Thursday, November 24, 2011

PTKM ke AraH KecemerlangaN

24.11.2011
Catatan: Mohd Asri Redha: Mantan PTD Kuala Muda

Sekali sekala Pentadbiran tanah kena 'promote' juga perkhidmatannya melalui media-media seperti ini.Sebenarnya masih ramai orang awam tidak tahu akan betapa mudahnya berurusan dengan pejabat tanah... pengalaman pahit yang lalu bila berurusan dengan pejabat tanah sudah berlalu....

yalah... ada juga kes-kes yang sulit untuk diluluskan segera seperti permohonan tanah, permohonan ubahjenis /syarat tanah dan beberapa kes urusan yang terpencil.. Tentunya bila memohon tidak semestinya diluluskan.. Banyak pertimbangan-pertimbangan lain yang perlu diambil.kira yang kadang -kadang menimbulkan dilema pada Pentadbir untuk membuat keputusan....

Namun bagi kes-kes yang 'straight forward' seperti urusan pindahmilik tanah, permohonan pembahagian harta pusaka dan pelbagai urusan tanah sebenarnya perkhidmatan yang diberikan adalah cepat, tepat dan mesra...

Selamat Maju Jaya

Wednesday, November 9, 2011

Karnival Lelong PTKM..... 10.11.2011

catatan:
Mohd Asri Redha....


.
 Akhirnya PTKM berjaya melaksanakan karnival lelong yang terbesar sekali mungkin seluruh Malaysia dari segi bilangan hartanah dan juga nilainya...Tahniahhhh terlebih dahulu dari saya.... Tahniah kepada PTKM kerana akhirnya
berjaya melaksanakan karnival lelong ini.De ngarnya banyak yang laku dan majlis berjalan lancar.. masalah sikit2 tu biasalah
sebab benda baru.. tentunya kita tidak terbayang atau terjangka akan berlaku...  Tahun depan buat lagi.................................

Setelah Pejabat Tanah Kulim berjaya laksanakan karnival lelong , Pejabat Tanah Kuala Muda  pula melaksanakan Karnival Lelong... tiru perkara baik tak apa.. mungkin kita boleh buat penambahbaikan lagi....

Lepas ini Insya Allah Pejabat Tanah Kota Setar  pula......Cabaran kepada warga PTKS...


Saya tumpang join sama dengan urusetia PTKM.. depa
masih ingat kat saya.. dan masih mahu bergambar lagi
dengan saya.. buat kenangan.



Tuesday, November 8, 2011

Tahniah PTKM: Laman Web Anda AdalaH TerbaiK......

Catatan:
Mohd Asri Redha


Alhamdulillah..... setelah usaha kreatif dan inovasi semua kakitangan PTKM dapatlah juga pengiktirafan yang dinanti-nantikan apabila Laman Web Pejabat Tanah Kuala Muda mendapat penarafan 5 bintang... Tahniahlah kepada semua.. saya hanya dapat mengucapkan tahniah dan tumpang gembira.. kenalah jaga betul-betul.. jangan nanti turun bintang pula........ Bukan  senang nak dapat pengiktirafan ini.....

Monday, August 8, 2011

SELamaT TinggaL

09 Ogos 2011
Pejabat Tanah Kuala Muda
Catatan: MohdAsri Redha

Sejak terasa nak sambung tulis blog ini, tak  tau pula tajuk apa mau diberi....  tiba-tiba teringat rupanya hari ini adalah hari terakhir saya berada kat bilik kesukaan saya ini di PTKM. Itulah seronoknya bekerja sampai terlupa rupanya esok saya sudah tidak diperlukan lagi disini.  Petang ini saya baru saja balik dari mesyuarat Majlis Penuh MPSPK..Mesyuarat yang terakhirlah bagi saya.  Seperti biasalah.. ada masalah sikit.. tapi mesyuarat kali ini berjalan elok.... sayapun tidak mau ulas lagilah fasal isu kat MPSPK ini.. Kalau saudara baca tulisan-tulisan blog saya terdahulu saya rasa tentu termaklum akan sebabnya. Cumanya nak ucap terima kasih kepada YDP dan semua warga MPSPK yang sentiasa memberi kerjasama kepada saya sepanjang berurusan dengan majlis  apatahlagi saya sebagai ahli majlis. Terima kasih juga atas cenderamata yang diberi.. suka sangat sebab dekat nak raya...he he

Kelmarinnya saya bercuti, tapi datang juga ke opis ini untuk mempengerusikan mesyuarat Karnival Lelong Hartanah 2011 PTKM yang akan diadakan pada 10 November 2011 nanti. Ini merupakan program terbesar jabatan pada tahun ini yang saya rasa InsyaAllah kalau tidak ada apa-apa masalah boleh mencapai kejayaan berdasarkan pelan tindakan yang telah disusun atur dengan rapi  oleh urusetia. Agak terkilan kerana pada waktu program ini berlangsung saya sudah tidak bertugas lagi di PTKM.

Hari Ahad saya buat perjumpaan terakhir dengan semua staf... Hanya saya sorang bercakap. Bukan arahan dan perintah lagi tapi sekadar nasihat pada diri saya dan anak-anak buah. Kalau nak arahpun sapa nak ikut. Lepas ni saya bukan lagi bos mereka... kalau depa tak nak ikut dan tak nak dengarpun sapa boleh buat apa..... nasihat saya hanya berkaitan kerja aje. Yang lain tu saya tak berapa nak pandai cerita.. sebab sayapun tak tera manapun...... Mengambil kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang telah memberikan kerjasama kepada saya sepanjang bertugas di sini dan memohon ampun maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika sepanjang melaksanakan tugas sebagai Ketua Jabatan di PTKM ada perbuatan dan salah laku yang saya tidak sedari....   

Pada penghujungnya sempat juga anak buah buat 'surprise' kat saya.. depa bagi juga hadiah/cenderamata yang saya tidak jangka sama sekali dan memang bernilai... nak kata apa lagi... terima sajalah  dan sekali lagi saya ucap terima kasih yang tidak terhingga kepada semua staff. Saya sebenarnya tidak suka untuk kacau sangat anak buah tentang perkara yang menjadi adat dan kebiasaan ini.  Kakitangan kena  tukar saja nak kena cari hadiah..... bagi saya tidak kisah sangat hal-hal seperti itu..Kalau nak bagi juga.. carilah apa-apa buku yang bermanafaat sebagai hadiah dah memadai. Macam saya ni segan juga nak terima kerana bukan lama manapun duduk kat PTKM. Walau bagaimanapun terima kasih sekali saya ucapkan pada anda semua kakitangan  PTKM . Hari Raya ni bolehlah 'menerai'..

Sebenarnya saya diarahkan untuk mengetuai Pejabat Tanah Kota Setar berkuatkuasa 10 Ogos 2011. Saya hanya bertugas selama hampir 7 bulan sahaja di PTKM ini.. Suatu jangka masa yang terlalu amat singkat untuk berbuat sesuatu.  Nama kakitanganpun sebahagian kecilnya belum lagi saya dapat ingat... Walau bagaimanapun saya terasa senang dan seronok sekali bertugas di jabatan ini. Walaupun banyak masalah yang dihadapi tetapi tidaklah sampai menghilangkan keseronokan dalam bekerja.  Saya juga dibantu oleh pegawai-pegawai kanan yang bermotivasi tinggi dan berdisiplin. Tidak dapat dinafikan pada peringkat awal ada sedikit kesukaran terutama berkaitan disiplin kakitangan.. tetapi rasanya tidaklah sampai memudaratkan.

Tidak banyak pembaharuan yang boleh saya buat, hanya sekadar memperkemaskan proses kerja disetiap unit yang ada dan memberi penekanan kepada kerja yang lebih kreatif, proaktif dan lebih teliti.

Hari terakhir saya di PTKM,,,baru
sebulan perkenal 'thumb print' utk
mudah rekod kedatangan staf.
Ianya dpt elak kawan2 tolong
punch card

Insya ALLAH mungkin dengan kehadiran Tuan PTD baru nanti perkara yang menjadi isu dan masalah yang belum terungkai  akan dicuba selesaikan dan berharap ianya akan menjadi kenyataan. Kita juga sedang dalam proses melaksanakan pematuhan kepada semua arahan-arahan perkhidmatan, Program 5 S dan 'Star Rating' dan Penilaian Laman Web terbaik dan seterusnya cuba mengambil bahagian dalam anugerah inovasi anjuran MAMPU dan kerajaan negeri.  Ini juga cabaran besar  yang tidak sempat dilaksanakan . Semasa menulis blog ini dapat maklumat PPTD Kanan iaitu Puan Mastura dapat memo pertukaran juga ke Pejabat Kewangan Negeri Kedah sebagai Penolong Pegawai Kewangan Negeri dan yang akan datang menggantinya ialah Cik Saadah. Walaupun kedua-dua yang datang dikatakan kurang pengalaman dalam pentadbiran tanah tetapi itu bukan isunya. Kedua-dua pegawai yang akan datang ini terbukti sikap dan kepedulian mereka terhadap kerja dan jabatan. Kalau ini ada sudah mencukupi untuk membawa PTKM keaarah kecemerlangan. Tidak ada gunanya juga kalau boss ada pengalaman lama dan ilmu tinggi  menggunung tapi tidak ada rasa kepedulian sungguh terhadap jabatan, kerja, disiplin diri dan disiplin   kakitangan.

