari yang diluluskan terutama dari segi peraturan yang dikenakan. Tuan Pengerusi akan membuat lawatan sendiri kuari-kuari berkenaan dan memastikan apa yang diluluskan kepada mereka maka itulah yang dibuat oleh operator kuari. Tuan Pengerusi memaklumkan beliau tidak akan teragak-agak untuk menutup dan merampas deposit jika tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
b. Untuk peringkat awal tuan Pengerusi minta supaya surat peringatan dikeluarkan sekali lagi kepada semua pengusaha-pengusaha kuari agar mematuhi peraturan. Mana-mana kuari yang depositnya kurang RM10,000.00 tindakan perlu diambil untuk minta mereka percukupkan RM10,000.00
Tindakan: PPTD 1/KUN
13. Unit Penguatkuasaan
a. Unit ini perlu bergerak lebih aktif dan ada tindakan-tindakan yang menampakkan kepada masyarakat luar bahawa penguatkuasaan oleh PTKM memang berjalan berterusan. Ini akan mengurangkan rakyat sesuka hati meneroka tanah kerajaan, membawa bahan batu secara haram dan apa-apa aktiviti berkaitan urusan tanah yang merupakan kesalahan dibawah KTN.
b. Tuan Pengerusi menetapkan sekurang-kurangnya setahun 5 kertas siasatan perlu disediakan untuk kes-kes penguatkuasaan yang dilaksanakan. Menahan lori yang bawa bahan batuan tanpa bayar royalty sudah boleh dibuat suatu kertas siasatan.
Tindakan: PPTD 2 / PPU
14. Perkemaskan Sistem dan Operasi Unit
a. Semua unit dikehendaki mengadakan perbincangan berkala dengan semua anak buah masing-masing bagi memantapkan lagi operasi unit masing disetiap aspek dan tugasan. Tuan PTD akan mengadakan perjumpaan dari masa ke semasa untuk mengenalpasti isu dan masalah setiap unit dan mengambil tindakan dimana yang perlu.
Tindakan: Semua kakitangan
15. Hal-Hal lain yang disentoh oleh Pengerusi untuk tindakan semua kakitangan.
Penggunaan buku log kenderaan yang lengkap dan kemaskini
Rekod inventori peralatan dan asset jabatan
Keselamatan Pejabat dan Keselamatan Kebakaran
Larangan merokok dalam pejabat
Surat mohon sambong kontrak kakitangan sementara PTKM
Tindakan: Kakitangan yang terlibat

Thursday, March 3, 2011
TAHNIAH..Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah
03 Mac 2010
Istana Anak Bukit
Hidup kita diwarnai dgn emosi yang pelbagai. Ada hari kita berduka, ada hari kita seronok,ada hari kita riang ria, ada hari kita tension sgt, ada hari kita murung, ada hari kita geram sangat, ada hari kita nak marah kat orang saja, ada hari ......macam2 lah
Hari ini saya nak cerita yang seronok2 saja..Seronok tengok anak2 buah menerima pingat kebesaran dari KBDYMM Tuanku Sultan Kedah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan yang ke 83 Tahun.
Hari ini 3 orang kakitangan PTKM telah menerima Pingat Cemerlang Kedah(PCK). Mereka ialah Puan Noorili bte Khairudin Penolong Pegawai Tadbir, En Omar b. Othman Ketua Unit Teknikal dan Siti Zahirah bte Hamid Pembantu Tadbir Kanan. Seorang lagi kakitangan PTKM akan menerima pingat yang sama pada sessi yang akan datang. Nanti saya akan masukkan gambar pegawai tersebut.Sekarang tidak boleh umum lagi kerana belum terima lagi....
Saya juga merasa gembira melihat anak-anak buah di pejabat terdahulu yang menerima pingat pada hari ini terutama dari Pejabat Tanah Sik, Pejabat Daerah Langkawi dan lain-lain pejabat yang pernah bekerja bersama saya. Tak sempat nak bergambar dengan mereka. Tahniah untuk anda semua...Anda semua membanggakan saya dan jabatan anda..teruskan perkhidmatan tuan puan dengan lebih cemerlang lagi.
Istana Anak Bukit
Hidup kita diwarnai dgn emosi yang pelbagai. Ada hari kita berduka, ada hari kita seronok,ada hari kita riang ria, ada hari kita tension sgt, ada hari kita murung, ada hari kita geram sangat, ada hari kita nak marah kat orang saja, ada hari ......macam2 lah
Hari ini saya nak cerita yang seronok2 saja..Seronok tengok anak2 buah menerima pingat kebesaran dari KBDYMM Tuanku Sultan Kedah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan yang ke 83 Tahun.
Yang no 2 dari kiri tak dapat pingat apa ..tumpang tui dengan anak buah saja... |
En Zulkifli terima anugerah PCK pd 08.03.11 |
Tahniahlah diucapkan kepada mereka dari semua warga PTKM atas kejayaan mereka menerima penghargaan tertinggi dari Tuanku Sultan.
