Wednesday, March 2, 2011

PERTUKARAN YANG TIDAK DIUNDANG

01 Mac 2011
Sungai Petani
Catatan: Mohd Asri Redha
Pertama kali dalam sejarah bekerja di pentadbiran kerajaan negeri Kedah, saya berhadapan dengan pertukaran kakitangan yang begitu banyak dan serentak. Perkara ini pula berlaku semasa saya memimpin sebuah jabatan yang agak besar dan penting iaitu di Pejabat Tanah Kuala Muda. Saya kata penting kerana jabatan ini adalah jabatan yang menjadi tempat mencari dan mengutip wang yang bernilai melebihi RM50.00 juta setahun. Kewangan ini penting kerana tanah merupakan sumber utama kewangan kerajaan negeri dan kerajaan negeri amat berharap supaya Pejabat Tanah meningkatkan produktivitinya. Kalau tidak kena gayaanya boleh kurang kutipan hasil tapi kalau kena gayanya maka hasilnya boleh meningkat dengan banyak sekali.


Oleh kerana itu saya tetap berpandangan dalam apa-apa perubahan organisasi dan sumber manusia..jabatan-jabatan yang menjadi tempat kutipan hasil dan mencari hasil perlu diberi keutamaan tertinggi kerana ini melibatkan masa depan negeri Kedah.... Jabatan seperti ini perlu dilengkapi sebaiknya samada kelengkapan , kemudahan dan sumber manusianya yang bersemangat tinggi untuk membolehkan beroperasi ditahap maksimum. Jabatan   ini bukan lagi sebagai tempat untuk buat pemulihan kakitangan, bukan tempat untuk nak baru belajar dan sebagainya.   Jabatan kena bergerak laju seiring dengan keperluan  kewangan kerajaan negeri yang semakin meningkat setiap tahun.

Walau bagaimanapun apa yang berlaku adalah sebaliknya di PTKM ini. Namun apa yang boleh saya lakukan, terpaksa menerima saja, walaupun usaha telah dilakukan. Sebenarnya ada jalan penyelesaiannya jika dbawa bincang bersama. Namun  siapalah saya untuk mengubah sesuatu yang telah diatur sebegitu rupa..hanya terpaksa menerima sahaja apa yang telah diatur. Ketiadaan pegawai-pegawai yang banyak pengalaman dalam pentadbiran tanah ini amat dirasai dan sedikit banyak memberi kesan kepada pentadbiran di PTKM ini, apatah lagi mereka ini tidak diganti sepenuhnya dalam masa yang sama.

Sebagai menghargai jasa kakitangan yang terlibat dengan pertukaran, kenaikan pangkat dan bersara, Badan Kebajikan Pejabat Tanah Kuala Muda telah mengadakan satu majlis perpisahan untuk mereka di pekarangan Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Muda pada 01.03.2011 iaitu tarikh kuatkuasa pertukaran. 

Seramai 0 orang telah terlibat iaitu yang bersara Hjh Rohani Jaafar dan Sharifah Norlia Syed Abdullah, yang bertukar kerana kenaikan pangkat Hjh Maznah Omar, Nordin Ahmad, dan Siti Zahirah Hamid, yang mohon bertukar iaitu Nor Azlina Ahmad Penolong Akauntan dan yang ditukarkan tanpa sebab Nazwa Arshad Pembantu Tadbir. Disamping itu PTKM telah menerima kehadiran 2 orang pegawai baru iaitu  Rodzziah bte Mohamad Penolong Akauntan yang datang dari PTG dan puan Zarina bte Abu Bakar iaitu Pembantu Tadbir yang dari JPS Kuala Muda.

Semoga mereka yang terlibat ini maju jaya dalam segala lapangan dan dalam kehidupan baru mereka. Jabatan dan Kerajaan Negeri amat menghargai akan khidmat bakti mereka. Manakala yang baru melapor diri di PTKM dapat bertugas dengan cemerlang di disini. Itulah harapan tinggi saya dan sekalian warga PTKM...

Jumpa lagi... nanti saya ada ulasan berkenaan isu-isu pertukaran ini...



No comments:

Post a Comment