Oleh itu berilah kerjasama sepenuhnya kepada Tuan PTD baru nanti dan pada anak-anak buah..janganlah tunggu arahan dari pegawai atasan baru hendak buat...Kita tahu apa yang hendak buat, dan apa patut buat maka kita perlu bertindak proaktif untuk membantu kecemerlangan jabatan kita...barulah kita seronok buat kerja..walaupun kadang-kadang bos buat tidak kisahpun kat kita...yang penting pelanggan kita berpuashati dengan khidmat kita...

Walaupun kita berpisah , saya tetap masih mahu bersahabat dengan saudara-saudari semua...segala tegoran-tegoran dan kadang memo2 'ganas' saya bukanlah untuk menganianya sesiapa. Saya hanya menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sahaja..sesiapa yang saya rasa tergelincir sedikit dari landasan maka terpaksa lah ditegur dan dikembalikan kelandasan yang sebenar..tidak gitu sahabat-sahabat ku sekalian...saya juga ada ketua...ketua bisa tegor saya kalau saya buat apa-apa yang melanggari peraturan yang ditetapkan. Janji saya untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai yang agak keterlaluan pelanggaran tatasusila sebagai seorang penjawat awam tetap saya laksanakan... kita tidak mahu kerana seorang dua pegawai kita yang bermasalah dalam tugas memberi kesan negatif kepada kakitangan lain dan memburukkan imej jabatan. Saya amat senang  sekali dan gembira bertugas bersama anda semua.

Saya sedari ada juga kakitangan yang sudah mula serasi dengan cara saya..walaupun
Majlis penyerahan tugas jawatan PTD Kuala Muda
oleh saya kepada En.Ammar b. Dato' Sheikh
Mahmud Naim pada 10.08.2011 di saksikan
oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala dan
semua Pegawai Tadbir Negeri di
Kuala Muda



saya ni oghang kata nampak serius dan 'cenge' tapi sebenarnya mudah didekati tanpa ada apa-apa sekatan dari segi status. sama-sama cuba membantu untuk menyelesaikan masalah dan perlu mengambil tahu segala-galanya dan memudahkan anak-anak buah mengambil tindakan tanpa masalah...orang yang buat kerja seperti biasa dan mematuhi peraturan tentunya tidak akan ada apa-apa masalah ..jadi tak ada apa-apalah.. apa yang perlu dirisaukan...tak gitu..ada yang begitu mesra dengan saya dan sentiasa berbincang, bertanya khabar, sentiasa berinteraksi untuk menyelesaikan apa-apa masalah mungkin akan terasa ketiadaan saya..tapi percayalah hubungan kita tidak terputus.....banyak cara boleh berhubung dan bertanya khabar...Kalau tidak berjumpa dialam nyata..dialam mayapun jadilah..tak gitu..

Memang menjadi  tabiat saya.. saya memang tidak boleh tengok staf dok saja, membuang masa tidak tentu hala sedangkan kerja banyak, melanggari peraturan pejabat, hisap rokok dalam opis, tidak jaga kebersihan tempat kerja, layan pelanggan lebih kurang aje, sibuk layari facebook waktu kerja..buat kerja tidak teliti, buat kerja halal balai aje, berkira dengan kawan-kawan sepejabat, berat tulang dan sebagainya...Nak buat lagu mana dah perangai macam tu...so saya minta maaf banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang pernah ditegor, diberi memo dan ada yang diminta tukar serta ada yang terpaksa dibawa kepada Lembaga Tata Tertib Jabatan di Pejabat SUK. Semua yang saya buat ini adalah untuk kebaikan jabatan....Kalau tidak dibuat begitu maka jadilah seperti mana yang berlaku sebelum ini...yang kita sendiri sedia maklum. Situasi yang sama jugalah yang saya rasa akan saya hadapi di Pejabat Tanah Kota Setar yang akan saya mula 'start' kerja besok hari  (10.08.2011).Insya Allah berbekalkan sokongan semua pihak dan juga pengalaman-pengalaman yang pernah saya lalui akan dapat mengatasi masalah-masalah yang berlaku.... Insya Allah

Orang lain saya tidak tahulah, tapi saya amat suka tengok orang rajin bekerja, ringan tulang sedia membantu sesiapa saja, mematuhi arahan pejabat seperti menggunakna kad perakam waktu, kalau diarah guna buku keluar masuk dia guna, mementingkan kebersihan tempat kerja, prihatin dengan kawan2 yang kerja banyak dan hulur tangan untuk membantu, bila saya minta bantuan secara sukarela ada orang yang sudi, tidak melepak kat kantin lama2, tidak dok mengata kat orang, proaktif dalam tugas tanpa tunggu arahan selalu dari ketua, sentiasa berusaha membuat penambahbaikan, kreatif dalam kerja, sentiasa mengikuti program-program yang dianjur dan diarah oleh jabatan, rajin bertanya jika tidak tahu, tidak menangguh kerja dan lain-lain lagi perkara positif dalam kehidupan seharian...so kalau ada sifat-sifat ini maka mereka ini akan bahagialah dunia dan akhirat...sesiapapun senang sekali bersahabat dengan mereka.. tak usah dok fikir sangat tentang ganjaran harta benda dan wang ringgit serta puji-pujian kerana sememangnya kita telahpun dibayar upah untuk kerja yang kita lakukan. 

Hari-Hari Terakhir Di PTKM: Saya sedang mempengerusikan
Mesyuarat JK Program Karnival Lelong
Hartanah Kuala Muda 2011 yang
akan diadakan pada
 10/11/2011 nanti.

Tulisan dalam blog ini mungkin adalah terakhir, tapi saya tidak akan tutup blog ini. Saya akan buka pula blog baru di Pejabat Tanah Kota Setar .. mungkin nak bagi nama 'Semangat Jati PTKS'.. Dalam tempoh 7 bulan disini, banyaklah saya tulis dalam blog ini merangkumi pelbagai aspek dan aktiviti saya dalam pentadbiran tanah yang tidak melibatkan perkara-perkara rahsia jabatan. Sayapun kadang-kadang telah lupa apa yang telah dtuliskan sebelum ini. Tapi biarkanlah..kadang2 terlupa itu boleh menjadi nikmat kepada kita sebagai manusia. Kalaulah kita tidak berupaya 'melupa' rasanya hidup kita akan menjadi terlalu susah dan berat..  tentunya banyak manusia  'stress'...Fasal apa kanak-kanak sentiasa riang ria.. kerana mereka mudah lupa.. ..Kalau mereka tidak lupa .. tentunya mereka benci kita selama-lamanya..sebab kalau kita marah dan jerkah malahan pukul lagumanapun namun pada akhirnya depa mai balik bermanja dengan kita.. betui tak.....   

ok....  dah dekat pukul 6.30 ptg.. Saya mau balik AS ni.. elok2 sampai rumah nanti terus boleh berbuka puasa..  Selamat Tinggal... dengarkanlah  dendangan lagu 'Selamat Tinggal' dari Broery Marantika... lunak dengar lagu



ni...


ook jumpa lagi dilain waktu....

Friday, July 29, 2011

Tahniah Kepada Semua Kakitangan Pejabat Tanah Kulim ... Kejayaan Anda Semua Membanggakan Pentadbiran Tanah dan Perkhidmatan Awam Negeri Kedah.

InoVasi PemanGkiN KeseJahTeraaN NeGaRa: TaHniaH PeJaBaT TaNaH KuLiM


PICC, Putrajaya
29 Julai 20111
Catatan: Mohd Asri Redha

Salam Sejahtera. .. Pagi ini saya terasa nak tulis sesuatu yang ada kaitan dengan perkhidmatan awam. Semalam saya menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam 2011 (AISA 2011)..yang dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara. Anugerah ini merupakan julungkali diadakan pada tahun ini sebagai penambahbaikan kepada anugerah-anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA) yang diperkenalkan sebelum ini sejak tahun 1991.
Salah satu kriteria penting yang diambil kira
dalam penilaian ialah peningkatan
hasil tanah hasil dari inovasi
yang dilaksanakan..