Saya bersama anak-anak buah MPSPK yg sama2 bekerja dgn saya dulu..masih ingat lagi kat saya......ini semua staf yang tlh bertugas dgn cemerlang. |
Sesungguhnya ini semua adalah berkat kesungguhan mereka dan dedikasi mereka dalam menjalankan tugas. Dengan anugerah ini adalah diharapkan prestasi mereka akan lebih cemerlang dan lebih produktif lagi kearah kecemerlangan PTKM. Anugerah ini juga akan menjadi pendorong kepada lain-lain kakitangan untuk berusaha lebih hebat lagi dan menonjolkan kebolehan masing-masing dalam tugas yang dipertanggongjawabkan.
Staf lama kat PTS..en Zakaria Pelukis Pelan yang tlh berkhidmat dgn amat baik......... |
Wednesday, March 2, 2011
PERTUKARAN YANG TIDAK DIUNDANG
01 Mac 2011
Sungai Petani
Catatan: Mohd Asri Redha
Sebagai menghargai jasa kakitangan yang terlibat dengan pertukaran, kenaikan pangkat dan bersara, Badan Kebajikan Pejabat Tanah Kuala Muda telah mengadakan satu majlis perpisahan untuk mereka di pekarangan Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Muda pada 01.03.2011 iaitu tarikh kuatkuasa pertukaran.
Jumpa lagi... nanti saya ada ulasan berkenaan isu-isu pertukaran ini...
Sungai Petani
Catatan: Mohd Asri Redha
Pertama kali dalam sejarah bekerja di pentadbiran kerajaan negeri Kedah, saya berhadapan dengan pertukaran kakitangan yang begitu banyak dan serentak. Perkara ini pula berlaku semasa saya memimpin sebuah jabatan yang agak besar dan penting iaitu di Pejabat Tanah Kuala Muda. Saya kata penting kerana jabatan ini adalah jabatan yang menjadi tempat mencari dan mengutip wang yang bernilai melebihi RM50.00 juta setahun. Kewangan ini penting kerana tanah merupakan sumber utama kewangan kerajaan negeri dan kerajaan negeri amat berharap supaya Pejabat Tanah meningkatkan produktivitinya. Kalau tidak kena gayaanya boleh kurang kutipan hasil tapi kalau kena gayanya maka hasilnya boleh meningkat dengan banyak sekali.
Oleh kerana itu saya tetap berpandangan dalam apa-apa perubahan organisasi dan sumber manusia..jabatan-jabatan yang menjadi tempat kutipan hasil dan mencari hasil perlu diberi keutamaan tertinggi kerana ini melibatkan masa depan negeri Kedah.... Jabatan seperti ini perlu dilengkapi sebaiknya samada kelengkapan , kemudahan dan sumber manusianya yang bersemangat tinggi untuk membolehkan beroperasi ditahap maksimum. Jabatan ini bukan lagi sebagai tempat untuk buat pemulihan kakitangan, bukan tempat untuk nak baru belajar dan sebagainya. Jabatan kena bergerak laju seiring dengan keperluan kewangan kerajaan negeri yang semakin meningkat setiap tahun.
Walau bagaimanapun apa yang berlaku adalah sebaliknya di PTKM ini. Namun apa yang boleh saya lakukan, terpaksa menerima saja, walaupun usaha telah dilakukan. Sebenarnya ada jalan penyelesaiannya jika dbawa bincang bersama. Namun siapalah saya untuk mengubah sesuatu yang telah diatur sebegitu rupa..hanya terpaksa menerima sahaja apa yang telah diatur. Ketiadaan pegawai-pegawai yang banyak pengalaman dalam pentadbiran tanah ini amat dirasai dan sedikit banyak memberi kesan kepada pentadbiran di PTKM ini, apatah lagi mereka ini tidak diganti sepenuhnya dalam masa yang sama.
Sebagai menghargai jasa kakitangan yang terlibat dengan pertukaran, kenaikan pangkat dan bersara, Badan Kebajikan Pejabat Tanah Kuala Muda telah mengadakan satu majlis perpisahan untuk mereka di pekarangan Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Muda pada 01.03.2011 iaitu tarikh kuatkuasa pertukaran.
Seramai 0 orang telah terlibat iaitu yang bersara Hjh Rohani Jaafar dan Sharifah Norlia Syed Abdullah, yang bertukar kerana kenaikan pangkat Hjh Maznah Omar, Nordin Ahmad, dan Siti Zahirah Hamid, yang mohon bertukar iaitu Nor Azlina Ahmad Penolong Akauntan dan yang ditukarkan tanpa sebab Nazwa Arshad Pembantu Tadbir. Disamping itu PTKM telah menerima kehadiran 2 orang pegawai baru iaitu Rodzziah bte Mohamad Penolong Akauntan yang datang dari PTG dan puan Zarina bte Abu Bakar iaitu Pembantu Tadbir yang dari JPS Kuala Muda.
Semoga mereka yang terlibat ini maju jaya dalam segala lapangan dan dalam kehidupan baru mereka. Jabatan dan Kerajaan Negeri amat menghargai akan khidmat bakti mereka. Manakala yang baru melapor diri di PTKM dapat bertugas dengan cemerlang di disini. Itulah harapan tinggi saya dan sekalian warga PTKM...
Jumpa lagi... nanti saya ada ulasan berkenaan isu-isu pertukaran ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)