Saya memang tidak pernah hadir majlis-majlis anugerah kualiti sektor awam yang dianjurkan oleh MAMPU sejak tahun 1991 walaupun sebenarnya saya sendiri secara peribadi atas kerja yang dibuat bersama rakan-rakan terlibat dalam pentadbiran Kubang Pasu pada tahun 1994 dimana Pejabat Daerah Kubang Pasu telah mendapat Anugerah Kualiti Pengurusan Projek Kecil Pembangunan Terbaik Bagi Kategori Pejabat Daerah Seluruh Malaysia. MAMPU juga sebagai penilainya. Namun kemenangan itu tidak begitu mendapat sanjungan dan pengiktirafan sewajarnya pihak atasan negeri pada waktu itu.. entah dimana silapnya....

Namun hari ini saya hadir majlis AISA 2011 ini atas satu sebab yang paling penting iaitu kerana ia berkaitan dengan maruah dan imej pentadbiran tanah negeri Kedah. Pejabat Tanah Kulim telah masuk ke pemilihan akhir Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah Dan Tanah dan seperti yang dijangka Pejabat Tanah Kulim telah berjaya dan ini bermakna bagi seluruh Pejabat Tanah di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak PTK telah duduk tempat teratas sekali. Hebat..hebat...hebat sungguh. Saya amat berbangga sekali dengan pencapaian ini walaupun bukan saya yang terlibat. Banyak kesan positifnya kepada pentadbiran tanah seluruh daerah di Kedah ini.

Alangkah gembiranya hati kalau cek RM300,000.00 ini
kepunyaan jabatan saya.. Hanya sekadar tumpang
seronok sahaja tengok rakan seperjuangan  di PTK
menerima hadiah ini. Memang mereka layak atas
susah payah semua kakitangan PTK... Pegang pi
lah replika cek ini.. ambil semangat.
Sebenarnya sejak awal lagi Pejabat Tanah Sik sentiasa bersaing dengan PTK ini, namun saya bertukar lebih awal. .. jadi kempunanlah sikit kerana tidak dapat meneruskan program diatur dengan berkesan. Sekarang saya sebagai Pentadbir Tanah Kuala Muda dan sudah rancang tahun 2012 saya mesti melakukan sesuatu supaya boleh jadi seperti PTK. Tahun ini baru dalam peringkat mempertingkatkan tahap disiplin dan penstrukturan semula tugas-tugas anak buah. Sebab dalam membuat sesuatu perubahan.. tahap kesedaran kakitangan itu perlulah tinggi. Bukan mudah untuk mengubah perangai dan tabiat kakitangan yang telah berakar umbi dalam diri. Banyak halangan-halangan yang timbul dan silap-silap haribulan boleh makan diri ketua jabatan yang cuba hendak ubah rutin yang sudah menjadi kebiasaan itu. Namun semasa saya menulis blog ini saya sudah dapat khabar berita mengenai pertukaran saya ke Pejabat Tanah Kota Setar sebagai Pentadbir Tanah.. Tengoklah apa yang boleh dibuat disana nanti. Namun saya rasa pengganti saya lebih berkebolehan dan mampu merealisasikan hasrat yang tidak kesampaian itu... Saya yakin PTKM boleh..

Saya secara peribadi mengucapkan setinggi-tinggi ucapah tahniah kepada seluruh warga kerja PTK ini atas usaha murni mereka ini yang telah memartabatkan imej pentadbiran tanah di negeri Kedah. Bukan senang untuk mendapat anugerah tertinggi dalam perkhidmatan awam ini... Banyak usaha, tenaga dan wang ringgit dikorbankan untuk mencapai kejayaan ini. Saya sendiri mengakui bukan mudah untuk mencapai semua itu. Tidak semudah cakap.. Kalau mudah sudah banyak pejabat dapat anugerah..berapa banyak jabatan tersangkut ditengah jalan termasuk saya.  Kerjasama yang padu dari semua kakitangan dari peringkat pegawai atasan hingga ke peringkat bawah sekali amat diperlukan. Saya sendiri mengakui tidak mampu untuk membawa usaha ke arah mendapat pengiktirafan ini dengan pelbagai halangan yang ada disamping hanya sekejap sahaja berada dalam sesuatu jabatan.. Kadang-kadang usaha awalan sudah dirangka dan dibuat tapi bila bertukar maka terhenti setakat itu sahaja....

Tahniah juga kepada Pentadbir Tanah Kulim dan Penolong-Penolongnya yang menjadi peneraju utama menjayakan ativiti ini. Ini menunjukkan bahawa KCS berkemampuan dalam menerajui apa sahaja bidang dan kita boleh berbangga kerana dalam saingan kita dengan negeri-negeri lain yang lebih berkeupayaan kewangan dan sumber manusianya namun KCS masih lagi berada dihadapan. Yang pentingnya komitmen dan kesungguhan kita dalam menjayakan sesuatu program yang diatur amat penting. Saya rasa halangan memang banyak dihadapi.. apatah lagi berkaitan sumber manusia, kewangan dan juga pandangan-pandangan sinis yang diterima. Kadang-kadang kita memerlukan sokongan-sokongan tertentu tapi tidak dapat.. Namun semua itu saya rasa tidak mematahkan semangat anak-anak buah di PTK... Sebab itu mereka telah berjaya mencari pelbagai pendekatan dan cara bagi mengatasi segala halangan yang ada... masalah dan isu yang ada bukan halangan ke arah kejayaan.

Namun rasanya berbaloi jugalah pada penat jerih semua kakitangan PTK kerana dengan nilai hadiah RM300,000.00 yang diterima disamping Sijil dan Piala. Melompat sakanlah depa...... Namun 'mood' dan semangat berkobar-kobar untuk berkhidmat dengan cemerlang yang ada itu perlu diteruskan dan ditingkatkan lagi.....

Tahniah sekali saya ..... anda semua membanggakan saya walaupun saya tidak bersama anda. Bagi kita yang tidak dapat apa-apa lagi ni... marilah kita ikut semangat PTK ini agar boleh dapat seperti mereka.. Insya Allah.

Jumpa lagi....

asriredha
teratak kasih
alor setar

Saturday, June 25, 2011

BENGKEL KHAS PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH

Catatan: Mohd Asri Redha
Swiss Garden Golf Resort & SPA
Damai Laut Lumut, Perak Darul Ridzuan....

Dah 3 hari tidak jengok blog saya..  mlm ni ada sikit ruang waktu utk belek apa-apa yang patut kat blog saya ni.. Saya baru saja balik dari mengikut Bengkel Khas Pentadbiran Tanah Negeri Kedah yang diadakan  disebuah hotel peranginan yang indah di Lumut ini......masa kat Lumut ..'broadband terlupa bawa.. hotel pula kedekut pait...'wifi' pun berkira... dahlah 'rate' hotel.. mahal sungguh..... tu yang tak tengok internet 2 malam tersebut.....  zaman la tak payah dok kira sgt kut..  bukan berapa duit sangatpun.... waktu la ni satu 'line' boleh dipakai oleh berpuluh orang berdekatan kalau pakai "wireless broadband'....  Inipun satu cara juga untuk tarik pelanggan datang... Elok semua restoran sedia kemudahan ini dengan percuma agar lebih ramai orang datang ke  restoran mereka dan duduk lebih lama lagi...


Saya bersama-sama rakan kumpulan yang terdiri dari
PTD, PPTD, Penasihat Undang-Undang Negeri,
Pegawai-Pegawai PTG dan Ketua-Ketua Unit
sedang berbincang dlm sessi bengkel yg
diator oleh urusetia
 Sengaja diatur berbengkel disini agar sapapun peserta bengkel tidak boleh keluar mana.... kerana memang payah juga nak keluar manapun... nak masuk ke dalam kawasan hotel inipun terpaksa melalui kawasan berpaya dan hutan-hutan belukar sejauh lebih kurang 7 KM.... apatah lagi nak keluar ke Lumut.. jauh juga tu.  Jadi duduklah kami di hotel ni.. 2 malam tak pi mana dok perah otak berbengkel bagi menghasilkan beberapa resolusi yang penting dalam pentadbiran tanah yang dicadang untuk diimplimentasikan dalam pentadbiran tanah..   Terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan dalam beberapa urusan tanah di negeri Kedah yang menimbulkan kekeliruan dan dilema kepada pentadbir-pentadbir tanah untuk dilaksanakan dan dkuatkuasakan.....Walau bagaimanapun saranan, pandangan dan cadangan para peserta bengkel kebanyakannya terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan perundangan tanah adalah tertakluk kepada persetujuan pihak berkuasa negeri Kedah............  

Kumpulan bengkel saya  sendiri telah diberi tajuk khusus iaitu Dilema Pemberimilikan Tanah Di Negeri Kedah: Antara Amalan Dan Perundangan .... Hasil perbincangan bengkel tersebut kumpulan ini telah mengemukakan beberapa cadangan bernas yang dirasakan wajar dan boleh mengurangkan dilema dan kekeliruan
yang dihadapi oleh Pentadbir-Pentadbir Tanah.. Cadangan ini juga akan dapat mengurangkan penerokaan tanah secara besar-besaran....  Antara tajuk-tajuk lain yang dibentangkan dan dibengkelkan ialah "Peletakan Kuota Melayu DiBawah Sekatan Kepentingan - Isu dan Implikasinya" dan  "Dasar Peruntukan Kuota Melayu Bagi Permohonan Pecahan Sempadan Tanah Yang Tidak Melibatkan Perubahan Syarat Tanah"..

Insya Allah jika diperkenankan oleh PBN ianya bolehlah dilaksanakan dengan segera setelah melalui beberapa proses pentadbiran dan perundangan yang berkaitan...

Sebenarnya kerja dalam pentadbiran tanah ini macam-macam dilema yang dihadapi.....   kadang-kadang budibicara yang diguna memakan diri.....Ok.. itu saja berita saya hari ini... sampai ketemu lagi....



Teratak Kasih
Alor Setar....

Monday, June 20, 2011

BUAT INGATAN ANAK-ANAK BUAH AGAR PISANG TIDAK BERBUAH DUA KALI...hAti-HaTi DaLaM sEgALa UrUsAn TanaH....

Catatan oleh:
Mohd Asri Redha..

Mahkamah Tinggi AS

Tahun  lepas saya diminta hadir ke Mahkamah Tinggi Alor Setar. Kesnya saya dikehendaki menjadi saksi dalam kes penipuan pindahmilik tanah dimana pihak penjual atau tuan tanah telah menyatakan beliau ditipu dalam transaksi tersebut.....Malangnya kes ini melibatkan semasa saya bertugas di Pejabat Tanah Kubang Pasu,,iaitu lebih kurang 19 tahun yang lalu...Pasti saya tidak ingat lagi kes pindahmilik tersebut memandangkan jarak masa yang begitu lama...Namun saya terpaksalah jawab apa-apa soalan yang ditanya kerana pada waktu itu saya yang menjadi saksi diatas urusniaga tersebut. ...Itulah salah satu cabaran-cabaran besar dalam pekerjaan kita seharian...



Dalam beribu-ribu urusan tanah yang dikendalikan pasti akhirnya akan ada kes-kes yang dibawa ke mahkamah apabila timbulnya perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara atau urusniaga. Bila ada kes-kes seperti ini barulah kita tahu banyak benda yang kita buat selama ini hanya ikut apa yang orang terdahulu buat tanpa belajar dan mengkaji akan panduan-panduan dan undang-undang yang ada. Bila disoal dalam kandang saksi barulah tergagap-tergagap dan was-was dalam menjawab soalan yang ditanya. Apatah lagi jawapan popular yang dikehendaki jawab dalam setiap soalan kebanyakannya setuju atau tidak setuju, betul atau tidak betul, ya atau tidak, pasti atau tidak pasti dan bentok-bentok jawapan seperti itu. Depa bukan bagi kita cakap lebih untuk nak terang lebih lanjut....jawapan-jawapan seperti itu boleh memerangkap kita....hai...nasiblah saya hari ini. tapi kira oklah juga sebab isu utama hanya untuk mengesahkan tandatangan tuan tanah aje..soalan-soalan lain hanya sampingan saja. Kalau tanya lebih lanjut lagi terutama berkenaan prosedur di pejabat tanah lama dulu tentu banyak lagi isu-isu akan berbangkit. Sebab saya rasa ada juga sedikit sebanyak kelemahan-kelemahan diri terutama dalam membuat tafsiran undang-undang tanah yang ada..apatah lagi waktu itu saya masih baru dalam pentadbiran tanah..dan memang tidak ada sesiapa yang 'guide' kita. Itupun nasib baik juga saya pergi kursus asas tanah sewaktu baru masuk KCS .. tahu juga sedikit sebanyak akan apa yang kena buat dan apa yang tidak boleh buat..



Sepanjang kerjaya saya ini adalah kali ke 6 saya menghadiri kes di Mahkamah dimana semuanya kes yang berkaitan kes urusan tanah, kes pengambilan tanah, kes BPR dan kes Pihak Berkuasa Tempatan..Tau-tau sahajalah bila duduk dikandang saksi..soalan-soalan yang ditanya boleh tahan juga.....jenuh dok jawab..silap-silap jawab boleh bercanggah pula.....lebih malangnya saksi pun boleh dipenjarakan dengan kerana memberi maklumat palsu sedangkan bukan niat untuk memberi maklumat palsu tetapi faktor masa dan daya ingatan yang kurang akhirnya kita boleh terperangkap dan memberi butiran maklumat yang tidak tepat , nampak seolah-olah ada niat untuk menipu atau bersubahat dan sebagainya.



Itulah sebabnya dalam kes-kes yang melibatkan undang-undang saya kadang-kadang dalam keadaan dilema...antara kasihan belas kepada pelanggan terutama orang kampong yang dhaif dan kurang ilmu serta pengetahuan atau tegas dengan keputusan berdasarkan undang-undang dan peraturan... Disinilah letaknya kebijaksanaan seorang pemimpin dan budibicara yang digunakan kadang-kadang memberi risiko yang boleh memberi kesan negatif kepada seorang pembuat keputusan jika timbul kes-kes mahkamah akibat budibicara yang digunakan.. Memang mudah untuk membuat keputusan dengan undang-undang yang ada. Kalau undang-undang kata tidak boleh maka tidak bolehlah jawabnya. Mudah kan..Walaupun begitu sebagai seorang ketua atau pemimpin, budibicara pasti digunakan dalam keadaan-keadaan tertentu..pandai-pandailah membuat keputusan menggunakan akal dan kemahiran yang ada serta pengalaman yang ditempuhi..Kalau tidak berani menggunakan budibicara bukanlah seorang pemimpin namanya dan tidak layak sebagai seorang pemimpin.



Soal budibicara kita tinggalkan dulu dan apa yang saya nak sambung ulasan lagi ialah sistem rekod maklumat, fail, surat hak milik, dokumen urusniaga dan bukan urusniaga yang dibuat dll hendaklah didokumentasikan dan direkodkan serta disimpan dengan lebih sistematik dipejabat tanah.. Saya datang mengemudi Pejabat Tanah dalam suasana yang agak kurang memberangsangkan dari segi pembahagian tugas, sistem fail, masalah disiplin dan sebagainya. Walau apapun masalah yang ada kat jabatan aspek peraturan dan prosedur dalam urusan tanah jangan dibuat mudah. Ini kena jaga betul-betul. Kena ikut langkah demi langkah yang ditetapkan oleh undang-undang. Kalau tidak jadilah seperti saya yang terpaksa pergi ke Mahkamah Tinggi untuk memberi penjelasan berkenaan kes-kes tanah yang dibawa. Kalau prosedur betul dan dokumen ada dan lengkap di ofis, tak apalah juga. Ini kita pergi ke Mahkamah tetapi tidak dapat tunjukkan dokumen-dokumen yang dikehendaki (yang sepatutnya ada) atas sebab hilang, tidak dapat dikesan dan sebagainya.. Tebal muka jadinya nak bagi tahu perkara begitu.



Inilah yang selalu saya ingatkan kepada anak buah. saya di ofis. Sebarang kelemahan diperingkat pentadbiran tanah akan memberi implikasi yang buruk kepada pegawai, jabatan dan kerajaan negeri seluruhnya.. Kena betul-betul beri perhatian dan jangan buat mudah akan segala hal yang berkaitan dengan urusan tanah. Kerana ia berkait dengan undang-undang. Kecuaian kita akan menyebabkan kerajaan boleh disaman dan dituntut bayar ganti rugi yang bukan sedikit. Sudah banyak kes yang kita jumpa melibatkan tuntutan gantirugi oleh individu/ syarikat terhadap kerajaan negeri...



Secara kebetulan semasa kes saya didengar di Bilik Mahkamah Tinggi 1 ada satu lagi kes yang berjalan bersilihganti dengan kes saya sebagai saksi. Ianya berkaitan tanah yang berlaku di Pejabat Tanah Kuala Muda. Kesnya ialah berkaitan Kaveat Persendirian. Kes ini sebenarnya kalau diikut langkah demi langkah mengikut undang-undang tidak akan menimbulkan apa-apa masalah kepada jabatan.Tetapi disebabkan oleh kecuaian sesetengah kakitangan dengan melambat-lambatkan pendaftaran segala jenis urusan di pejabat tanah, tidak teliti, dan tidak ambil berat, tidak berdisplin dan tidak memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku maka maka itulah jadinya. Penasihat Undang sebagai mewakili Pejabat Tanah terpaksa bekerja keras untuk melawan balik segala tuntutan pihak pemohon. Lebih hebat lagi kes ini dipohon buat agar dipenjarakan Pentadbir Tanah Kuala Muda kerana kes yang berkaitan kaveat persendirian dan hukuman mahkamah yang tidak perhati dan diperhalusi betul-betul. Pegawai lama yang berurusan tetapi yang hadir jadi saksi pegawai semasa untuk menjawab kes-kes yang bukan kawalannya sebab kes lama...Jadi nak jawabpun patut padanlah sebab bukan ia yang urus waktu itu. Ada juga kelemahan-kelemahan dan kecuaian diperingkat Pejabat Tanah. 'Jenoh' Penasihat Undang-Undang Negeri cari cara untuk membela dan menjawab saman oleh yang berkepentingan....Apakah PTD akan dipenjara jika kalah kes ini..sama-samalah kita tunggu dan dengar berita ini.. Kes belum selesai lagi.



Jadi kawan-kawan dan sahabat-sahabat sekalian yang bertugas di Pejabat Tanah... marilah kita pakat-pakat tengok betul-betul sementara masih belum berlaku pada kita hari ini.....tak tahu tanya, tak reti belajar, kurang ilmu cari ilmu dan sebagainya. Jangan pakai 'rodong' ikut rasa hati aje..Jangan dok berlagak kita tahu semua.. tu yang jadi bermacam-macam masalah yang mula timbul satu demi satu......buat apapun kita kena fikir akan implikasi yang mungkin berlaku.....kes-kes tanah tidak boleh disapu simpan bawah 'carpet' . Lambat laun ia akan terbongkar juga.



Sebenarnya kerja di Pejabat Tanah memang seronok dan mencabar sekiranya semua orang yang terlibat benar-benar mahu bekerja dan sentiasa bekerja bersungguh-sungguh mengikut aturan dan peraturan. Segera mengambil tindakan dan tidak bertangguh-tangguh kerja. Bertangguh-tangguh kerja inilah yang menyebabkan banyak kerja tertunggak, dan akhirnya rasa tak sempat, rasa kerja banyak, rasa tidak cukup kakitangan, rasa dibebankan dan macam-macam persepsi negatif kakitangan bila usaha-usaha menyelesaikan tunggakan kerja yang ada....Bila bertangguh-tangguh maka itulah jadinya fail hilang, dokumen diserah tidak didaftarkan, dokumen hilang, gagal rekod dalam surat hakmilik dan sebagainya..



Do It Now `~` " One secret of getting things done is ' never put off until later what you can do now."

The Error-Free Way : Lots of little errors can be just as costly as one big one. The best way to avoid both is by doing things right the first time

Monday, June 13, 2011

13.06.2011a
Saya paparkan dulu keratan gambar ini... untuk perhatian warga pejabat tanah seluruh Daerah....
Tak sempat nak ulas lagi... nanti kalau ada syehnya ... baru boleh taip .


Perkara ini akan dibincangkan dalam pelbagai media dan bersiaplah kita untuk langkah-langkah penyelesaiannya...

Saturday, June 4, 2011

Bayar Segera Premium Kalau Sudah Di Anugerahkan Tanah

Catatan: Mohd Asri Redha

Kenyataan YAB Menteri Besar Kedah disebelah bukan lesen untuk rakyat meneroka tanah sewenang-wenangnya...

Kadang-kadang ucapan sebegini diputarbelitkan dan disalahertikan  hingga seolah-olah dimana saja ada tanah kerajaan maka yang berduit tentunya tidak   ada masalah untuk sewa buldozer dan teroka habis sampai berpuluh-puluh ekar tanah kerajaan  tempoh yang sekejap sahaja...  Wajarkah  mereka ini dikatakan rakyat yang amat memerlukan tanah untuk sara hidupnya... Adakah dianggap zalim orang seperti ini jika kerajaan menjalankan penguatkuastaan menghalang pencerobohan tanah kerajaan .. walaupun mereka teroka sewenang-wenangnnya dan belanja banyak untuk tanaman kelapa sawit, getah dan sebagainya seolah-olah tanah itu akan diberikan kepada mreka.

Saya lebih suka tanah-tanah kerajaan yang ada sekarang ini ditawarkan kepada syarikat-syarikat kerjasama, PPK, LPP, Persatuan-Persatuan, koperasi-koperasi, GLC seperti Felcra dan GLC yang melibatkan ramai ahli.. Lebih baik diusahakan secara lebih ekonomi dengan keluasan tanah yang lebih luas. Lebih ramai ahli mendapat manafaat dari hanya seorang sahaja mendapat manfaat. Dengan kemampuan organisasi yang kukuh kewangannya yang ada saya rasa operasi secara makro lebih mudah dilaksanakan dan lebih menguntungkan. Ahli/ rakyat boleh terlibat sebagai pekerja dan juga melalui syer yang ditetapkan...


Apa yang dimaksudkan sebenarnya ialah banyak tanah-tanah kerajaan yang diduduki sejak sekian lama tapi tidak dibuat permohonan. tanah.... Kerajaan negeri kerugian berjuta-juta RM setiap tahun oleh kerana tanah-tanah yang telah diusahakan dengan pelbagai tanaman yang mendatangkan hasil pada pengusahanya tapi tidak pada kerajaan negeri......kebanyakan tanah-tanah tersebut tidak luas mana dan memang mereka duduki dan usaha tanaman sekadar kemampuan mereka. Kadang-kadang mereka alpa dan lupa untuk memohon tanah kerajaan secara rasmi.... mereka ini dikehendaki berurusan segera dengan pejabat tanah bukan mereka yang peneroka baru yang sebenarnya kemaruk dengan tanah kerajaan yang masih ada untuk kepentingan diri.. walaupun sudah lebih dari kemampuan.. dengan kata lain.. dah kaya. Pada mana-mana pemohon yang telah diluluskan tanahnya melalui notis 5A maka cepat-cepatlah bayar premium tersebut dalam tempoh 3 bulan .. kalau tidak selesai dalam tempoh tersebut akan dikenakan denda lagi sebanyak RM100.00. Kalau lebih 3 bulan tidak mai langsung ke pejabat untuk bayar maka kemungkinan permohonan tersebut terbatal dan pemohon tidak mempunyai apa-apa kepentingan lagi atas tanah tersebut.. Kalau buat rayuan akan dipertimbangkan tapi kena bayaran denda lagi RM200.00...Itupun dalam tempoh setahun sahaja.   Jadi buat apa buang duit sedangkan kita boleh bayar segera.. lagipun tanah tersebut telah lama mengeluarkan hasilnya..

Harus diifahami oleh rakyat jelata yang berkepentingan, kalau tidak bayar premium.. maka tanah itu masih lagi tanah kerajaan dan kerajaan boleh tawarkan kepada sesiapa yang berminat.. mungkin ditawarkan kepada orang perseorangan mungkin juga ditawarkan kepada GLC yang berkemampuan untuk mengusahakan tanah tersebut.  Bila dah tawar pada orang lain terbit air mata darah sekalipun sudah tidak boleh dapat balik tanah tersebut walaupun dah usaha begitu lama dan belanjapun banyak. ... sebab kerajaan dah beri peluang kepada pemohon untuk memiliki tanah , tapi buat tidak kisah seolah-olah kerajaan tidak boleh buat apa...... Pada waktu itu jangan tuduh kerajaan buat zalim kepada mereka... ini yang selalu terjadi apabila cerita sebenar disembunyikan .... sedangkan segalanya adalah dari  perbuatan pemohon itu sendiri......

OK jumpa lagii...
...

Wednesday, June 1, 2011

Tanah Anda Mungkin Tidak Lagi Menjadi Milik Anda Kerana Tidak Membayar Cukai...

Catatan: Mohd Asri Redha


Ini antara beberapa lot tanah persen- 
dirian  yang tlh diwartakan rampasan
tanah tanah akibat tidak membyar
 cukai tanah
Jangan anggap remeh urusan membayar cukai tanah. Jangan tunggu bil sampai baru hendak membayar cukai tanah.. Tidak terima bil bukan bermakna tidak perlu bayar cukai. Penghantaran bil hanya urusan pentadbiran sahaja dan bukan satu keperluan undang-undang. Semua pemilik tanah seluruh negara tahu bahawasanya setiap tahun perlu dan wajib membayar cukai tanah yang ditetapkan. Waktu bayar cukai tanah ialah dari bulan Januari hingga bulan Mei..  Lewat bayar maka akan jadi tunggakan dan denda dikenakan....   Ini sudah lumrah dan tidak perlu dipertikaikan lagi..............tidak perlu jumpa pegawai  atasan untuk memohon pengecualian denda kerana lewat bayar atas alasan tidak dapat bil cukai tanah, atas alasan tidak tahu, atas alasan  terlupa dan sebagainya. Kerana kalau diberi pengecualian maka semua orang yang terlibat akan meminta perkara yang sama dan ini sudah tentu memberi masalah besar kepada jabatan kerana kita tidak boleh berpilih-pilih dalam memberi pengecualian kecuali dalam kes-kes yang benar-benar 'genuine'


Pengistiharan rampasan tanah per
sendirian dalam warta kerajaan
negeri Kedah untuk lot
seperti dipaparkan
disebelah

Maka kalau dibiarkan tunggakan cukai terlalu banyak dan lama tidak membayar maka tanah itu akan diwartakan menjadi tanah kerajaan semula setelah segala proses mengikut KTN dipatuhi.. Tanah yang selama ini dibanggakan sebagai hak nya sudah tidak lagi menjadi haknya..  tuan tanah dan sesiapa sahaja yang menduduki tanah itu sudah tidak ada apa-apa hak lagi... kerajaan boleh buat apa saja atas tersebut..

Jadi tunggu apa lagi ... selesaikanlah segera apa yang menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat disebuah negeri yang sejahtera.

Proses perampasan tanah untuk tanah-tanah yang lain sedang dalam tindakan lanjut dan akan terus diwartakan tanpa mengira pangkat dan kedudukan jika gagal membayar cukai tanah... .Kerajaan Negeri amat serious dalam hal ini dan tidak timbul adanya  kezaliman dan penganiayaan terhadap pemilik tanah dalam hal ini kerana kerajaan telah memberi peluang dan masa secukupnya untuk menyelesaikan isu-isu tunggakan cukai tanah ini.



Sunday, May 29, 2011

Hendak DiSalahkan Siapa....

Catatan: Mohd Asri Redha
             27 Mei 2011


Tindakan meroboh oleh MPS PK adalah kerana peniaga
membina bangunan tanpa kebenaran. Atas tanah per-
sendirianpun PBT boleh roboh buang apatah
 lagi atastanah rizab dalam kawasan
bandaran pula. Kepentingan
 majoriti warga bandaran
 lebih diutamakan
 oleh majlis

Salam Sejahtera... dalam ruangan ini ada saya lampirkan keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Mei 2011 dan 27 Mei 2011 yang saya rasa khusus ditujukan kepada  Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Pejabat Tanah  Kuala Muda .. Ini adalah ekoran arahan kerajaan negeri yang meminta supaya semua Pejabat Tanah memantau dan mengambil tindakan kawalan awalan terhadap pencerobohan tanah kerajaan dan rizab-rizab kerajaan...  Jika tidak dibuat kawalan awalan dan diberi notis amaran awalan maka keadaan akan menjadi lebih tidak terkawal.


Sebab itu notis KTN dikeluarkan  keatas semua pemilik premis/struktur binaan/ tanaman-tanaman yang ditanam  yang terletak atas rizab jalan, rizab sungai, tanah kerajaan, dan segala macam rizab yang kerajaan negeri mempunyai hak.


Mungkin pengeluaran notis ini belum lagi menyeluruh ke seluruh daerah, tapi perkara ini sedang diusahakan dan tumpuan adalah kepada beberapa kawasan yang sentiasa mendapat aduan dan rungutan awam, atas faktor keselamatan lalulintas, atas faktor menyakitkan mata memandang dengan segala macam kerusi meja dan kanvas plastik yang buruk, atas faktor tidak menjaga kebersihan kawasan dan longkang yang kotor, atas faktor untuk mengelak dari melarat binaan dan segala macam faktor yang boleh disenaraikan.. Namun pokoknya mendirikan apa apa binaan atau menanam apa-apa tanaman atau menjalankan apa-apa usaha atas tanah kerajaan dan rizab2 kerajaan adalah merupakan satu kesalahan.


Cumanya setiap rizab  kerajaan ada penjaganya.. Kalau rizab sungai JPS yang menjaga, rizab jalan penjaganya JKR, Rizab2 lain dalam kawasan kawalan PBT maka Majlis Perbandaran/Majlis Daerah yang mengawalnya dan lain-lain rizab yang jabatan-jabatan tertentu mempunyai kepentingan. Kalau ada keperluan untuk menguatkuasakan undang undang atas rizab mengikut timbang tilik penjaga berkenaan itu maka Pejabat Tanah akan mengeluarkan notis-notis dibawah KTN untuk menguatkuasakannya. Pelaksanaan akan dilaksanakan oleh jabatan yang terlibat.  Oleh itu jabatan-jabatan atau agensi  terlibat kenalah jaga sungguh-sungguh tanah mereka.. nampak ada orang teroka  rizab mereka cepat-cepatlah pergi beri amaran atur roboh buang tumpang masih awal. Masalahnya perkara ini tidak diberi perhatian berat dan membiarkan begitu sahaja apa-apa pelanggaran keatas tanah rizab


Kalau nak suruh Pejabat Tanah jaga semua tanah-tanah rizab ni, rasanya bukan kemampuan jabataan.. Biarlah pejabat tanah menjaga tanah-tanah kerajaan yang lainnya yang mana inipun sudah tidak terdaya untuk mengawalnya. Cumanya kalau nak masuk juga, nak kata apa, tapi kalau kena penguatkuasaan.. sendirilah tanggung risikonya.. jangan menyalahkan jabatan kerana lambat beri notis atau tidak beri notis.. Pokoknya itu tanah kerajaan. Tidak ada sapa suruh masuk teroka . dan apa perlunya beri notis..  Alih-alih jabatan pula disalahkan  kerana tidak beri notis awal-awal...

Sekarang  Pejabat Tanah Kuala Muda mula mengeluarkan notis berkaitan. Dengan terkeluarnya notis ini akan memberi ingatan dan amaran kepada sesiapa sahaja yang masuk tanah kerajaan dan rizab kerajaan bahawasanya mereka menghadapi risiko tanaman, bangunan dan struktur binaan mereka  akan dimusnahkan/dirobohkan pada bila-bila masa. Walaupun  sebenarnya tidak perlu dikeluarkan notis lagi. Adil atau tidak adil itu soal lain yang bergantung kepada persepsi dan pemahaman seseorang sahaja. Tindakan mungkin dibuat sertamerta dan mungkin dibuat besoknya atau mungkin dibuat 5 tahun lagi dan sebagainya. Jadi lamanya berniaga atau menduduki atau mengusahakan tanah itu bukan bermakna boleh sewenang-wenangnya anggap itu sudah jadi hak kita... ianya adalah hak semua rakyat Kedah yang jabatan tolong jaga untuk kepentingan rakyat majoriti bukan hendak menjaga kepentingan segelintir orang yang mengambil kesempatan dari kekurangan kemampuan jabatan.
 
Sekarang tanah kerajaan terlalu amat kekurangan. Kerajaan amat memerlukan baki sisa-sisa tanah kerajaan yang masih ada lagi itu untuk tujuan pembangunan. Nak beli balik tanah dari rakyatnya untuk projek pembangunan untuk rakyat juga, kerajaan kena berbelanja amat besar, berbanding masa kerajaan bagi tanah kepada rakyat dengan bayaran premium yang terlalu amat murah. Zaman teroka tanah sikit-sikit macam orang-orang dulu buat sudah berlalu dan sebahagian besarnya telahpun dikeluarkan surat hakmilik. Teroka cara sekarang lebih kepada nak bagi kaya lagi orang yang dah kaya.  Dalam sekelip mata sahaja tanah kerajaan beratus ekar boleh dicerahkan dengan 'buldozer' sahaja...  Ada unsur-unsur ambil untung atas angin dan untung berlebihan lagi oleh orang-orang yang berduit. Jadi kalau masuk terokapun cepat, apa salahnya kita hantar notis pun cepat juga. dan pergi buat 'encforcement' kena cepat juga...  tidak boleh diberi masa panjang sangat... payah cerita. Janganlah disalahkan notis lama atau lambat atau tidak keluar notispun sebelum ini. Perkara asas disini ialah menduduki secara tidak sah tanah-tanah dan rizab kerajaan. Yang ini jangan dilupakan... kadang-kadang ini dilupakan, hingga menampakkan seolah-olah jabatan yang menjalankan tugasnya pula yang bersalah.


 Siapa tidak simpati kalau tempat mencari rezeki di 
ganggu.. Dari segi pentadbiran tanah setakat
berniaga secara bergerak tidak ada siapa
akan ganggu dan lesen kereta tolak
boleh diberi kepada mereka.
Kalau buat binaan kekal,
sudah tentu akan
ada masalah

Pejabat Tanah Kuala Muda ingin mengingatkan supaya janganlah masuk rizab-rizab kerajaan yang masih ada dan masuk teroka tanah kerajaan.. kalau masuk juga maka risiko kena tanggunglah ... mungkin kerugian wang ringgit sebab sudah berbelanja besar dan sebagainya.  Kadang-kadang ada yang sanggup beli tanah kerajaan dari broker2 yang mana belum tentu kerajaan hendak beri. kelulusan..

Pejabat Tanah memang tidak  mampu nak tengok dan jaga akan rizab dan simpanan tanah kerajaan yang luas dan duduk diserata tempat.  Tapi rakyat kena faham bahawa itu tanah kerajaan, itu rizab jalan, itu rizab sungai, itu rizab hutan , itu rizab laut dan sebagainya. Janganlah  pula salahkan  pegawai-pegawai jabatan yang menjalankan tugas kerana itu tugas mereka... yang sepatutnya sudah lama dibuat untuk mengelakkan pencerobohan dari berleluasa hingga tidak terkawal.      

OLEH ITU MUDAH CERITA,   KERAJAAN TELAH BERULANGKALI MENGINGATKAN KEPADA ORANG YANG BERKEPENTINGAN AGAR JANGAN TEROKA SECARA HARAM TANAH KERAJAAN. JANGAN BUAT APA-APA BINAAN ATAS RIZAB SUNGAI, RIZAB JALAN RAYA, RIZAB KERBAU LEMBU, KAWASAN LAPANG DAN SEGALA MACAM RIZAB DALAM KAWASAN PBT.

http://www.malaysiakini.com/news/165489
komen-komen orang dalam blog-blog yang sempat dikutip:


Anonymous said...

Sebagai parti pakatan rakyat memerintah dikedah Pas perlukan adakan mesyauarat dgn para Pegawai majlis Perbandaran sekurang kurangnya sebulan sekali dgn MB .Bagi mengetahui segala tugas dan arahan olih kerajaan negeri perlu dipatuhi dan juga apa apa yang muskil terhadap kerja Mjlis bandaran. Ini semua MB wajib kena ambil tahu kalau tidak ada pegawai Pro Umno Bn akan ambil kesempatan dgn perkara yang tidak betul.



May 30, 2011 9:34 AM



joe penang said...

YDP MPSKd tu mmg kiblatnya ke umno. Tapi apa guna ada ahli majlis org kita? Exco dan kerajaan negeri org kita. MB dan exco kena panggil mai ydp umno tu mengadap. Kalu boleh sembur, semburlah.

Isu pelajar kuin digantung tu xkan nak biaq?

Tegur pimpinan kena adab dan ikut saluran. Apa saluran kita ada.

Kita cuma blogger nyamuk je. Pimpinan x pandang. Bila tegur tau lak depa marah



source: http://cenangau.blogspot.com/2011/05/ydp-majlis-perbandaran-sungai-petani-si.html#ixzz1Nnx0gVxz

Thursday, May 19, 2011

PelanggaraN SyaraT KegunaaN TanaH

Catatan : Mohd Asri Redha

"Tahukah anda sebagai tuan tanah ..... Tanah bergeran boleh dirampas kembali menjadi milik kerajaan sekiranya berlaku pelanggaran syarat kegunaan tanah.... banyak orang tidak begitu sedar akan hal ini. ..."
 Oklah.. mlm nii teringat pula nak sambung balik apa yang telah saya tulis tajuk diatas...  topik diatas ini rasanya masih baru lagi dan akan menjadi hangat rasanya selepas ini apabila tindakan-tindakan mula diambil.
Seksyen 52 KTN 1965 telah menetapkan 3 kategori penggunaan tanah iaitu pertanian,bangunan dan industri. Kalau guna tanah adalah pertanian maka adalah menjadi satu kesalahan dibawah KTN jika digunakan untuk maksud bangunan (apa saja kegunaan bangunan itu) dan juga kegunaan industri.

Sebenarnya perkara ini jika dibiarkan berleluasa akan menyebabkan banyak masalah boleh berlaku dan menimbulkan kecelaruan dari segi sistem aturan pembangunan fizikal yang dirancang. Kerajaan ada undang-undang dan peraturan yang cukup lengkap. Takkan  undang-undang yang ada hanya dijadikan perhiasan sahaja.  Ianya juga menyebabkan kerajaan rugi berjuta-juta ringgit setahun akibat hasil tanah yang dikutip atas kegunaan pertanian sedikit sahaja sedangkan tuan tanah telah mendapat pulangan hasil yang berlipat ganda hasil kegiatan komersial atas tanah tersebut.

Sebagai jalan penyelesaian untuk mengelakkan tanah-tanah sebegitu dirampas menjadi hak kerajaan semula, perkara yang mudah ialah kembalikan kegunaan tanah itu kepada syarat kegunaan asal, atau mengambil tindakan membuat permohonan ubah jenis kegunaan tanah kepada kegunaan yang terkini.

Kemungkinan 2 jalan penyelesaian diatas itu agak menghadapi masalah dan mengambil masa.  Maka melalui Pekeliling KPTG Bil 1/2003 telah menggariskan cara dan kaedah yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah-masalah pelanggaran syarat tersebut. Sebenarnya dalam KTN sendiri telah ada kaedah denda kepada tanah yang melanggar  syarat pertanian ini iaitu jika dipasti dan disabit kesalahan oleh PTD tuan tanah boleh dikenakan denda RM500.00 dalam tempoh tertentu dan jika tidak dapat dipulihkan  juga kepada syarat asal tuan tanah boleh dikenakan denda RM100.00 sehari sepanjang tempoh pelanggaran syarat tersebut berlaku.

Mungkin cara penyelesaian sebegini agak berat kepada sebahagian besar tuan-tuan tanah terutama tanah-tanah yang agak kecil keluasannya. Sebab itulah Pekeliling KPTG yang disebutkan tadi sekurang-kurangnya memberi sedikit ruang jalan  kearah  penyelesaian sementara untuk tempoh 5 tahun.

Oleh itu Kerajaan Negeri Kedah telah  mewartakan aturan pindaan yang dinamakan "Aturan -Aturan Tanah Kedah (Pindaan) 2010"  pada 31 Mac 2011 ...  yang memasukkan tajuk ini selepas aturan 36i aturan yang berikut :

 " PERMOHONAN KEBENARAN SEMENTARA PIHAK BERKUASA NEGERI UNTUK MENGGUNAKAN TANAH PERTANIAN BAGI MAKSUD LAIN"

Melalui peruntukan yang diluluskan ini maka saya memohon kerjaama semua tuan-tuan tanah  yang tanah mereka memang digunakan untuk maksud lain dari pertanian supaya datang segera ke Pejabat Tanah Kuala Muda untuk membuat permohonan seperti diatas dengan menggunakan Borang Jadual X supaya permohonan dapat diproses segera bagi mengeluarkan

PERMIT  SEMENTARA UNTUK MENGGUNAKAN TANAH PERTANIAN BAGI MAKSUD LAIN

setelah menyelesaikan bayaran-bayaran yang ditetapkan oleh undang-undang.  Kadar bayaran permit yang dikenakan ialah tidak beda jauh dengan kadar yang dikenakan bagi tanah-tanah yang telah lulus syarat guna tanah bangunan atau industri dimana berkaitan. Sudah tentu kadarnya lebih tinggi dari kadar pertanian sesuai dengan nilai komersial kegiatan ekonomi yang dijalankan atas tanah tersebut.

Sungguhpun begitu tempoh masa kebenaran maksima yang diberi setakat 5 tahun sahaja. Dalam tempoh tersebut tuan tanah mempunyai peluang dan masa yang mencukupi untuk memikirkan dan mengusahakan permohonan untuk mengubah jenis kegunaan tanah atau kembali kepada kegunaan asal.

Satu perkara yang perlu difahami cukai tanah biasa  syarat asal (pertanian) perlu juga dibayar setiap tahun dan pembayaran permit penggunaan tanah atas tanah yang sama tidak mengecualikan bayaran cukai tanah tahunan.

Pada peringkat awal saya rasa mungkin akan ada sedikit kekeliruan , dan jabatan ini akan cuba membantu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit. Pasukan 'Task Force' telah mula turun ke padang mengenalpasti tanah-tanah pertanian yang melanggar syarat pertanian dan janganlah tuan-tuan tanah terkejut pula  apabila menerima notis-notis yang berkaitan. Sebaiknya datang segera maklum pada Pejabat Tanah Kuala Muda mudah cerita, senang kerja.....tak gitu.. Kalau tak mau juga nak selesai dan patuh notis yang kita beri maka ... jabatan akan mula mengeluarkan notis-notis  untuk proses ke arah rampasan tanah tersebutt sepertimana yang diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara...

Saya rasa cukuplah menggodam netbook ni... dah lewat benar ni.. nak buat kerja lain pula..Sebenarnya banyak yang saya nak godam.. tapi mata kurang memberangsangkan.. terlalu letih mata.. Itulah biarlah kita beri sedikit sumbangan apa-apa yang kita boleh kepada yang mahu membacanya. Saya rasa apa-apa sumbangan seperti diatas tentunya memberi faedah kepada rakyat... Lagipun bukan susah sangat  mengetuk huruf kat 'net book' ni  sebagai bahan pengetahuan am pada rakyat yang mahu mengetahuinya dan mana-mana yang agak teknikal sikit  kita boleh rujuk mana-mana sumber yang ada..

 Selamat malam .... selamat tidoor....

Friday, May 6, 2011

Malang Tidak Di Duga.....Malang Tidak Berbau

Jumaat: 06.05.2011
Catatan: Mohd Asri Redha

03.05.2011 .....   10.00 mlm..central square
Saya baru saja mendapat berita sedih rakan kita en Ahmad Khushashi b. Yahya, Ketua Unit Pendaftaran PTKM telah mengalami kemalangan kenderaan yang terok. Kecederaannya agak kritikal dan masih belum sedar lagi pada ketika saya menulis dalam blog ini. Sekarang beliau terlantar di CCU Hospital Sungai Petani.... 

Kepada keluarga En Ahmad Khushashi ... bersabarlah menghadapi dugaan Allah SWT .  Mungkin ada hikmah disebalik dugaan ini...... Kepada kita semua dan sesiapa yang mengenali beliau sama-samalah kita memohon doa kepada Allah SWT agar diberi  kesembuhan segera kepada beliau untuk kembali kepangkuan keluarga dan bersama kita semula...  amiiin.

Wednesday, May 4, 2011

KEMESRAAN TERJALIN MELALUI BOLING .....



03 Mei 2011
Central Square Sungai Petani
Catatan : Mohd Asri Redha




gambar lebih jelas klik gambar diatas atau  layari
FB saya : mohd asri redha
 Sekali sekala syok juga dapat main boling dengan anak-anak buah PTKM ni.... saya dalam proses mengenali semua anak-anak buah... bukan senang nak ingat ... kalau tidak berjumpa selalu seperti ini.... 

Lepas ni kena ator program lain pula....

Thursday, April 14, 2011

LAWATAN KERJA KUARI KEMUDIK PADA 09 APRIL 2011

09 APRIL 2011
Kg Kuala Sungkup

Lawatan pemeriksaan kuari Koperasi Permodalan Melayu Wilayah Kuala Muda/Sik Kedah Berhad (KEMUDIK)... tempat operasi: Kuala Sungkup Kuari Pasir Darat/Sungai?
Fail: PTKM/N/6/72/Jld II ...Lot 3234

Lihat gambar-gambar ini dan  ....  adakah mengikut peraturan...  kita tengoklah nanti... .. ..  .. .. .. .. .. apa lagi lepas ni...



klik gambar untuk yang lebih jelas  .>>>>>>>

Saturday, April 9, 2011

Lawatan Kerja 2011 : Salahguna LMS

Kelulusan LMS pada awalnya untuk maksud
lombong bijih tapi telah disalahguna dengan
tanaman lain dan dibiarkan orang luar masuk
teroka.

Friday, April 8, 2011

Lawatan Kerja 05 April 2011 (Kuari)





Aktiviti: PeriksaKuari Bahan Batuan
Pemegang Permit:
Tempat: Semelingne
Panemuan: Ok. Permit dibayar

Tindakan Lanjut:

Lawatan Kerja 05 April 2011 (teroka haram)

 Tunggu berita lanjut... semoga ianya menjadi kenyataan..  saya akan usahakan

Lawatan Kerja 05.04.2011 (Tapak Semaian MPSPK)

 Kawasan: Lawatan pada 05.04.2011
Sebahagian besar telah diteroka oleh
orang awam dengan tanaman Kelapa
Sawit dalam lingkungan umur 2 tahun.

Lawatan Kerja 05 April 2011 (MPsPK : Tapak Pelupusan Sampah)



Lawatan Ke Tapak Pelupusan : Permohonan MPSPK yang telah diteroka haram....di Semeling

Tuesday, April 5, 2011

Kerakusan Manusia Terhadap Tanah ... Undang-Undang DiPinggirkan..

05 April 2011:
Catatan oleh : Mohd Asri Redha


Ni tanah depa teroka tanah secara haram
... Walaupun banyak sangat orang dok
teroka tanah kerajaan secara haram ni,
sekurang-kurangnya kita cubalah
 mengurang kannya  ... fasal dulu2 tak
 buat sungguh macam ni..  ni cara baru
 bubuh pelekat notis kat tapak.. saya
 turun sendirilah..
 

Ehh..... luasnya depa teroka tanah
.. berani pula tanam dulu... berani
buat berani tanggunglah... risiko .
. Depa ingat tak ada kerajaan kut.
 Ikut suka ambil tanah dan buat
 macam harta sendiri pula tuu..
 Selepas hampir 3 bulan saya di PTKM hari ini baru saya berkesempatan membuat lawatan kerja ke beberapa tempat di kawasan sebelah Bedong, Semeling, Merbok dan Tg Dawai. Bukan tak terasa untuk membuat lawatan sekitar daerah ini tapi tuntutan tugas yang terpaksa ditanggung membuatkan lawatan ini terpaksa ditangguhkan dulu. Banyak urusan-urusan dalam pentadbiran yang perlu diperhati dan diperbetulkan terlebih dulu..Dalam  kepala ni macam-macam benda nak dibuat dan nak diambil tindakan tapi kekangan masa menghalang saya untuk mengambil tindakan serentak.  Kenalah dibuat beransur-ansur satu persatu...soalnya sempat tak..takut nanti ditukarkan pulak....

Sampai sekarang ni pun saya tidak lagi boleh mengingati semua nama anak-anak buah. 
Macam mana nak buat ni...  
Dah buat macam harta sendiri.
Jadi kena bubuh notis  Seksyen
425 KTN bagi mereka sedar
itu tanah kerajaan. Lepas
ni PTKM akan pelekat notis
ini diserata  cerok tanah kerajaan
biar orang tahu kita dok tengok
tanah2 tu.. tapi mampukah ???
kita usaha pilah..


 


Periksa lori bawa bahan batuan
adalah satu kemestian kalau
keluar lawat kawasan. Dapat
tangkap saja tidak bayar
royalti , comfirm kuari itu
ditutup. Yang ini ..ok .
 
Tujuan saya membuat lawatan kerja adalah untuk saya memahami lebih mendalam isu dan masalah yang dibangkitkan di opis. Dengan cara ini barulah lebih mudah saya membuat penilaian dan keputusan. Tidaklah  terlalu bergantung kepada PPT saja. Melalui lawatan juga saya akan pastikan setiap kelulusan yang diluluskan di opis dilaksanakan sebaiknya tanpa ada pelanggaran syarat ditapak seperti yang ditetapkan. Contohnya operasi pengeluaran bahan batuan dan kelulusan permintaan dan ubah jenis tanah. Bila sudah keluar seperti ini jumpalah bermacam-macam masalah...Ada korek pasir tempat lain dari yang dibenarkan..  Inilah yang akan menambahkan lagi bebanan tugas nanti.. tak apalah asalkan puas dengan kerja saya, susah dan terok sikitpun tak apalah..  janji seronok dan hepi2... Tengoklah gambar-gambar ini yang jelas menerangkan segalanya.